“Pelaris Kedai, Tiba2 Muncul Gadis Ditepi Meja Dan Ditiup2 nya Makanan” Mendengar kata katanya buat kan ana seram

Foto sekadar hiasan

Kisah seram di kedai makan

Assalamualaikum dan selamat malam semua warga KCHM. Hari ini, saya nak berkongsi lagi satu pengalaman kawan saya ketika dia berkunjung di sebuah kedai makanan yang boleh dikatakan cukup terkenal di Utara tanah air.

Nama kedai makan itu biarlah ia menjadi rahsia sahaja. Cukuplah sekadar saya berkongsi pengalaman apa yang telah kawan saya alami sahaja.

Kisahnya bermula bila kawan saya yang bernama Ana ni pergi bercuti bersama suaminya di Utara tanah air. Kebetulan mereka pun baru saja berumahtangga jadi kiranya percutian ni merupakan cuti bulan madu merekalah.

Ana dan suaminya mempunyai minat yang sama iaitu pantang jumpa kedai makan. Lebih lebih lagi yang menjadi tumpuan orang pasti dia akan berhenti untuk mencuba masakan di situ.

Kiranya kedai kedai makan famous sekitar tempat tinggal mereka memang semuanya dah di hafal dan mereka pernah rasa.

Waktu tu hari dah malam. Kebetulan mereka berdua pun masih tak mengisi lagi perut mereka dengan sebarang makanan. Oleh sebab itu, Ana memberi cadangan kepada suaminya agar mereka keluar untuk mencari kedai makan di sekitar penginapan mereka.

Jadi malam tu selepas waktu isyaq mereka pun keluarlah pusing pusing bagi mencari kedai makan.

Kereta mereka bergerak laju sambil tu mata meninjau ninjau mencari apa yang dihajati. Tiba di satu simpang, suami Ana terlihat satu kedai makan yang ramai sangat pengunjungnya di situ. Jadi rasanya mereka dah berjumpa apa yang mereka cari cari.

Suaminya memberi isyarat dan membelok masuk kereta mereka di tempat parking kereta yang telah disediakan.

Ana pada mulanya rasa teruja sangat sangat tetapi bila sampai di kedai makan tersebut hatinya rasa tak sedap je.

Mulanya dia nak menyatakan apa perasaan yang dia sedang alami tetapi di batalkan niatnya apabila melihat suaminya beria ria dan excited sangat nak mencuba makan makanan di situ.

Suaminya pun matikan enjin kereta dan mereka

berdua pun keluar menuju ke dalam kedai makan terbabit. Memang ramai sungguh pengunjung yang datang ke kedai tersebut. Silih berganti. Meja makan pun sampai ada yang tak cukup. Punyalah ramai yang datang makan kesitu.

Melihat keadaan yang sangat meriah menjadikan suaminya betul betul puas hati dengan kedai tersebut hinggakan Ana pun rasa gembira walaupun hatinya ada rasa sedikit kurang selesa dan berdebar debar.

Ana cuba pujuk hatinya agar tidak melayan sangat apa yang di fikirkan nya.

Mereka bernasib baik sebabnya kebetulan mereka dapat tempat duduk. Kalau ikutkan ramai yang lain terpaksa menunggu giliran untuk makan di situ. Tapi bagi Ana dan suaminya sesuatu yang sebaliknya, mudah je mereka dapat tempat..

Tak lama lepas mereka duduk datanglah seorang pelayan wanita mengambil pesanan mereka berdua. Sementara menunggu makanan yang dipesan sambil Ana melihat keadaan di kedai terbabit. Memang meriah dan ramai sangat pengunjungnya.

Tengah dia melihat gelagat setiap pengunjung di situ, Ana terperasan ada seorang perempuan yg duduk di satu sudut kedai tersebut.

Mulanya dia ingatkan mungkin perempuan tersebut merupakan salah seorang pekerja di kedai makan ni. Tetapi entah macam mana timbul satu perasaan pelik sebabnya baju yang dipakai perempuan tu tak sama pulak dengan baju baju pekerja yang lain. Mungkin anak owner kedai kut.

Cuma yang menjadi satu tanda tanya, kenapa baju yang dipakai perempuan tu nampak lusuh je macam tak terurus. Masa Ana terfikir macam tu, tiba tiba je perempuan tu menjeling Ana dari jauh.

