“Pelik Kucing Duk Keras Depan Pintu, Elok Nak Lelap Terdengar Org Ketuk Pintu” Pelan2 aku intai dari lubang pintu

Foto sekadar hiasan

Aku Sam. Boleh nampak dan rasa bila ‘benda’ tu datang tapi aku buat don’t know je.

Bekerja di sebuah bandaraya, jarak rumah dengan tempat kerja dalam 5 minit ke 10 minit (kalau traffic light merah) je dan aku pergi kerja naik motor.

Aku menyewa di apartment kawan aku, tingkat atas sekali dan balkoni rumah menghadap tasik dan hospital.

Masing masing tahu sekarang pelaksanaan PKP 3.0 jadi waktu bekerja 8 pagi sampai 8 malam.

Cerita yang aku tulis ni, baru je jadi tadi (8/6/2021) dan aku kerja syif petang minggu ni. Kawan aku pulak memang takde kat rumah sebab dia kerja, so aku sorang sorang dekat rumah.

Lepas aku settlekan kerja, keluar dari premis tempat aku bekerja, aku dah mula rasa tak sedap hati. Sunyi yang aku pernah rasa sebelum sebelum ni tapi aku deny sebab aku malas nak melayan mood swing disebabkan makhluk halus whatsoever.

Sampai je dekat traffic light depan hospital, motor yang aku naik ‘ditolak’ dan ‘berat’.

Aku dah agak dah ada benda nak mengacau aku. Kereta belakang aku dah high beam dekat aku. So aku jeling dekat side mirror motor aku, sah benda tu dekat belakang aku.

Aku deny je apa yang aku nampak. Nanti makin galak dikacaunya. Benda tu bonceng motor aku sambil berdiri (?) menampakkan pakaian putih berbungkus.

Sampai depan tasik, aku nampak dekat sebelah kiri jalan ada makhluk baju putih dengan rambut cecah jalan berdiri.

Dalam hati aku; “ni memang betul betul beda ni nak kacau aku ni”.

So, aku dah start baca ayat Kursi untuk halang benda yang tak sepatutnya ikut aku sebab aku memang penat dengan kerja.

Sampai rumah, macam biasalah, bagi salam even takde orang. Switch on semua lampu dan terus bersihkan diri.

Dalam bathroom pun, aku rasa kuku tajam dekat tengkuk aku tapi aku memang tak melayan. Karang tak pasal pasal dirasuk terjun bangunan. 1 hal pulak, hahaha.

Dah settle semua, aku tengok tv jap sebelum tidur sambil makan malam bujang style. Sliding door balkoni memang aku bukak sebab nak bagi ada airflow dalam rumah sebelum aku masuk tidur.

Masa tengah relaks atas sofa, aku perasan ada satu lembaga hitam terapung luar balkoni rumah.

Kali ni lembaga yang aku tak pernah encounter dalam hidup aku tapi tau je lah kan, benda benda boleh menjelma dalam banyak bentuk.

So, lembaga hitam ni memang totally hitam, pakaian hitam, muka pun tak nampak.

Aku sergah dan benda tu terus terbang ke arah tasik sambil toleh dan tunjukkan muka dia yang hodoh dan menggerutu tu dengan senyum yang scary giila, tanda nak mengacau aku. Lepastu hilang.

Aku bukanlah berani sangat tapi selalunya benda benda ni akan ambik kesempatan bila fizikal dan mental kita exhausted. Kadang kadang benda benda ni sengaja nak mengacau.

So, bagi yang lemah semangat, digalakkan sangat berzikir, dalam hati pun boleh.

Yang boleh nampak atau rasa kehadiran benda ni, berzikir jugak sebab syaiitan/ jin/ iblis ni memang tugas diorang nak mengganggu je kerjanya.

Ok aku nak sambung tengok tv pulak. Jaga diri.

Part 2: Di Kacau II

So, post kali ni, masih di tempat sama, bandaraya Shah Alam. To be exact, Seksyen 7, Shah Alam. Tak seronok aku nak berahsia dengan pembaca.

*Penampakan*

Kalau kisah sebelum ni, aku dah cerita yang aku memang akan bukak sliding door balkoni bagi ada airflow dalam rumah. So, aku teruskan saja lah ya.

Selalunya lepas makan, kalau aku bosan dah tengok tv sorang sorang, aku lepak dekat balkoni sambil makan buah epal. Ya, aku penggemar buah epal. Setiap minggu aku beli dekat Giant Hypermarket Seksyen 7 tu.

So, sambil aku makan buah epal tu, aku fikir jugaklah penatnya petugas kesihatan Hospital Shah Alam tu on call, overtime dan jaga pesakit.

Kadang kadang, aku tengok jugak orang yang berjoging dan beriadah naik basikal malam malam dekat tasik tu. (sebelum PKP dilaksanakan).

Tapi malam tu (awal tahun 2021), entah kenapa aku terdetik hati nak lepak lama lama dekat balkoni. Esoknya aku kerja, tapi tak boleh nak tidur.

So, aku toleh lah ke sebelah kiri pulak, bangunan kerajaan Selangor. Bangunan Belia dan Kebudayaan tak silap aku, Unisel, UiTM.

Tiba tiba, dekat trek orang berjoging malam malam tu, aku terpandang susuk tubuh putih yang aku memang kenal bawah tiang lampu.

Berbungkus.

