“Pelik Bila JPN Tak Lepaskan Aku Tukar IC, Bila Balik Aku Cari Kad Nikah Ayah Dan Mak” Baru aku tahu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Hi. Saya nak story sikit tentang diri saya. Maaf kalau cara saya menulis ni sedikit pelik. Hahahaha. Nervousss okay.

Saya anak luar nikah. Yes saya anak luar nikah. Saya tahu pun masa umur saya 2* tahun. Waktu tu nak tukar kad pengenalan di JPN ( first buat masa darjah 6 okay je lepas, bila nak tukar tu ni la jadi)

And then tiba tiba orang JPN cakap tak lepas nak tukar. Kena panggil mak ayah. Orang JPN tu siap suruh saya duduk jauh lagi sebab diorang taknak bagi saya dengar.

Lepas diorang berbincang tu diorang suruh balik. And then parents saya cakap saya terpaksa tukar nama sebab ada problem dengan sijil kelahiran saya.

Waktu tu saya dah rasa macam diorang sorok benda kan. Lepastu saya cari kad akuan nikah parents saya, baru saya tahu rupa rupanya diorang kahwin selepas saya lahir.

Waktu tu lah saya tahu saya anak luar nikah. Tapi diorang still tak tahu yang saya tahu sebab saya tak nak diorang tahu yang saya ni dah tahu. Saya takut diorang salahkan diri sendiri sebab benda ni. Bagi saya biarlah saya buat buat tak tahu.

Selepas itu, saya pergi JPN, pergi settle kad pengenalan baru. Dalam 3 bulan rasanya maka saya dapat la nama berbintikan 99 nama Allah.

Bagi saya biarlah nama saya berbintikan 99 nama Allah tapi in fact saya still anak parents saya walau nama bukan nama ayah saya. Oh lupa nak cakap, saya anak sulung.

Saya sayang parents saya. Bagi saya mereka tiada ganti, they are my everything. Saya tak nak salahkan mereka atas kesilapan mereka dulu. Setiap manusia lakukan kesilapan kan.

Saya dah cukup bersyukur mereka tak abaikan saya waktu tu, dan saya juga dilayan sama rata macam adik adik saya.

Bagi saya family adalah sebab kenapa saya kuat jalani semua ni. Sepanjang saya hidup dengan nama ayah saya, saya tak pernah terfikir yang saya ni anak luar nikah. Tak pernah terlintas pun di fikiran saya.

Perasaan benci lepas tahu saya anak luar nikah pun tak pernah ada. Bagi saya mereka the best parents in the world. Saya betul betul sayangkan parents saya. Moga syurga buat ibu ayahku.

Satu lagi saya nak tanya semua yang akan baca ni, rasanya okay tak kalau saya cakap saya ni anak angkat sebab tak berbintikan nama ayah,

Saya tak nak cakap sebab kena tukar nama, saya takut menjadi aib family saya, saya tak nak orang bercakap tentang family saya.

Atau okay tak kalau cakap yang kad pengenalan saya ada problem then sebab tu kena tukar nama binti?

Sebab saya dari sijil UPSR sampai diploma semua nama berbintikan ayah saya, lepas settle diploma baru saya tukar kad pengenalan sebab limit umur untuk tukar kan sampai 25 tahun.

Jadi masa nak tukar semua maklumat balik macam ada yang persoalkan kenapa apa semua kan dan kawan kawan pun tertanya jugak kenapa,

Awak awak rasa jawapan apa yang sesuai untuk diberikan tanpa saya bagitahu saya ni anak luar nikah.

Terima kasih semua yang sudi komen dan baca story yang tak seberapa dari saya. May Allah bless all of you.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia