“Nsib Aku Tak Buat Apa Kat Janda Tu, Dahlah Sedap Masuk Rumah Aku” Sekrang dia nak rumah aku jadi milik dia,sorry..

Foto Sekadar Hiasan

Assalammualaikum.. firstly, alhamdulillah dan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan confession aku yang lepas. Bagi tak nak kecewakan korang, aku sambung kisah kehidupan Nanie, Firdi dan Nora selepas kami berpisah hingga detik ini yang takdelah best mane pon hehehe… Apa dah jadi dengan aku selepas aku sah berpisah dengan Firdi.

Balik dari mahkamah syariah aku singgah rumah kami untuk ambil mana-mana barang yang aku rasa perlu bawa ke rumah mak ayah aku. Selangkah kaki aku masuk ke dalam rumah, air mata aku berjurai laju. Terlalu banyak kenangan suka duka aku dalam rumah tu. Betapa susahnya kami struggle nak beli rumah tu, membesarkan anak dari baby smpai usianya setahun lebih (masa tu) dan macam-macam lagi. Namun akhirnya rumah tu terpaksa di lepaskan (tuntutan harta sepencarian).

Kalau korang nak tahu, rumah tu atas nama kami berdua. Pesanan aku kalau boleh beli rumah pakailah nama single je. Jangan kongsi selagi boleh. Bila jadi macam aku, dah tersangat susah sebab sampai ke hari ini kes penjualan rumah aku masih tak settle. Nanti aku jelaskan kenapa. Firdi request nak sambung bayar rumah tu tanpa perlu aku tukar nama. Wahh!!!!.. selesalah hidup Nora, tinggal cuci kaki je.

Tapi aku taklah sebongok itu. Bersusah payah aku dapatkan rumah ni takkan semudah tu aku nak lepas macam tu je pada korang. Firdi yang minta nak mula dari bawah, so aku tuntut rumah tu sebagai harta sepencarian. Kalau betul nak rumah, usahalah sendiri. Bukan dengan guna nama aku.

Macam tu jugak dengan kereta, aku simpan kunci pendua, aku bawa balik kereta tu ke rumah mak ayah. Dia marah aku kenapa ambil kunci pendua. Sebab aku memang dah dapat agak, kalau aku tak ambil kunci pendua, memang confirm bila-bila masa dia boleh bawa lari kereta aku tu. Aku tinggalkan kenari lama pada dia untuk “keselesaan” bakal puan “Nora nanti.

Kereta baru aku yang bayar so aku guna untuk pengangkutan aku anak beranak. Bab kereta ni pon dia request benda sama juga. Minta aku beli kereta lain. Amboiiii!!!… Nampak tak betapa dia memang selesa sangat suruh aku buat hutang memanjang untuk kesenangan bersama-sama walaupun dah tak bersama. maaflah, kau yang cari susah so pandailah usaha sendiri nak majukan diri.

Firdi pula. Selepas berpisah ada beberapa orang kawan kerja dia bagitahu aku masa dari zaman dia buat hal lagi dia dah tak fokus pada kerja. Masuk kerja hanya untuk punch card lepas tu keluar hilang entah ke mana dengan Nora. Kadang-kadang siap bawa Nora sekali naik pejabat.

Oh ye, Firdi berjawatan juga ya. Sebab tu dia boleh buat apa yang dia rasa betul. Makin berpisah makin teruk kualiti kerja dan dia pilih untuk berhenti kerja tanpa fikir panjang apa efek yang bakal dihadapi. Personal loan dia bersepah plus hutang rumah lagi

So ape efek dia, rumah kami masih tak boleh dijual hingga kini walaupun dah ada buyer sebab dia dah diisytihar bankrap. Yelah, nak bayar hutang macam mana kalau dah berhenti kerja dan semua hutang yang aku nyatakan tadi direct potong akaun gaji dia. Bila kes dah masuk insolvensi, urusan jual rumah semakin rumit dan sekarang aku hanya berusaha apa yang aku termampu serta serahkan pada yang maha kuasa.

Jika ada rezeki, adalah. Kalau takde, aku redha. Ada yang lebih baik mungkin. Firdi hanya mengharapkan hasil bisnes dia semata. Akaun bank pon dia tak boleh buat bila dah isytihar bankrap ni. Boleh bayang tak susahnya dia sekarang. Susah yang dia cipta dan cari sendiri.

Walaupun kami berpisah tapi hubungan kami masih baik sebab kami ada anak dan hingga hari ini dia masih tanggung penuh segala keperluan anak. Sikap tanggungjawab dia memang aku puji dan dia tak pernah culas. Tapi tulah, nak buat macam mana.

Disebabkan nafsu dan akal tak fikir jauh segala hidup dia yang dah diatas, habis macam tu je. Selepas berpisah, Firdi menetap sementara ke kampung Nora di tanah Borneo sana. Macam-macam bisnes diaorang buat tapi semuanya up and down. Abah aku pesan, walau apa yang jadi jangan doakan Firdi susah sebab efek dia pada anak.

Aku pegang pesanan abah dan aku akan jadi susah hati kalau tahu Firdi susah. Tak tahu lah kenapa haha.. Korang jangan pulak cakap maybe aku masih ada hati dengan dia lagi ya. Demi Allah, rasa sayang dan cinta aku pada Firdi memang dah terpadam habis selepas episod -episod jahat yang dia dah buat pada aku.