Dalam hati aku, takkanlah pekerja pembersihan nak timbun sampah setinggi setengah tiang lampu kan, putih pulak tu. Nak kata ada tong sampah, tong sampah MBSA warna biru.

Tak lama lepastu, baru aku tersedar, pocong!

Tapi dah jadi tabiat aku buat tak tau saja, aku pandang saja lah dua tiga kali dari balkoni rumah sambil berharap dia tak pandang aku semula. Kalau tak, memang aku cari nahas sendiri.

Tak lama lepas tu, pocong tu melompat hilang dalam kepekatan malam.

Pocong ni bukan melompat macam hantu cina yang kita tengok dalam tv tau, dia melompat sangatlah tinggi dan sekali lompat tu, jauh perginya.

Mengucap syukur jugaklah dalam hati aku sebab dia tak melompat ke kawasan apartment, kalau tak…

*Dikacau 2*

Ok, kisah kali ni jadi hujung tahun lepas, dalam period masa 25 – 28 Disember 2020. Sorry aku tak ingat sangat tarikh tepat aku kena kacau.

Sebelum tu, aku lupa nak cakap, aku dengan housemate aku, ada bela kucing 3 ekor. Jenis berhabuk kelabu tu. Penggemar kucing tau lah kucing berhabuk kelabu ni, hahaha.

Dalam timeline tu, housemate aku outstation ke kawasan utara atas urusan kerja/ peribadi dia seingat aku. So, memang aku sorang sorang lah kat rumah.

Selalunya bila aku balik dari kerja, aku bersihkan diri, makan malam and layan kucing kucing tu. Tapi, malam tu, diorang buat keras saja dekat pintu. Sambil tengok pintu rumah.

Mengiau pun tidak. Aku panggil pun, dibiarkan begitu saja. Sedih aku.

Aku tak fikir apa lah, dengan penat kerja, hari esoknya nak masuk kerja syif pagi pulak. Baik aku makan saja. Mungkin diorang tengok cicak ke, apa ke.

Masa aku nak masuk tidur, aku dengar bunyi guli jatuh atas siling rumah.

Macam yang aku cerita dalam post “Dikacau” tu, rumah aku sewa ni, tingkat atas sekali, paling atas cuma tangki air untuk bekalan air blok apartment yang aku sewa.

Lepastu, bunyi pulak orang tarik perabot kayu berat macam nak pindah rumah.

Dengan keadaan penat, aku gagahkan jugak fikir, budak mana lah main guli melantun lantun ni dengan orang nak pindah rumah malam malam buta.

Lepastu, aku duduk atas katil aku, fikir dengan lebih rasional; “Eh, rumah ni dah tingkat atas sekali. Gril nak ke tingkat atas tu, memang sentiasa berkunci.

Aku balik kerja pun, takde nampak lori sewa atau anak anak jiran main tuju guli.” (Masa ni, aku kerja syif petang, habis kerja 10 malam so dalam pukul 10.15 malam baru aku sampai rumah).

Lepastu aku sambung baring, elok nak lelap mata, “Tang Tang Tang” pintu rumah kena ketuk, bukan dengan buku lima tapi tapak tangan. (Cuba korang ketuk pintu guna lima kuat kuat, lepastu guna tapak tangan pulak kuat).

Aku pun keluarlah dari bilik, tengok dekat lubang pintu sebelum pulas tombol pintu kot kot ada jiran nak bagi makanan free ke, kira rezekilah hahaha. Tapi takde.

So, aku pusing semula sambil suruh kucing kucing tu masuk sangkar. Tapi, diorang sama macam tadi cuma kalini, semua berkumpul dekat atas lantai macam takutkan something.

So, aku bagilah chance kat diorang free malam tu tak yah masuk sangkar.

Elok aku nak berjalan masuk bilik, pintu rumah kena ketuk lagi. Kali ni aku tengok lagi ikut lubang pintu, takde orang.

Aku pusing semula nak masuk tidur, Belum sampai depan bilik tidur aku lagi, pintu rumah kena ketuk. Aku jalan slow slow sampai saja depan pintu, aku tengok ikut lubang pintu…

Pakaian putih, rambut panjang, muka takde!

Hitam!

Aku terus ketuk pintu rumah sambil jerit, “Allahuakbar” baru makhluk tu lesap tak tau pi mana.

Lepastu aku lari masuk bilik aku. Ambik bantal dengan selimut, aku masuk bilik housemate aku sambil whatsapp dia; “aku nak tumpang tidur bilik kau malam ni.”

Esoknya, aku pergi kerja dengan badan yang penat giila macam baru lepas marathon.

Sambil kerja, aku teringat, patutlah kucing kucing ni buat taktau saja bila aku panggil, mengiau pun tidak. Mungkin diorang lebih awal nampak benda tu kot.

Balik kerja, aku call and bagitau mak aku apa yang jadi.

Kalau nak pendinding diri, berzikirlah. Bacalah ayat ayat Quran especially al-fatihah dan ayat kursi. Masuk rumah, bagi salam. Aku pun tidaklah baik mana, ada lah jugak nakal tu hahaha tapi itu saja lah yang aku amalkan.

Jangan biarkan diri kita lemah tak kisahlah korang sekilas pandang ke, memang boleh nampak jelas ke, ingat Tuhan. Takde siapa yang lagi berkuasa melainkan Tuhan.

Ok, aku nak melayan kucing kucing pulak. Ada masa nanti, aku cerita lagi ok.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Sam (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia