“Memang Betul Ada Janda Yang Buruk Perangainya” Tapi tak semua janda yang macam tu, memegang status ni bukanlah senang

Foto sekadar hiasan

TAKUT NAK KAHWIN LAGI

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kerana menyiarkan kisah saya (jika disiarkan). Mohon admin hide identiti saya.

Saya seorang ibu tunggal berumur 30-an. Seorang pensyarah di sebuah universiti awam. Punya anak 3 orang umur 7,5 dan 3 tahun, kesemuanya hero. Alhamdulillah, rezeki anak-anak, saya dapat biaiswa untuk menyambung pengajian di luar negara. Saya kini di tahun akhir pengajian. Mohon sahabat2 KRT doakan saya dan rakan-rakan di sini untuk kami dipermudahkan untuk tamatkan pengajian dengan baik ya.

Kami berpisah kerana suami terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kes keganasan rumah tangga. Daripada punya kerjaya yang agak baik, dia kini tidak bekerja. Nafkah anak-anak langsung diabaikan. Tak guna rasanya saya menuntut nafkah melalui mahkamah kalau diri sendiri pun dia xmampu nk tanggung.

Keluarga bekas suami agak berada. Ada yang menyarankan saya untuk menuntut nafkah daripada keluarga mertua. Tapi saya xnak rosakkan hubungan saya dan anak-anak dengan mertua. Mereka sangat baik dengan kami. Selalu bertanya khabar kami di sini. Kadang-kadang adalah ibu mertua menghulurkan duit kepada cucu-cucunya walaupun bukan selalu. Ibu mertua sangat baik. Sampaikan dia berkali-kali memohon maaf dengan saya atas perangai anaknya (bekas suami saya). Saya tahu dia (ibu mertua) punya masalahnya sendiri. Jadi saya xmahu membebankannya dengan tuntutan nafkah terhadap ayah mertua.

Alhamdulillah, saya punya pendapatan yang agak baik, punya tabungan untuk anak-anak dan diri sendiri. Walaupun hanya punya kereta cabuk secondhand yang saya beli sewaktu mula-mula bekerja dulu, saya xkisah. Janji saya dan anak-anak hidup selesa (tidak bermewah-mewah). Perancangan untuk balik membina rumah kami sendiri nanti bila kembali ke Malaysia. Ada sebidang kecil tanah yang saya beli secara pinjaman bank sebelum berangkat ke sini.

Di sini (luar negara), saya tiada masalah hidup sebagai ibu tunggal. Masing-masing dengan hidup masing-masing. Tiada orang yang memandang serong. Saya sebenarnya takut untuk kembali ke Malaysia. Takut dengan stigma masyarakat yang memandang ibu tunggal secara negative. Benar, ada yang “JANDA” buruk perangainya. Tetapi bukanlah semua. Memegang status ini bukanlah senang.

Akhir-akhir ini, ibu saya sering memberi ‘hint’ supaya berkahwin lagi. Saya sebenarnya serik untuk berkahwin lagi. Trauma dari perkahwinan lalu masih memberi kesan kepada saya sehingga sekarang. Saya masih xpercaya, suami yang saya kenal sangat baik, sangat hormat ibunya, rajin menolong saya di rumah, uruskan anak-anak, akhirnya perkahwinan kami gagal disebabkan penyalahgunaan dadah. 

Memang dia panas baran, namun xpernah naik tangan ke tubuh badan saya. Namun, lepas melahirkan anak ke 3, saya sendiri sudah x’kenal’ suami saya. Dia seolah-olah halusinasi, menuduh saya macam-macam (curang, etc). Tubuh badan saya lah menjadi mangsanya. Saya cuba bertahan. Namun, xmampu. Saya xbercerita kepada sesiapa. Akhirnya, kepada ibu saya, saya luahkan semua masalah setelah beberapa bulan bertahan. Dipendekkan cerita, kami berpisah.

Saya nekad untuk tidak berkahwin lagi. Keutamaan saya ialah anak-anak. Saya bukanlah berada, punya duit banyak. Namun saya menjadi skeptikal terhadap lelaki. Mungkin orang akan mendekati saya untuk menumpang ‘kesenangan’ atau ‘keselesaan’ yang saya ada. Jika lelaki yang berharta mendekati saya, saya takut, nanti saya dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap mereka. 

Risau nanti anak-anak saya dikatakan menumpang kesenangan mereka.

Ditambah lagi, saya berpandangan, tiada lelaki yang akan ‘mahu’ kepada anak-anak saya. Yang dimahukan hanya si ibu untuk dijadikan isteri, bukannya anak-anak tiri. Itu belum masuk bab menjadi imam dalam rumah tangga kami. Ramai lelaki yang berpura2 alim. Baik di depan isteri dan orang lain. Ya, perempuan pun sama. Saya xnafikan.

Maafkan saya. Saya trauma dengan kehidupan. Saya susah untuk percayakan sesiapa selepas apa yang saya lalui. Saya hanya punya impian untuk didik anak-anak saya dengan iman dan akhlak, supaya anak-anak saya jadi jambatan untuk saya ke syurga.

Saya xtahu tindakan saya betul atau hanya pentingkan diri sendiri. Ada juga rakan-rakan yang memberitahu, saya berfikiran terlalu negatif dan tidak fikirkan anak-anak yang masih memerlukan seorang lelaki bergelar bapa dalam kehidupan mereka. Saya malas nk memikirkan tapi, berkali-kali ibu saya memberi ‘hint’ supaya berkahwin lagi, dan setiap kali itu saya cuba mengalih topik perbualan kami.

Pentingkan diri kah saya?

Wassalam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT