“Menantu Minah Kilang, Biras Dan Mertua Mengutuk Smpai Menantu Dapat Tahu Terus Nekad Cepat2 Bawa Lari Kereta Family” Mertua terkedu bila tahu perangai menantu selama ini

Assalamualaikum. saya Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang saya nak cerita ni bukan kisah saya, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar saya. Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan.

Abang saya, Ali kira kira sudah 4 tahun kawin tapi masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan saya masing masing sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin. Ali merupakan seorang yang biasa biasa sahaja, semua ahli keluarga saya bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung.

Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain lain. Kiranya adalah privasi untuk dia dan isterinya, Mawar. Rezeki Ali, selepas kawin rezeki semakin murah. Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak jinak menjual nasi bungkus tengahari.

Dari van buruk kepada Axia, kemudian beli MPV, dan sekarang sudah ada sebuah pacuan 4 roda untuk kegunaan bisnes dia. Kadang kadang isteri saya sendiri pun cemburu, dan membandingkn rezeki kami. saya cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa.

saya cuma pekakkan telinga bila isteri saya meminta saya usaha lebih, kerana bagi saya, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap je dapur kami. Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.

saya memang lihat Mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia berasal negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak anak saudara dan tidak berkira pun jika berkenaan dengan duit.

Suatu hari, ibu meminta Ali serahkan kereta Axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan MPV untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya MPV itu untuk kegunaan keluarga jika mahu pergi ke mana mana.

Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja. Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari.

Sedang kami berkira kira untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah marah. Saya yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah. Rupa rupanya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke 3 dan adik.

Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar mandul, Mawar tak pernah bagi jasa apa apa kepada keluarga, itu kata mereka. Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.

Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta kereta semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.

Ibu ketika itu kaku, terdiam tidak berkata apa apa. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam macam. Ali cuma membalas, Pandai pandailah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur.

Saya cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga. Sebelum keluar kerja saya sempat bisikkan pada isteriku, Nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga. Saya cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu.

Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni. Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana mana.

Kereta Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar. Meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik. Semua yang mengutvk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegurnya.

Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh.

Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor. saya berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. saya pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma saya juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.ndangan, nasihat, cacian anda semua aku hargai n perluukan.. thanks you so much in advance..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : KRT via e-kesah