“Pura2 Jadi Mangsa, Lepas Bercerai Aku Cuba Hubungi Bekas Biras” Ingatkan keluarga mertua dah berubah, rupanya tidak

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua… Nama aku adalah Anis dan ia bukanlah nama sebenar aku. Aku dah 2 kali berkahwin. Alhamdulillah perkahwinan kali ni aku enjoy the moment as a wife.

Aku tak nak cerita pasal perkahwinan baru atau perkahwinan lama. Sebab bagi aku ada hikmah di sebalik apa yang Allah sudah tuliskan untuk aku.

Kalau nak tahu aku memang tak suka nak cerita hal diri aku dekat sesiapa. Jadi ini adalah tulisan pertama aku. Aku cerita ni pon, aku harap beban masalah aku boleh dilepaskan dan harap komen yang positif sahaja supaya rasa serba salah aku berkurang.

Ceritanya bermula begini.

Baru baru ni aku ada berhubung dengan bekas biras aku melalui whatsap. Aku namakan bekas biras aku Mira.

Last contact pon aku tak ingat tapi yang pasti sebelum aku berkahwin kali kedua. Aku pon happy dapat contact semula sebab dah bertahun tak tahu khabar Mira.

Dia ni memang dah lama ada masalah dengan keluarga bekas mentua sebelum aku bercerrai lagi, cuma bezanya aku keluar awal dari keluarga tersebut.

Keluarga bekas suami aku memang tak berapa ok dengan Mira. Aku namakan bekas suami aku Hafiz. Mereka ni depan Mira ok je, belakang mengata sehabis mungkin. Masa tu aku memang tak ambil port sangat apa yang mereka kata tentang Mira.

Walaupun banyak benda aku tak setuju cara pemikiran mereka, tapi sebab aku menantu jadi hadap dan dengar sahajalah.

Mira memang tak tahu, dan aku pon tak adalah nak memberitahu sebab bagi aku buat apa nak wujudkan jurang Mira dengan keluarga mentua pula.

Akhirnya lama kelamaan Mira tahu. Tapi bukan aku yang mengadu domba, sebaliknya keluarga Hafiz sendiri yang mengadu perangai Mira dekat keluarga Mira dan benda ni menjadi kesan keatas Mira, mak dan ayahnya.

Yelah dia tak sangka, dia baik sahaja dengan mentua. Dia belikan hadiah kalau pergi mana mana, balik rumah mentua masak dan uruskan anak anak. Tup-tup belakang dia, lain cerita.

Semasa Mira ngadu dekat aku, aku tak terkejut sebab aku dah lama dengar mereka menjaja cerita hal Mira ni dekat saudara mara mereka.

Masa tu aku terfikir juga, apalah dorang bercakap belakang hal aku pula. Aku agak respect dengan Mira sebab dia tak melatah macam aku. Dia hanya merajuk dan tak nak balik kampung suami dia sahaja.

Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Rumah tangga aku bergolak dan akhirnya aku bercerrai. Banyak benda Allah bagi aku nampak belah sisi keluarga bekas mentua aku bila aku dah bercerrai.

Pada awal dahulu, memang aku banyak salahkan mak mentua, adik beradik Hafiz yang suka masuk campur.

Tapi lama kelamaan, baru aku tersedar sebenarnya Hafiz yang suka reka cerita buruk hal aku dengan tujuan dia nak supaya dia nampak sebagai suami yang baik depan mata keluarga dia.

Dan sedikit sedikit aku tersedar dan soalan aku terjawab kenapa Mira ni juga dipandang negatif oleh keluarga bekas mentua aku.

Sebab suami dia juga berperangai sama macam abang dia, Hafiz. Tapi aku memang tak ada nak bercerita dengan Mira hal suami dia, Azman namanya. Cukuplah rumah tangga aku hancur.