Tenungan perempuan tu, betul betul mengejutkan Ana. Seolah olah perempuan tu macam mendengar je suara hati Ana. Ana memandang ke tempat lain, sebabnya tenungan perempuan tu betul betul menakutkan Ana melihat nya.

Ana cuba memandang sekali lagi ke sudut tempat perempuan tu berada, dan malangnya ia dah tiada..

Kemana perginya perempuan tu tadi?. Mustahil dia boleh menghilangkan diri secepat itu. Lagi satu apa yang menghairankan, sudut tempat perempuan tu duduk memang tiada sebarang pintu atau ruang untuk keluar dan tempat tu pun agak sesak dengan makanan dan lauk pauk.

Entah macam mana mula timbul rasa seram pulak. Suami Ana pula, Ana lihat tak sabar sabar untuk menunggu makanan yang dipesan.

Ana pun mengalihkan pandangannya ke arah lain pula.

Dan bila Ana pandang balik ke sudut tu, tiba tiba perempuan tu ada lagi berdiri disitu. Tetapi kali ini dia memandang tepat ke arah Ana. Masa Ana memandang mukanya, tiba tiba je Ana jadi takut sebabnya perempuan tu memandang semacam je pada Ana.

Dalam keadaan tersebut makanan dan minuman yang ditempah pun sampai. Pelayan tu meletakkan makanan dan minuman di atas meja mereka.

Masa tulah Ana lihat sekali lagi perempuan tadi hilang semula. Bila dia lihat je perempuan tu dah ghaib timbul rasa seram dan tak selesa dengan kedai tersebut.

Tiba tiba je Ana rasakan ada satu sambaran angin menerpa ke mukanya. Memang terkejut Ana time tu, nasib dia tak menjerit. Suaminya agak pelik dengan sikap Ana time tu.

Bila ditanya mengapa, Ana hanya senyum sahaja menggelengkan kepala sebagai tanda tiada apa apa berlaku.

Dan sekali lagi Ana nyaris nyaris menjerit bila dilihatnya perempuan tadi tu betul betul ada di sebelahnya.

Tapi yang peliknya perempuan tu datang ke meja makan dan hanya meniup niup makanan di atas meja mereka.

Dan yang lebih menyeramkan lagi, perempuan tu siap bercakap sesuatu pada Ana.

Dari apa percakapannya seolah olah dia memberitahu pada Ana jangan Cuba mencampuri setiap urusan nya di kedai terbabit dan jangan memberitahu sesiapa pun tentang kewujudan nya. Jika tidak, awas dia akan menggangunya.

Suaminya, Ana lihat makan makanan terbabit dengan penuh berselera. Sedangkan dirinya nak suapkan makanan ke mulut pun rasa macam nak muntah, tetapi di tahannya.

Suami Ana ada bertanya, mengapa dia tak jamah langsung makanan tersebut. Ana hanya menipu dengan memberi alasan yang perutnya rasa tak sedap.

Bila melihat suaminya habis makan, cepat cepat dia ajak keluar dari situ. Bertambah hairan suaminya dengan sikap isterinya itu. Setahunya tak pernah lagi isterinya bersikap macam ni. Pasti ada yang tak kena ni, fikir suaminya.

Oleh sebab risaukan keadaan isterinya, suaminya pun terus keluar dari kedai makan tu. Dah masuk ke kereta dan bila dah jauh dari situ barulah Ana berani menceritakan apa yang dia nampak A sampai Z pada suaminya.

Mulanya agak susah suaminya nak terima apa yang dicerita kan Ana tetapi bila dia lihat isterinya bersungguh bercerita dengan serius, suaminya jadi percaya walaupun dia tak nampak apa yang sebenarnya isterinya nampak.

Itulah serba sedikit pengalaman seram kawan saya melihat ‘pelaris’ kedai secara terus. Dia bersyukur sangat nasib baik perempuan tu tidak mengganggu nya ketika di rumah.

Sejak dari hari tu Ana lebih berhati hati memilih satu satu kedai makan. Jangan tengok ramai orang je terus pergi.

Itulah serba sedikit pengalaman seram Ana yang diceritakan kepada saya. Sekian wassallam. Insha’Allah ada masa nanti sy kongsikan lagi. Bye

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Sofea Ibrahim via KCHM via edisimedia