“Mulutku Keluar Susu Masam Tanpa Henti” kerana sumpahan mak aku terima balasannya
Foto sekadar hiasan. “Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”.
Itulah kata-kata svmpahan yang ditujukan emak kepada aku. Sejak hari itulah aku jatuh saakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut aku tanpa henti. Tubuh aku yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti orang yang tak bermaya.
Aku terbaring dan menyesali perbuatan lampau aku terhadap emak. Tetapi sejaahat mana pun seorang anak, emak tetap mengambil berat sewaktu aku terlantar. Emak juga risau melihat keadaan aku, hari demi hari semakin teruk. Emak serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu aku.
Emak juga memberitahu aku, menyesal menyumpah aku. Emak tidak menyangka begitu kuat svmpahan seorang emak. Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya termakan sumpah seorang emak. Sebulan aku merana kerana sakit. Sebulan itu juga aku tidak makan nasi.
Aku langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah aku lapar begini daripada meraana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut aku tanpa mengira masa.
Aku masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan aku datang ke rumah. Sambil berborak, emak bertanya kepada mereka.
“Kamu ni kerja apa?” Tanya emak kepada rakan-rakan aku.
“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan aku.
Emak terdiam lalu pergi ke ruang tamu dan duduk di kerusi.
Aku buat tidak kisah dengan fiil emak dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu aku masih ingat aku buat air Milo panas. Sebaik siap , aku bawa air di dalam teko itu ke ruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, emak terus mengherdik aku.
“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik emak kepada aku.
Aku merasa malu. Kawan aku semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap emak. Aku beritahu emak supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!
Sepatutnya emak harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.
Aku tidak setuju dengan perangai emak menghiina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang ke rumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Aku betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk emak.
Aku ingatkan emak, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila emak buat begitu?
“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah emak lagi.
Ketika itu aku seperti orang hilang akal. Aku tidak dapat terima cara emak memarahi aku di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan aku yang sedang memegang teko air Teh panas dihayun lalu tersimbah ke muka emak. Emak melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Teh panas.
Aku mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan aku dan cuba menenangkan aku. Tetapi ketika itu aku bagai dirasuk syaiitan. Tanpa sedar, aku terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur. Sekali lagi kawan dan ayah aku menahan perbuatan aku.
Mereka memegang aku dengan sekuat hati. Emak berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut terkena pisau di tangan aku. Emak berdiri tercegat di situ. Aku pula terjerit-jerit seperti terkena rasuk.
Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup aku apabila ayat ini terpancul dari mulut emak.
“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, aku terus jatuh sakit. Aku terkena demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga aku.
Emak hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin emak masih lagi geram dan marah dengan tindakan aku. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut aku tanpa henti.
Air susu masam itu jatuh membasahi dagu aku setiap detik tanpa henti. Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut aku. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Emak pula masih tidak endahkan aku.
Keesokan harinya aku masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa aku ke sebuah klinik. Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut aku.
Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab aku mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang aku alami ini. Ayah bawa pula aku ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit aku.
Jadi aku dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan aku terlantar emak mulai risau dengan keadaan aku yang semakin kurus ini. Emak beberapa kali meminta maaf kepada aku kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.
Akhirnya emak sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong aku. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Emak membawa ustaz ini berjumpa aku di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan aku, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada tak apa-apa yang emak kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu.
Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan aku menyimbah air panas ke muka emak. Selepas itu, emak terus mengeluarkan kata-kata svmpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika aku masih bayi.
Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu aku terkena svmpahan emak. Ustaz itu lalu mengajak emak dan ayah aku ke dapur. Ustaz itu menerangkan penyakit aku tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki emak.
Ustaz itu menyuruh emak membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk. Ustaz itu menerangkan penyakit aku tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki emak.
Setelah selesai, ustaz itu menyuruh emak meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada emak supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh aku dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala aku sehingga habis.
Selepas emak memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga aku terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera aku yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali.
Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir. Aku mencium kaki emak. Aku menangis. Aku menyesal berd0sa kepada emak. Emak memberitahu sejak kejadian, emak telah memafkan perbuatan aku.
Emak memeluk aku dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati emak supaya tidak mengeluarkan kata-kata svmpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa svmpahan seorang emak amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak.
Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan emaknya dengan ikhlas dan redha. Sejak hari itu, aku tidak lagi meninggikan suara kepada emak. Emak juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
Yang paling penting, emak tidak lagi sesombong dahulu! Emak juga tidak kedekut dan suka menghiina orang susah. Aku ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap emak biar sejaahat mana sekalipun emak kita.
Aku sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa permergian hendak tercabut akibat disumpah emak. Ingat, svmpahan seorang emak itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri aku sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber – Gadis Tabah via edisimedia