Mudah macam tu je ke?.. Nampak mudah tapi nak melupakan segala kesakitan dan kenangan hitam tu lah yang palih payah nak buat. Semuanya berlalu dengan masa. Masa di Borneo mereka masih belum bernikah ye so aku dapat simpulkan sebab tu juga apa bisnes yang mereka buat tak menjadi. Kadang ok, kadang tak ok. Kadang aku pulak jadi tempat luahan perasaan si Firdi ni. Banyak kali juga dia ucap kata-kata penyesalan atas apa yang terjadi dan dia memang kerap mintak maaf dengan aku.

Firdi mengaku segala kesalahan dan apa yang terjadi semua berpunca dari dia. Dia juga minta aku maafkan segala kesalahan Nora serta jangan kaitkan Nora dalam segala hal yang terjadi…. (Macam mana tu eh!!). Selepas setahun aku berkahwin, Firdi pula mengambil keputusan mengahwini Nora setelah hidup bagai laki bini sebelum ni. Nora dah mula bertudung litup dan aku harap hatinya juga bersih sama. Bukan luaran semata. Percaya tak, di saat kantoi di dalam rumah aku sikit pon tak cuit Nora. Aku hanya lempar beg dia sahaja. Tapi baru lempar beg Firdi dah panas hati.

Belum lagi aku pjak perut Nora betul-betul kikiki… Sampai ke hari ni, Nora sikit pun tak pernah mintak maaf pada aku. Takpelah, kemaafan tu biar aku dan Allah sahaja yang tahu bila saat perlu aku berikan pada Nora. Semoga apa yang pernah mereka buat pada aku tak terpalit pada keturunan dia akan datang.

Life aku pula, bila pernah pegang title “j” ni memang banyak sangat dugaannya. Pada permulaan memang rasa bebas tapi jujur dalam jiwa aku kosong. Aku dah puas enjoy zaman muda. Keluar dengan kawan-kawan dan sampai satu tahap aku kahwin. Bila kahwin dan rasa hidup dah sempurna akhirnya Allah uji lagi. Rumahtangga hancur dan kembali single tapi bersama anak.

Perasaan kembali bujang tu sangat lain. Aku sunyi. Walaupun aku cari hiburan di luar tapi kesunyian tetap ada. Bila terpandang anak saat dia tidur. Aku pasti menangis. Aku usap dan cium dahi anak bertubi-tubi. Peluk dia erat dan selalu minta maaf dengan dia sebab gagal pertahankan keluarga kecil kami yang dulunya bahagia. Holiday sana sini tiap kali cuti.

Aku cuba hidupkan percutian itu kembali dengan anak. Pernah aku pergi holiday dengan anak dan ibu aku. Luaran aku kuat. Nampak macam tiada apa-apa. Tapi aku tak kuat. Masuk bilik air hotel aku menangis semahu-mahunya. Sayu aku lihat anak tanpa bapa kandung disisi.

Saat hari raya menjelma, aku terperasan anak aku sedang perhatikan sepupunya bermain dengan ayah masing-masing. Anak aku hanya mampu tersenyum perhatikan famili bahagia itu. Walaupun dia masih kecil tapi aku boleh faham perasaan hibanya. Pandangan mata sayunya buat aku betul-betul terkesan.

Aku memang tiada perancangan untuk berkahwin lagi buat masa itu. Konon nak fokus pada anak. Tapi jiwa aku sangat tak kuat. Aku perlukan orang kanan untuk membimbing aku dan didik anak bersama. Macam-macam perangai lelaki yang aku kenal. Yang nak ambil kesempatan memang ramai. Tak boleh nak beli jiwa anak aku memang aku reject terus.

Kalau nak bukak cerita bab pilih pasangan ni, aku kene confess story baru. Sebab macam-macam perangai lelaki aku jumpa. Yang lawak, yang serius dan yang kelakar seram paling mengerikan hehe. Dalam doa memang aku tak putus minta pada Allah agar temukan aku dengan lelaki yang benar-benar boleh terima aku dan anak seadanya kami. Doa mak ayah serta rakan juga tak putus untuk kami berdua dan akhirnya Allah makbulkan. Dia temukan aku pada lelaki yang baik.

Tak kisah cerita silam aku. Yang pasti sayang anak aku seperti anak sendiri. Doakan ye kawan-kawan agar kasih sayang suami aku pada kami anak beranak berpanjangan dan tak kurang sampai syurga, InsyaaAllah. Anak aku dah dapat adik baru. Comel macam dia jugak hehehe..

Kehidupan keluarga baru aku sangat sederhana. Aku dah taknak tunjuk kemewahan macam dulu. Suami aku pon jenis low profile. Selagi boleh sorok, lagi dia nak sorok apa yang ada. Betul orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita.

Beli rumah, memang aku dah taknak fikir. Kereta pon apa yang ada je. Bisnes? Dulu memang aku dengan Firdi kaki bisnes. Tapi sekarang semua barang-barang bisnes aku dah letgo pada kawan-kawan. Fokus aku pada famili dan kehidupan sahaja. Cukuplah. Cukup apa yang ada sekarang. Aku tenang begini.

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via news.allmhi