“Pergi Rumah Diaorang Tapi Hanya Hidang Makanan Kami Bawa” Masa malam mereka siap2 nak makan luar, tapi tak ajak kami
Foto sekadar hiasan.
Aku baru berkahwin 10 tahun, tapi aku selalu perhatikan pengorbanan ibu mertua aku nak jaga hati anak-anak lelaki dan menantunya.
Suami hanya ada seorang adik perempuan bongsu yang lain semuanya 7 orang lelaki termasuk suami aku.
Baru-baru ni ibu mertua datang ziarah jauh dari kampung naik bas dengan adik ipar perempuan yang bongsu.
Suami jemput di stesen bas. Kebetulan anak-anak aku tengah diuji kesihatan jadi aku memang tak sempat nak memasak nak jamu ibu mertua makan. Suami aku tolong masak nasi dan belikan lauk.
Tapi aku tengok Mama dan Adik makan bertambah, aku rasa kurang bersalah sikit sebab Mama bukan jenis yang makan banyak.
Keesokannya suami bawa Mama pergi rumah abangnya, Mama siap bawa beg nak tidur rumah anaknya tapi masa sampai tu suami aku tak keluarkan lagi beg. Semua dalam kereta.
Biras aku jenis tak berapa nak mesra, dulu rajin juga kami nak ziarah tapi setiap kali ziarah terasa tak diraikan, lama-lama suami aku pun tak beria nak ke sana.
Tapi bila mereka datang ke rumah, suami akan bersungguh masak yang sedap-sedap dan bekalkan mereka bawa balik. Nak pergi pun akan bawa makanan siap-siap.
Pernah juga bagitahu nak pergi rumah mereka. Masa pergi mereka jamu dengan Teh O dan pisang goreng yang suami beli, dah nak maghrib mereka siap-siap nak makan di luar tapi tak pelawa kami pun. Masa tu Mama pun ada sekali.
Sudahnya suami ajak Mama tidur rumah kami, sampai rumah Mama kata Mama lapar. Jadi suami masak nasi dan telur dadar, makanlah kami nasi panas dan telur dadar dengan kicap.
Baru-baru ni bila Mama kata nak tidur terus biras aku kata esok anaknya ada kelas tambahan. Aku perasan muka Mama berubah tapi Mama cuba buat rilek. Mama pun cakap.
“Mama tidur rumah Alang lah.”
Alang ni adik suami juga, sebab Mama tak pernah pergi rumah Alang jadi etakcited juga.
Sampai rumah bujang Alang, Mama tak tergamak nak tumpang tidur. Berselerak. Baju bergantung penuh rumah. Walau rumah bujang, Alang hanya duduk seorang di rumah sewa. Sebab tu Mama berangan nak tidur rumah Alang.
Sudahnya Mama cakap..
“Mama ikut balik tidur rumah Ateh lah.” Iaitu rumah kami.
Masa nak pergi kereta aku dengar Mama cakap dengan Adik.
“Mama ingat nak tidur rumah Angah tapi dah Kak Ngah cakap anak dia nak kelas, nanti menyusahkan dia pula nak hantar kita pergi rumah Alang. Nak tidur rumah Alang, bantal pun tak ada. Kesian Ateh anaknya tak sihat, tapi Ateh je yang nak layan kita.”
Aku rasa nak meraung. Aku tahu mak mertua aku sedih gila.
Bayangkan seorang ibu datang dari jauh nak tidur rumah anak lelaki, nak tengok cucu tapi tak diraikan.
Tapi mak mertua aku baaaaaaik gila.
Bila masuk kereta. Mama cakap pada suami aku.
“Mama tidur rumah Ateh ya! Nanti senang Ateh nak hantar Mama balik tak payah ambil Mama kat rumah Alang dah.”
Suami aku okay je.
Sebab aku awal-awal dah sound, Mama bukan selalu datang, skip je lah apa-apa kerja pun untuk Mama. Sementara Mama ada je nak layan Mama…
Aku ada anak-anak lelaki, aku pun bukan menantu yang baik tapi aku betul-betul sedih bila tengok Mama sedih.
Untuk pembaca wanita yang bergelar MENANTU, ibu mertua adalah ibu kepada suami kita. Buatlah baik, raikanlah mereka dan kalau tak mampu nak sayang mereka seperti ibu kandung sekalipun jangan kita bina tembok antara suami dengan ibu mereka.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: ekisah.com