‌Selepas aku bercerrai, aku dapat tahu dari sepupu mereka aku dijadikan kambing hitam kenapa Mira tak berbaik dengan keluarga mentua dan tak balik kampung.

Suami Mira, Azman bagitahu saudara mara dia, aku ajak Mira bercerrai. Walhal Mira memang ada cerita dengan aku dia dah lama makan hati dengan Azman.

Tapi aku masih tak bagitahu Mira perangai Azman ni. Aku hanya cerita dekat Mira hal bekas mentua dan adik beradik Azman sahaja.

Masa sepupu Hafiz dan Azman sampaikan perkara tersebut, aku rasa down sebab aku dah keluar dari keluarga tersebut dan mereka still playing viictim. Atas nasihat mak ayah aku, mereka minta aku tidak berhubung dengan sesiapa pon dari keluarga tersebut.

Alhamdulillah dah bertahun, aku pon dah ada kehidupan yang bahagia sehingga aku lupa aku pernah diuji oleh Allah suatu masa dahulu.

Baru baru ni aku add FB Mira dengan tujuan nak tahu perkembangan dia. Dah ok kah dengan keluarga mentua. Sebab pada kiraan aku, last aku berhubung dengan sepupu mereka, dia ada bagitahu mak Azman ada merayu dan minta maaf dekat Mira.

Jadi aku fikir keluarga bekas mentua aku dah berubah walaupun bagi aku tak perlu pon hebahkan dekat sanak saudara yang mereka merayu minta maaf dekat Mira. Entah macam playing viictim sangat.

Tapi aku tumpang gembira kalau Mira dah berbaik dengan keluarga Azman. Pada fikiran aku, keluarga bekas mentua aku dah ambil pengajaran dan tak mahu ada lagi yang bercerrai dalam keluarga tersebut.

Jadi dari FB kami bertegur sapa ke whatsap. Tanya perkembangan masing masing.

Sebenarnya tujuan utama aku berhubung dengan Mira adalah nak minta bantuan Mira dengan memberitahu suami dia, Azman hal nafkah anak buah dia dan boleh nasihatkan abang dia.

Lupa nak bagitahu aku ada seorang anak dengan Hafiz. Dan sudah tentulah anak aku sekarang membesar dengan dibiayai sepenuhnya oleh bapa tiri dia.

Alhamdulillah suami aku tak pernah ungkit dan tak pernah rasa terbeban. Walaubagaimanapun, aku rasa aku perlu tuntut juga nafkah anak sekurang kurangnya aku boleh simpan dalam bank anak.

Suami aku dah anggap anak aku adalah anak dia, dan anak aku pula dah sayang bapa tiri dia lebih dari sayang aku. Kalau soal makanan, suami aku memang akan belikan apa yang anak aku suka walaupun mahal. Kalau aku memang tak layankan kehendak anak.

Itulah suami aku memang tak pernah berkira dalam apa apa hal. Untuk pengetahuan semua nafkah anak aku dah ditetapkan oleh mahkamah RM300 sebulan.

Kalau ikutkan boleh sahaja aku ngadu dekat mahkamah keculasan Hafiz tapi sebab aku rasa proses mahkamah tu leceh, so aku fikir dengan memaklumkan keluarga dia dahulu adalah yang terbaik.

Tetapi sangkaan aku meleset, Mira masih tidak berbaik dengan keluarga Azman. Aku memang tak salahkan Mira sebab aku faham apa yang dilalui oleh Mira. Jadi nak minta bantuan Mira dengan maklumkan dekat Azman hal nafkah anak buah dia jadi terbantut.

Cukuplah Mira dengan masalah dia dengan Azman, jadi aku tak nak bebankan dia dengan masalah aku. Jadi perbualan kami lebih terarah masalah Mira, hubungan dia yang hambar dengan Azman.

