“Pintu Rumah Sudah Tertutup Untuk Aku” ayah berbisik cakap tentang ibu buat aku terdiam
Foto sekadar hiasan. Aku seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai suami yang bertanggungjawab dan sepasang anak yang sangat comel dan bijak.
Syurga yang aku maksudkan bukan lah suami, tetapi ibu. Begitulah tinggi aku meletakkan darjat seorang ibu.
Untuk perkenalan, ibu dan abah berpisah semasa umur aku 16 tahun. Selepas berpisah, aku dan adik beradik tinggal dengan abah di rumah yang sedia ada manakala, beberapa bulan selepas penceraian, ibu berkahwin dengan lelaki pilihannya yang lebih muda.
Ibu tinggal dalam satu daerah yang sama. Cuma kami jarang bertemu mungkin disebabkan rasa marah terhadap suami ibu.
Masa berlalu, aku bernikah dengan suami semasa berusia 23 tahun. Aku mula rapat dengan ibu semula selepas melahirkan anak yang pertama kerana berpantang dirumah ibu.
Aku mengambil masa yang agak lama untuk belajar menjadi seorang ‘ibu’. Jadi, aku mengambil keputusan untuk stay agak lama dirumah ibu memandangkan selepas berkahwin, aku masih tinggal di rumah abah.
Setelah hampir sebulan, aku mula merasakan yang ibu seakan tidak selesa aku tinggal di rumahnya. Aku memberitahu suami dan suami bersetuju untuk pulang ke rumah abah walaupun aku masih takut dan tidak yakin. Alhamdulillah, semua baik2 sahaja.
Beberapa bulan selepas tu, suami mencari rumah sewa untuk keselesaan anak kami, dan rumah itu tidak jauh dengan rumah ibu memandangkan rumah itu juga berdekatan dengan tempat kerja suami.
Ibu dan ayah tiri kelihatan gembira dengan keputusan kami. Dan aku kerap datang ke rumah ibu dengan menagih rasa rindu yang lama terpendam selepas penceraian tersebut. Aku akan datang 3 kali seminggu.
Lama kelamaan, aku perasan ibu seakan2 selalu memberi alasan tiada di rumah dan sebagainya sekiranya aku mahu datang. Jadi, disebabkan rasa bersalah, aku pun kurangkan datang kerumah ibu. Aku fikir mungkin ibu letih melayan anak2 aku yang mula melasak walaupun ibu cuma duduk. Aku sendri yang menguruskan anak2 walau dimana.
Sejak 6 bulan yang lepas, aku berpindah satu taman dengan ibu. Lebih dekat dari rumah yang sebelumnya. Disebabkan ibu dan suaminya telah beberapa kali memberi ‘hint’ bahawa mereka tidak selesa dengan kehadiran aku dan anak2. Aku hanya menjengah mereka sekali seminggu sekadar bertanya khabar.
Tetapi lain pula reaksi mereka. Mereka seakan terasa pula bila aku sudah jarang ke rumah mereka. Aku jadi buntu. Aku just beritahu mereka aku takut sekiranya aku datang, mereka sedang sibuk. Lalu ibu membalas, “ibu memang sibuk!”.
Tipulah kalau kata hati seorang anak itu tidak terasa bila ibu nya sendiri tidak suka dengan kehadiran nya. Aku masih datang, tapi cuma menyinggah. Tidak lagi bertandang seperti dulu. Aku datang cuma 2 mggu sekali. Itupun kalau ada suami ataupun datang bersama adik beradik lain.
2 hari lepas, adik lelaki aku datang ke rumah ibu. Aku ikut sama. Semasa sedang berborak, ayah tiri memberitahu aku secara berbisik bahawa ibu sudah tidak bekerja. Aku iyakan sahaja.
Tetapi aku faham, maksudnya sekarang ibu hari2 akan berada di rumah, tetapi ibu tidak akan menerima aku sebagai tetamu. Aku dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh ayah tiri aku.
Aku cuma berdiam. Kini, giliran ibu sendri memberitahu bahawa ibu sudah tidak bekerja tetapi pintu rumah ibu tutup sambil memandang aku. Aku dengar. Aku diam.
Perkara itu diulang lagi oleh ayah tiri aku secara terang bahawa maksud ibu adalah pintu rumah ibu tertutup untuk aku. Ya, untuk aku. Tiada selindung. Berulang kali disebut. Sehingga aku jawab, ya.
Aku perlukan pendapat. Aku juga seorang ibu walau anak2 aku masih kecil. Tetapi aku tidak dapat membaca kenapa ibu begitu menyampah dengan aku walhal kalau aku tak datang, mereka terasa.
Tapi dalam masa yang sama mereka selalu pesan jangan datang. Walaupun cuma menyinggah sekali setiap 2 minggu, aku tetap diberi warning. Sumpah sedih.
Aku harap, readers boleh share pendapat dengan aku supaya aku stay positive. Since aku jugak tengah struggle dengan minor depression, benda ni sangat effect aku.
Reaksi warganet.
Lihat apa kata pembaca selepas membaca luahan wanita ini.
Nur Hela –Pinggan tak retak nasi tak dingin. Orang dah tak hendak, aku pun tak hingin.
Gitulah antara konsep saya amalkan dalam hidup. Alhamdulillah segalanya menjadi mudah. Saya sudah, anda bila lagi.
Suzila Toha –Orang2 tua pernah berkata, adat bersaudara, bila dekat bau le kentut yang busuk, bila jauh terkenang2 terindu. Jadinya, jauhkan diri buat sementara waktu.
Nora Dean –Maybe maksud dia bagitau pasal dah tak kerja tu, hint untuk minta duit belanja, bukan tak bagi datang rumah. Maybe la. Cuba la tanya. Sebab sangka2 ni buang masa la, jiwa tak tenang. Terus terang tanya mak tu. Betul ke tak suka anak datang selalu. Takkan la mak tak suka anak datang rumah.
Seri Mahani –Takut datang melenggang jer. Makan minum ibu pulak kena tanggung. Kadang2 kita bukak aircond dll. Tak bagi duit api air, mana tahu itupun antara punca jugak.
Kouru Kanagawa –Nak datang rumah mak tu, cuba lah masak sedap2 untuk mak. Tak pun bwak lah buah tangan ke or whatever yang boleh buat orang tua tu seronok.
Bila datang tu, cuba buat macam rumah sendiri, kemas dan bersihkan rumah. Cuba masak didapur mak sesekali. Buat lah bagaimana seorang anak perempuan melayan ibu yang dikasihinya.
InsyAllah, sejuk dan kembanglah hati orang tua tu nnti dan pasti kedatangan anda sentiasa dinanti2kan nya..
Lee Qaqa –Awak datang rumah mak berapa lama? Kalau sekali datang dari pagi sampai petang, pun tak bole jugak.
Mengganggu rutin harian orang tu. Kalau anak2 buat sepah, bising2 lama, ada orang tak suka, tak tahan. Nak datang, tengok waktu walaupun sedara sendiri. Jangan datang time orang dah penat, nak rehat2, pastu kena layan budak2 pulak.
Kalau rasa awak tak salah, jaga anak baik, datang masa yang okay, tnya lembut2 dengan mak kenapa tak suka datang. Tanya sini, kitaorang tak tahu. Hihuu
Azura Rosli –Susah orang luar nak menilai ape yang cuba dimaksudkan dan disampaikan. Ibu tetap akan sayangkan anak.
Kemungkinan terkadang ibu confessor tidak selesa bila cucu melasak. Ibu awak sayang.tapi ada masa dia nak privacy. Jenguk2 lah ibu selagi dia masih ada. Rasanya, confessor yang terlebih terasa, cuba positif.
Datang ke rjmah bawa buah tangan, makan sama2, tapi confessor try masak faveret food mak Mungkin dia penat.. dan nak layanan pulak dari anak2
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
– Miss B (Bukan nama sebenar) via IIUMC.
Sumber: semakanpermohonan