“Rahsia Suami Terbongkar Setelah Dengar Luahan anak” aku jerit namanya lalu berlari mcm org gila cari anak

 

Foto sekadar hiasan. Salam min. Tolong hide fb kawan saya yer. Mungkin cerita yang share agak panjang. Tapi saya menggunakan entry ini untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hidup saya. Maaafkan saya terlebih dahulu.

Saya diuji dengan kemtian suami. Saya ada 2 orang anak yang berumur 7 dan 1 tahun. Saya tak dapat terime kematian suami saya sebab saya rasa saya hilang tempat bergantung. Saya anggap suami saya hero saya. Sayang pada saya dan anak anak, setia pda saya.

Tapi Allah menguji saya lagi. Selepas 2 minggu kemtian aruwah, saya terdetik untuk bukak fon aruwah, dan dari situlah segalanya bermula.

Dari A hingga Z kecurangan aruwah terpampang, berkongsi gambar2 yang tidak senonoh dan pernah bawak balik perempuan lain di rumah smasa ketiadaan saya. Saya terduduk dan meraung sekuat hati. Saya bertanya kpda Allah, kenapa menguji saya sebegini. Kenapa harus saya tahu segalanya selapas aruwah sudah tiada.

Dari perasaan merindui aruwah bertukar kepada kebencian yang teramat sangat. Saya rasa dikhianati dan tertipu. Saya putuskan hubungan dengan mertua saya. Saya pindah dari rumah yang saya sewa dengan suami, segala tentang suami saya benci sehingga saya langsung tak melawat kubur aruwah.

Tapi ada satu yang selalu ingatkan saya pada aruwah. Wajah anak sulong saya sangat miripkan aruwah hingga saya terlupa yang saya sudah lepaskan kemarahan pada anak yang tidak bersalah.

Saya selalu marah dan sebut dia sama sahaja seperti aruwah. Anak minta untuk melawat kubur saya tak benarkan. Saya buang semua gambar aruwah dan tak benarkan anak saya ingat pada aruwah. Ya Allah kejamnya saya waktu itu.

Keadaan berlarutan dengan hidup saya yang sentiasa stress memandangkan selepas ketiadaan aruwah saya mula bkerja dan memikul segala tanggungjwab. Saya mula menjadi seorang yang garang.

Tapi saya tetap tak dapat menatap wajah anak sulong saya. Saya akan mengelak jika dia nk bermanja dengan saya.

Pada satu hari, ibu kepada kawan anak saya telefon dan mintak cek beg anak saya jika jika ada termasukkan buku sekolah anak dia yang hilang.

Saya pun tanpa berlengah terus bukak beg anak dan cari satu persatu hingga saya terjmpa satu buku yang saya teringin nak baca sebab pada kulit buku tu ada gambar kahwin saya yang entah bila dia curi curi amik sebelum saya musnahkan.

Saya bukak satu persatu dalam buku tu. Allah, seperti tersedar dari mimpi bila seorang anak kecik yang baru menginjak usia 8 tahun sekarang sudah boleh meluahkan apa yang terbuku.

Didoakan agar saya berubah mnjadi ibu yang dulu seorang penyayang dan lemah lembut, apa yang buat saya sedih bila dia lukis gambar kubur dan setiap hari dia akan tengok gambar kubur tu konon konon dia melawat aruwah. Waktu tu saya terasa saya sangat sangat kejam.

Saya menahan sebak yang terasa sangat sakit dan terbayang wajah anak saya yang langsung tidak bersalah.

Dan dipenulisan terakhir anak saya, dia berdoa agar Allah tarik nyawa dia agar dia boleh berjumpa ayahnya. Sebab dia tak nak susahkan saya.

Saya keluar macam orang giler mencari anak saya seoalah itu hari terakhir saya bersama dia. Saya menjerit nama dia satu rumah.

Dia berlari mendapatkan saya dengan ketakutan sebab fikir dia ada buat silap. Saya peluk dia, saya cium dia dan mintak maaf berkali kali pada dia dan saya berjanji akn menjaga dia sebaik mungkin. Dia trus memeluk saya seolah olah sangat merindui saya.

Mulai hari itu saya cuba memaafkan aruwah dan hari ini saya sudah mampu tersenyum sebab saya sudah melepaskan satu beban besar dalan hati saya.

Saya ikhlas maafkan aruwah. Ini adalah jalan hidup dan ketentuan Allah buat saya. Tujuan saya berkongsi agar semua yang pernah ada rasa dendam, marah atau sesiapa, sebaiknya kita maafkan saja dengan iklas.

Apabila kita ikhlas Allah akan memberikan ketenangan dalan hidup kita. Sekarang saya sudah bahagia dengan anak anak saya.

Reaksi warganet

Siti Hajar Ahmad Sabri –Tanpa sedar aku menangis membaca nukilan ini, alhamdulillah Allah bukakan pintu hati puan agar tersedar kembali, dan anak itu penyelamat puan dari terus melakukan perkara yang tidak baik.

MasyaAllah benarlah sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik, moga puan kuat dan tabah melalui hari hari yang mendatang.

Cirah Cici –Anak tu tak bersalah. Sebaiknya, walaupun pedih puan nak terima bila tahu suami curang selepas dia meninggal, puan cuba belajar terima yang suami tu dah takde.

Penipuan dia dah berakhir. Yan pergi biarkan pergi. Yan hidup terus hidup. Jangan bnuh perasaan kasih sayang anak pada ayahnya. Tak perlu sampai putus semua hubungan dengan mertua.

Eida Damia – Ya Allah sedihnya baca. Dugaan buat awak. Moga sentiasa kuat dan jaga Amanah Allah itu dengan sebaik2nya.

Tak mudah memaafkan. Redha itu memang sesuatu yang perit. Tapi akan buat awak lebih tenang. Munkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi..😢😢

Norlizah Abas –Awak sangat kuat dik, sebab tu Allah Taala uji sebegini. Kalau awak tahu segala2nya semasa aruwah ada lagi, tidak mungkin awak akan memaafkan dia.

Awak sabarlah banyak banyak walau susah, atleast awak masih ada anak2. Jadikan mereka tempat awak bermanja, dan awak juga tempat mereka menumpang kasih. Saya sedih baca kisah awak ni. Moga terus tabah.

Qisayaa Za –Pengajaran… Betapa besar keangungan Allah menutup aib seseorang. Dan tidak adil untuk kita sebagai manusia untuk membuka aib manusia lain… Walaupun sakit itu adalah dugaan allah beri pada individu. Kembali pada sujud kepada Allah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Kisah Rumah Tangga via edisimedia