“Pelik Suami Minta Pakaikan Lampin, Bila Dah Penuh Aku Tukar” Makan bersuap, minum botol susu, tido pun nak dodoi
Foto Sekadar Hiasan
Assalamualaikum admin dan pembaca IIUMC semua.
Aku tersempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita cerita yang di kongsi di dalam platform ini.
Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita cerita di kongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.
Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah Suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab.
Nafkah di beri dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah.
Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian muslimah melalui online.
Satu sahaja yang kita belum memiliki, ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki.
Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah.
Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang di namakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.
Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan di anggap sebagai seorang bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas.
Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.
Sebelum kami nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.
Bila kami sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku.
Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu menunaikan kehendakan dia. Tetapi kelamaan aku layankan juga kemahuan suamiku.
Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.
Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil hinggalah dia tertidur atau menonton cartoon atau rancangan yang dia minat.
Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut dia.
Kegiatan ini berlalu apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suami aku ini. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila dia mahu teruskan minat dia.
Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin, bagi dia memberikan dia kebahagian.
Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini.
Niat Aku menulis ini aku nak tahu, adakah suami korang yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik sebenarnya.
Reaksi warganet
KN AS –
Pernah tengok video mat salleh ada hobi macam ni. It is rare. Tak sangka siap ada term ya. Ada yang cakap, ni semua untuk lepaskan stress.
Hidup sebagai baby kan takde masalah untuk difikirkan. Hanya cartoon dan makan. I dont think yang ur husband akan berhenti macam tu je. Kena ada triggering factor yang buat dia fikir balik tentang habit yang satu ni. Refer pada pakar mungkin..
Dandellion Bittersweet –
Tengok dekat youtube ramai pulak ABDL dan diorang mengaku terang terangan. Cuma yang kronik tu yang suka diapers yang dah kotor sampai cari kat tong tong sampah.
Kalau yang confessor cerita ni level level ABDL biasa kot hat suka dibelai macam baby tu kot. Tapi tak normal lah. Bukannya sakit atau uzur sampai nak kena pakai adult diapers.
Hari ni first time tau wujud komuniti ni. Dan tak wajar orang gelakkan suami confessor ni. Sebab ia salah satu cabang mental yang perlu bawak bincang dengan pakar..
Fadiy Midd –
Errkkk, mujurlah dia tak mintak buai. Mana nak cari tu, haha..
Entahlah dik, first time dengar benda ni. Apa apa pun semoga semua baik baik ye. Semoga cepat dikurniakan zuriat, mana tau mungkin minat dia akan berhenti.
Dan setuju dengan komen lain. Elok juga refer pakar. Kalau normal takpela. Kalau perlu rawat why not rawat. Tapi gayanya takdela serius sangat, jangan risau pulak ye..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Suriah (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia