“Part 2 Suami Ku Si Lembut” Tiap malam suami suruh rapatkan badan ke badan, aku mula pelik
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni aku nak cerita lebih detail pasal suami aku si lembut ni. PKP ni buat aku rasa nak menulis saja sebab mungkin ni saja aktiviti aku boleh buat sambil baring. Hehe
Ada beberapa perkara yang aku suka, dan ada perkara yang aku menyampah.
Kita mula bab menyampah dulu. Satu hari tu aku terlupa fon aku letak mana. Try call, mati. So, satu rumah aku geledah. Last last, suami aku yang jumpa atas mesin basuh. Terus mulut dia laser aku..
“Adoiii.. pelupa betul la bini aku! Ni kalau t*tek dia boleh tanggal. Memang tinggal sebelah saja tet*k dia!” Pedih tau! Huhu.
Aku pernah merajuk kena carut dengan dia. Aku ni jenis tak suka orang cakap kasar kasar dekat aku.. Aku tak pandai nak membalas. Senyap senyap aku keluar rumah naik teksi. Aku off phone. Sampai dah nak Maghrib aku tak balik jugak.
Semua keluarga aku dia call semata mata nak cari aku. Mak bapak aku pun tak tau aku pegi mana. Dia sempat pegi balai polis, tapi polis cakap tak sampai 24jam lagi. Tak boleh nak repot hilang.
Last last mak dia sendiri call dia..
“Bini ko dekat sini ha! Berani ko carut menantu mak ye..”
Ye.. aku lari rumah mak bapak dia. Memandangkan dekat saja dari rumah kitorang. Padan muka dia. Masa dia datang nak ambil aku.. bapak dia pulak ceramah dia panjang.
Tentang tanggungjawab suami. Tentang sayangkan isteri. Seronok pulak tengok dia terangguk angguk. Anak yang taat sangat sangat.. haha
“Isteri kamu dah la baik.. sopan.. cubalah hargai!”
Ni ayat bapak dia yang paling aku ingat. Kembang woo kena puji! Haha
Dah selesai semua, kitorang naik kereta. Terus saja dia cakap..
“Untunglah orang tu.. Ada kabel besar..”
Aku cuma mampu sengih. Tapi lepas tu, aku ambil tangan dia aku cium dan mintak maaf sebab buat dia risau.
Mula hari tu, dia dah tak berani nak carut aku dah. Nak membebel pun jarang. Dia tau aku akan mengadu dekat mak dia. Haha
Ye, tu saja satu benda yang aku tak suka. Dan banyak benda yang aku suka pada dia. Dia rajin, bersih, penyayang, tak kedekut.
Rajin dan bersihnya dia dah tahap OCD (0bsessive-Compulsive Dis0rder). Tapi dia tak nak mengaku yang dia ada dis0rder tu. Dia kata dia normal. Tapi kalau dah sampai tahap selipar pun kena susun ikut saiz. Aku rasa dia agak parah jugak.
Tentang penyayang dan tak kedekut, dia adalah anak yang sangat mementingkan keluarga. Dia akan usahakan untuk semua keluarga adik beradik dia berkumpul setiap bulan dekat rumah mak bapak dia.
Dia akan pastikan semua datang. Pernah sekali anak saudara dia bagi alasan takde duit tambang. Dia sanggup tambangkan anak saudara dia untuk naik flight dari utara.
Aku sebagai isteri dah tentulah merasa tempias dari sifat pemurah dia. Masa mula mula dia suruh aku berhenti kerja, aku takut jugak. Yelah, kan banyak cerita yang suami tak bagi nafkah dekat isteri.
Yang dia ni lain pulak.. nafkah bulanan tak pernah gagal. Lepas tu, asyik tanya aku nak beli apa. Bila aku kata tak tau.. dia boleh marah.
“Tak tau! Tak tau! Cakap jelah!”
“Beli jelah apa apa yang abang rasa sesuai”
Masalahnya bila aku cakap macam tu.. Mula la dia akan beli benda pelik pelik. High heels la.. baju blink blink la..
Sampai satu tahap aku fikir.. sebenarnya apa yang dia nak aku pakai sebenarnya dia yang nak pakai sangat! Haha
Pasal makanan pulak, stok biskut, coklat dan segala mak nenek junk food sentiasa penuh dekat kabinet. Masalahnya sekarang, dia ni jenis jaga badan. Bukan makan sangat. Jadi masalah pada akulah! Aku dah la duduk rumah 24 jam.