Aku agak kesian dengan Mira. Sebab dia tak tahu pon Azman selalu burukkan isterinya dekat adik beradik Azman. Aku tahu pon sebab dahulu ada je Hafiz cerita dekat aku. Hafiz memang tak suka Mira dan dia banyak kali je nasihatkan Azman kahwin lain kalau stress dengan Mira.

Pernah sampai suatu ketika, aku tanya Hafiz, Mira tu ok ja dia tak ganggu sesiapa pon sampai nak benci dia. Hafiz cakap dengan aku Azman ni selalu minta duit dekat mak dan adik beradik.

Bila mereka tanya, Azman cakap gaji dia habis pada Mira sampai duit dekat poket pon tak cukup. Mereka siap kirakan gaji Azman supaya dia boleh survive. Masa ni aku cerita dekat Hafiz keadaan sebelah Mira pula. Tapi Hafiz mestilah percayakan adik dia.

Bagi aku Azman memang reka cerita sebab rumah yang dorang duduk tu rumah kuarters, yang dipotong gaji dekat Mira. Belum lagi hal hal lain.

Azman ni gambarkan Mira dekat family dia seolah olah semua bebanan kewangan ditanggung oleh Azman seorang sahaja dari taska anak sampailah segala bil bil di rumah.

Masa ni aku dah rasa lawak sebab anak mereka hantar tadika under tempat kerja Mira. Dah tentu ia dibiayai oleh Mira.

Dan yang paling aku lawak keluarga bekas mentua aku ni, sampai Mira ambil penapis air sewa beli pon dorang kisah. Takut sangat ia dibiayai oleh Azman. Belum lagi kalau Azman bawa Mira dan anak anak dia berjalan jalan, mereka risau kalau duit Azman habis.

Part paling aku rasa teruknya mereka. Pernah suatu ketika, adik lelaki Hafiz dan Azman bertandang ke rumah aku.

Nak jadi cerita, mereka ni muflis, so pinjamlah akaun Azman untuk masukkan duit gaji mereka. Boleh pula mereka adik beradik cakap depan aku, ni kalau Mira tahu habis duit ni. Negatif sungguh fikiran mereka dek kerana fitnah Azman.

Jadi sepanjang perbualan tu Mira luahkan banyak benda dia dah korbankan. Azman buat loan untuk adik dia tak berbincang dengan dia. Komitment bulanan Azman bertambah. Belum lagi kereta Azman kena jual oleh adik dia dan Mira yang tolong bayarkan deposit tersebut.

Untuk pengetahuan korang, kereta tu adik dia pinjam lepas tu adik dia jual. Jadi Mira nilah yang tolong keluarkan duit untuk dapatkan kereta tu semula.

Keluarga Azman memang bermasalah. Kalau ikutkan adik beradik lelaki dia, Azman ni je yang kerja ok. Yang lain semua tu hanya Allah je yang tahu. Ada yang mencuri sampai kena buang kerja, kaki perempuan, hutang terlalu banyak sebab main judi, kes pukul.

Disebabkan aku terlalu kesian dengan Mira dan tak nak dia jadi macam aku, aku pon bagitahulah hakikat sebenar apa yang Azman ni ngadu domba dekat keluarga dia.

Masa tu aku memang tak fikir kesan dia. Yang aku fikir, Mira perlu tahu dan dia perlu tanya hakikat sebenar ni dekat Azman.

Tapi setelah tamat peebualan tu aku rasa menyesal sangat, jika aku dah buat hubungan Mira dan Azman makin bertambah teruk. Aku punya menyesal tu sampai suami aku perasan.

Suami aku nasihatkan aku whatsap Mira semula dan jangan ambil pusing apa yang aku bagitahu mengenai Azman. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Mira, saya tahu awak sayangkan Azman sebab tu awak bertahan sampai sekarang. Saya harap awak dan Azman boleh duduk berbincang heart to heart. Saya takut kalau saya whatsap awak ikut saranan suami benda akan jadi lebih keruh lagi dan saya sangat minta maaf buat awak sedih..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Anis (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia