“Pernah Berkali Juga Kami Bertengkar Kerana Aku Bertanya Apa ‘Future Planning’ “Aku terkedu bila suami mencabar aku utk aku mencabarnya menjatuhkan talak.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Assalamualaikum. Maaf jika perkongsian luahan hati aku ini terlalu “direct” kerana aku tidak pandai mengarang. Sejenis yang “straight to the point”.
Bismillahirrahmanirrahim…
Aku seorang isteri dan ibu kepada bayi yang baru berusia 3 bulan.
Untuk pengetahuan, aku bernikah pada usiaku menginjak 30 tahun bersama seorang lelaki yang aku baru kenali tidak sampai setahun pon. Keluarga nya orang yang baik-baik.
Suamiku seorang peniaga dan aku seorang yang bekerjaya professional. Walaubagaimanapon, pendapatan bulanan suamiku hasil berniaga mencecah 10k setiap bulan.
Tapi itu ketika sebelum berlakunya pandemik. Aku berkahwin dengannya selepas PKP pertama ditarik. Dua bulan kemudian aku hamil.
Dipendekkan cerita, sejak awal perkahwinan perniagaan suamiku telah pon terjejas. Tetapi sebagai isteri yang baik, aku memahami situasi suamiku.
Aku memahami situasinya sehingga kini. Sehingga setelah setahun perkahwinan kami.
Ini bermaksud, segala kos sara hidup kami berdua ditanggung oleh aku kerana duit simpanannya telah pon habis kerana membayar komitmen bulanannya yang agak tinggi.
Kereta nya sehingga kini telah tertunggak bayarannya. Dia tidak bekerja dan dalam perancangan membangunkan bisness barunya yang kerap tertunda dek pelbagai isu.
Ketika aku hamil, aku lah yang bekerja dari pagi dan pulang lewat malam. Dengan alahan hamilnya.
Paling mal4ng nasibku jika aku terpaksa bekerja lebih masa.
Memang mendapat bebelan dan pertengk4ran berlaku kerana dia tidak suka dengan tindakan aku yang pulang lewat bekerja ibaratnya aku lupa tugasan aku sebagai isteri.
Padahal dia lupa ke yang mana gaji ku ini lah yang menyata hidupnya juga. Tanpa kerja dan gaji aku, makan pasir lah kami jawabnya.
Aku tertekan. Tapi apabila moodnya baik, dia akan menyedari kesilapannya itu dan akan ulanginya lagi.
Pernah berkali juga kami bertengk4r dek kerana aku bertanya apa “future planning” nya jika perniagaan baru itu lambat bermula. Marahnya kepada ku bukan kepalang.
Sejujurnya, aku mula rasa tidak senang dengan sikapnya yang mana kononnya asyik nak berfikir dan berangan-angan menjadi kaya.
Tapi buatnya tidak. Penat la semua benda aku tanggung. Makan minumnya semua. Keperluan bayi? Siapa lagi jika bukan aku.
Belum ada satu sen pon lagi dia hulur wang untuk aku belanjakan keperluan anak kami.
Dia suami yang baik. Baik tapi entahlah.
Hari ni berlaku pertengk4ran lagi kerana bisness yang dirancangnya itu tidak dapat dijalankan.
Ada isu berkaitan dengan keluarga (ibu bapa). Tak perlu aku cerita tentang ini. Pertengk4ran yang menyebabkan hampir jatuh lafaz tal4k.
Dia yang ingin lafazkan tal4k kononya tertekan kerana aku bertanya tentang apa “planning” nya yang seterusnya dan juga kerana aku luahkan aku tidak mampu lagi membantunya.
Komitmen aku sendiri dah cukup tinggi. Gaji aku tidak lah besar mana.
Boleh pula dia kata, aku pergi kerja seperti biasa dan dia menjaga anak kami dirumah. Eh? Makanya sekarang kau jadi isteri dan aku adalah suami?
Aku mula bertekak yang selama ini semua benda aku yang lakukan.
Dia? Nothing. Dan tiba-tiba dia sendiri mengkonklusi aku dah tidak sanggup bersamanya maka aku dan anak boleh tinggalkan dia. Dan mencab4r aku untuk aku cab4rnya menjatuhkan tal4k.
Aku terkedu dan menangis kerana dia sanggup mengambil jalan singkat sebegitu rupa. Apa perlu aku lakukan? Teruskan perkahwinan ini atau sabar sedikit saja lagi?
Kalau bukan kerana anak kecil ini, memang aku terima saja cab4rnya itu… tetapi ada amanah dari Allah untuk kami berdua. Amanah ini tidak akan hadir jika kami tidak cinta antara satu sama lain. Bantu aku…
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: IIUMC via news.allmhi