Bila aku kata tak payah beli.. dia akan bagi alasan dia sediakan untuk anak anak buah dia kalau datang rumah. Semenjak kawin, baru sekali saja anak anak buah dia datang. Yang banyak menghadap benda tu, akulah!
Tapi bila dia kata..
“Sayang nak makan apa, suka hati. Tapi abang tak nak sayang gemok!”
Pulak dah! Nak tak nak, memang terpaksalah aku rajinkan diri buat benda paling aku malas dalam dunia ni.. BERSENAM! Huhu..
Sebenarnya dalam banyak banyak sifat dia, aku paling suka dia sangat romantik! Bukan romantik macam dekat drama drama tu.. Dia romantik cara dia. Dia suka bagi pickup line yang buatkan aku terawang awang! Hehe
Contohnya, bila dia tiba tiba kata..
“Untungnye jadi bantal tu!”
Mata dia khusyuk tengok tv. dekat tv takde iklan bantal pun. Dah lama baru aku perasan. Dia maksudkan bantal yang aku peluk rupanya. Alahai lembabnye la aku!
Satu lagi, time shopping dia tiba tiba saja cakap
“Sayang! Pandang kiri!”
“Ada apa?” Aku tak paham. Tapi aku pandang jugak kiri. Takde apa yang pelik. Yang aku nampak cuma dia dekat kiri aku
“Abang tak nak sayang pandang lain selain abang”
Ish! Dia ni.. Dekat public tak payah la sweet2.. Kang aku jalan terhuyung hayang kang. Hati aku punyalah berbunga bunga. Akarnya mencengkam ke jantung. Fuh!
Satu peristiwa lagi bila dia terserempak aku yang baru habis mandi. Dia terus tanya
“Bersih ke?”
“Apa yang bersih?”
“Badan la.. bersih ke?
“Bersih la! Kan dah pakai sabun!”
“Macam tak bersih saja.. jom mandi sekali lagi!”
Dan aku akan buat buat tak dengar. Malas nak layan kononnya. Padahal dekat belakang aku dah tersenyum senyum.
Tapi, ada masa dia ni annoying jugak.. selalu sangat dia buat macam ni..
“Sayang! Nak ikut tak?”
“Nak pegi mana?” Aku dah tebayang dia nak ajak aku gi shopping.
“Berak!” Terkekek dia gelak sambil masuk bilik air.
Ces! Tak senonoh! Kang aku ikut betul.. tak tenteram ko nak meneran! Haha
Satu lagi peristiwa, selepas kami dah jadi ‘suami isteri sebenar’. Dia letak satu peraturan baru..
“Abang nak… tiap malam, kita kena rapatkan badan dada ke dada. Tak kesah la tengah gaduh ke, tengah badmood ke, Jangan pernah lupa”
“Kenapa tak cakap peluk saja?”
“Peluk lain! Ni dada ngan dada saja!”
Aku pun tak tau dari mana dia dapat benda ni. Mungkin ada la tu dia dengar mana mana penceramah syorkan. Aku ikutkan jelah.
So, nak dijadikan cerita, satu hari tu, dia marah aku sebab tak jawab call dan mesej dia. Khusyuk tengok Korea punya pasal!
Aku sedih kena marah. Kitorang senyap saja satu hari. Tak bertegur sapa.
Bila aku baru nak lelap, tiba tiba dia pegang bahu aku.
“Sayang..ada lupa apa apa ke?”
“Lupa apa?”
“Kite tak rapat dada lagi..”
Aku gelak. Siang tadi kemain lagi marah aku. Dan semudah itu kitorang berbaik semula.
Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi sebab aku menghormati adik yang komen ‘tak hormat langsung dengan kitorang yang tak kawin lagi ni’. Aku stop cerita sweet sweet ni. Akak minta maaf ye..hehe..
Semoga semua yang belum berkahwin dimudahkan urusan jodoh masing masing.
InsyaAllah, kalau aku rajin lepas ni aku cerita tentang pengalaman sebelum dapat tau aku mengandung.
Oh ye.. suami aku kirim salam dekat semua yang mendoakan kitorang. Korang semua baik hati. Semoga Allah lindungi kamu semua dari bala bencana. Aamiin..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia