“Pelik Bila Siti Mengidam Sungguh Nak Rasa Daging Babi” Dibawanya ke kandang, tiba2 siti termuntah
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga kisah kisah ini sampai kepada pembaca semua pembaca hendaknya.
Aku saja saja bosan PKP ni asyik berkurung dalam rumah, mulalah mengenang kembali kenangan kenangan lalu, zaman kecil, zaman gembira dengan family aku, dengan nenek aku.
Ya Allah bahagianya masa lalu. Dalam terkenang tu aku teringat kisah kisah yang mak dan nenek aku pernah cerita masa aku remaja dulu. Banyak pengajarannya untuk aku selami.
Sebab tu aku tiba tiba rasa nak share dekat sini kalau boleh jadi manfaat untuk pembaca. Maaf intro panjang pulak ya.
Kisah 1
Nenek aku cerita dulu ada seorang wanita ni kampung kami. Kita namakan dia Leha saja lah. Jadinya Leha ni mengandung anak sulong.
Tiba masa dia bersalin maka bersedialah bidan untuk menyambut kelahiran bayi sulong si Leha. Rasanya semua ibu ibu tahu betapa sakitnya proses bersalin ni.
Jadi si Leha ni menjerit jerit kesakitan. Sambil menjerit, banyak kali Leha berkata,
“YA ALLAHHH.. AKU TAK NAK BERANAK DAH LEPAS NI… SAKITTTT… TAK NAK DAH YA ALLAHHH.. TOLONGG.. SAKITT SANGAT.. TAK NAK BERANAK DAH, CUKUP LA SEKALI….”.
Di ulang ulang lah ayat itu sampai selesai proses bersalin. Walaupun banyak kali bidan dan nenek aku suruh mengucap, berzikir dan ingat Allah.
Akhirnya sampai ke hari ni Leha tidak dikurniakan anak yang lain. Anaknya cuma yang sorang tu lah. Puas dia berubat tapi tidak mengandung jua.
Nenek aku cakap mulut jangan sebut bukan bukan. Tambah tambah masa bersalin tu dosa dosa ibu diampunkan oleh Allah kerana betapa sakitnya kesakitan tu sampai segala yang kita doa masa tu termakbul.
Doakan aku pun ada zuriat sendiri guys. Dah 2 tahun masih menanti. Huhu.
Kisah 2
Kisah ini dari nenek atau mak aku, aku tak ingat sangat. Kita namakan watak cerita ni sebagai Siti. Jadinya Siti ni tengah mengandung juga tapi aku lupa mengandung anak ke berapa.
Masalah bermula bila Siti ni mengidam makan daging babi. Ya, dia mengidam makan daging yang haram tu.
Puas disuruh suaminya belikan daging tersebut. Sikit saja katanya buat lepas mengidam.
Tapi mana mungkin suaminya itu menurut. Pesanlah apa saja makanan lain akan diusahakan cari tapi bukan daging itu, kata suaminya. Tapi tu lah. Siti ni nak daging itu juga.
Akhirnya suami ini ada satu idea. Dibawanya si isteri ni ke kandang babi bagi melihat sendiri suasana disitu.
Akhirnya Siti ni muntah muntah sampai lembik bila tengok keadaan disana amat kotor dan berbau busuk. Hilanglah apa yang dia idamkan. Lahirlah anak lelakinya itu ke dunia.
Tapi….. anak Siti yang ni pelik perangainya dari kecik. Sangat sangat nakal, keras kepala, perangai buruk. Beza dengan adik beradiknya yang lain. Bila dah besar, pandai mencuri, lepas tu terjebak dengan ddah.
Sampai sekarang anaknya dikenali sebagai pen4gih tegar keluar masuk pusat serenti. Aku rasa kesian jugak dengan Siti. Bukan dia minta pun kan.
Kita doalah agar hati kita tidak diuji dengan benda buruk, doa agar hati kita sentiasa dalam kebaikan.
Mungkin anaknya yang ini ujian untuk keluarganya. Kita tak tahu mungkin akhirnya anak itu insaf. Waallahualam.
Kisah 3
Kisah ini berkaitan dengan kawan baik aku sendiri, Sarah (bukan nama sebenar). Kawan aku ni dari duluu lagi dia dah doa ciri ciri jodoh yang dia nak.
Ye la kan orang kata kita kena doa dari awal supaya Allah makbulkan. Yang paling aku ingat dia cakap dia doa nak suami yang baik macam malaikat. Itu lah yang selalu dia ulang.
Dari zaman sekolah menengah sampai ke U sampai dah jumpa calon suami itulah doa dia. Nak yang baik macam malaikat.
In the end dia kahwin lah. Memang baik betul suami dia aku tengok. Dah la handsome. Imam muda, selalu gi masjid, baca Quran merduu saja, lemah lembut sopan orangnya. Sumpah baik giler.
Alhamdulillah. Betul dapat apa yang dia nak tu. Aku pun ada doa jugak untuk jodoh aku dulu. Hahaha.
Cumanya doa aku ni lebih spesifik nak tinggi 170 cm ke atas (sebab aku suka laki tinggi), nak yang sedap mata memandang, orang yang dekat dengan kampung aku, kerja elok, hormat orang tua, nak yang suka gi masjid sebab aku nak ada teman gi masjid sama sama nanti.
Macam mac la jugak aku doa tapi takde la sebut nak macam malaikat tu. Entah la kenapa rasa tak sedap pulak doa macam tu. Alhamdulillah aku jumpa suami yang sebijik macam doa aku, terima kasih ya Allah (sempat lagi selit cerita sendiri).
Sarah ni baru saja saja bercerai baru baru ni selepas 7 tahun kahwin. Dia datang jumpa aku nak mengadu aritu. Aku sedih la weh.. dengan dia duk nangis nangis.
Aku tanya la kenapa. Selama ni nampak diaorang bahagia saja walaupun takde anak. Aku teka teka la, suami dia ada orang lain ke, family mertua tak ok ke. Macam macam la teori aku. Semua dia geleng.
Last last Sarah cakap yang dia masih dara lagi!!!!! Ya Allah. Terkejut aku. Rupanya selama 7 tahun kahwin dia tak pernah disentuh lagi oleh suami dia. Suami dia memang takda nfsu pada perempuan. Bukan sebab sihir bukan sebab mati pucuk.
Dah berubat sana sini semua okay saja. “memang takde kemahuan dan nfsu pada wanita, sama macam malaikat” Itu ayat Sarah.
Dia kata suami dia memang pernah cuba tapi tak berjaya, sampai nak nangis suami dia bila diaorang cuba berhubungan intim. Siap istigfar lagi depan Sarah ni dan minta maaf sebab tak dapat teruskan. Sarah sedih sangat.
Suami dia baik tapi ye lah, nafkah batin tu tak dapat dipenuhi siksa jugak. Sampai bila nak tahan. Umur makin tua so lastly dia tekad minta cerrai. Sarah kahwin masa umur 24 lagi. Sekarang dah 31.
Dia cakap dia menyesal sangat kahwin dengan laki macam tu. Rasa membazir waktu muda, waktu subur dia, dah pudar kecantikan dia, something like that la. Huhu, aku dengar saja lah.
Sekarang ni dia tahap benci gila kat ex husband dia sebab tak terus terang pasal ni sebelum kahwin. Diaorang kahwin sebab aturan family.
So my whole point here is, janganlah mengharapkan kesempurnaan dalam mencari pasangan hatta sebaik malaikat sekali pun. Hanya Allah yang Maha Sempurna, makhluk lain semua tak sempurna mesti ada kekurangan. Be careful with what you wish for.
Ada banyak lagi kisah lain tapi aku rasa cukup sampai sini saja lah, hehe.
Thank you. Abel
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Abel (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia