“Saat Isteri Hamil Anak Ke2, Suami Kantoi Langgan ‘Gadis Peneman’ ” Xpayah ke club atau hotel, semuanya buat dirumah
Foto sekadar hiasan.
Salam min, tolong siarkan luahan saya. Fake profile, tq. Sedikit pengenalan diri saya, saya wanita bekerjaya yang sedang mengandung anak ke2, anak sulung dah berumur 4 tahun.
Fasa pertama perkahwinan diuji dengan PJJ selama 5 tahun atas tuntutan kerja. Tahun lepas kami dtakdirkan bersama bila suami berjaya posting dekat dengan saya.
Suami seorang yang baik, nafkah diberikan setiap bulan dan membantu saya dalam urusan rumahtangga. Tidak pernah menghalang saya untuk membeli apa jua yang saya nak dan tidak pernah juga menggunakan duit saya.
Sekiranya dia pinjam, akan dgantinya balik. Nafkah ibunya juga diberikan setiap bulan dan saya tidak pernah sesekali menghalangnya.
Memandangkan duit gaji saya sudah cukup untuk menampung hidup, duit nafkah tu saya simpan untuk membeli asset (tanah, kereta dan rumah) campur dengan duit gaji saya.
Pendek kata, sepanjang perkahwinan kami tak pernah ada masalah serius. Gaduh sikit sikit tu biasalah dalam rumahtangga.
Benarlah, langit tak selalunya cerah.
Baru baru ni suami kantoi melanggan service luar tapi tak sempat nak pergi sebab saya dah tau. Macamana saya tau?? Tergerak hati saya 2 3 hari sebelom tu untuk hack tepon suami walaupun saya dah tahu lama caranya.
Macam mana suami dapat no pela***? We chat, just shake search people nearby. Dan jangan heran, pela*** zaman sekarang just ada berdekatan kawasan perumahan, tak payah pergi club atau hotel murahan. Semuanya dibuat dirumah, dikawasan kejiranan yang semua orang tak kan jangka.
Sumpah, pada hari tu jika saya bnuh suami saya sekalipon takkan dapat menghapuskan rasa sakit hati dan pengkhianatan yang suami telah berikan.
Saya sekarang tengah menunggu jawapan untuk solat ishtakharah saya, samada untuk teruskan dengan pencerraian atau memaafkan suami.
Suami mengaku akan kesilapannya dan meminta maaf. Persoalannya, mampukah dengan kata kata maafnya mengembalikan kepercayaan yang telah hilang?
Untuk pembaca diluar sana yang ada pengalaman yang sama, boleh tak share dengan saya, sekiranya memaafkan, adakah lelaki akan kembali mengulangi perkara yang sama??
Jika bercerrai, apakah kehidupan anda lagi baik? Berape lama masa yang di ambil untuk melupakan? Apakah anak yang sekecil tu akan faham tindakan saya?
Doakan saya saya kuat menghadapi ujian ni.
Reaksi warganet
Najiha Tihani –
Kalau bercerrai, awak mampu hidup sendiri. Dari segi cerita awak, suami awak takkan lupa pasal nafkah anak anak.
Kalau terus bersama, kecurangan ni, akan jadi macam knser, merosak tanpa kite sedar sebab takkan ada lagi kepercayaan Di hati awak. Silap silap akan jadi ungkitan masa akan datang.
Tempoh masa untuk melupakan pun tak pasti, mungkin awak akan sentiasa ingat seumur hidup. Tak salah kalau awak nak bagi peluang, cuma awak yang kenal hati budi suami awak.
Noorilham Ahmad –
Sis, suami sis bersiko untuk dpt H1V sebab berhubungan bebas. Dan sis pun berisiko untuk dapat dari dia tanpa sedar.
Bukan nak hasut untuk bercerrai. Cuma nak sis beringat. Kalu masih nak terima dia, suruh dia buat ujian saringan H1V. Kalau negative baru boleh teruskan.
Kalau tak, baik berpisah demi kesihatan umum. Kita sayang suami. Tapi kena lebih sayang diri sendiri. Saya doakan yang terbaik untuk sis dan suami
Pn Linda Ho –
Sis lebih tahu siapa suami sis dan perasaan sis yang sebenarnya. Ikut amarah memang kita nak bercerrai.
Tapi bila kenangkan anak2, anak2 perlu kan ayah. Jika itu kesalahan pertama nya dan dia berjanji itu adalah kali yang terakhir, sis maafkan dia.
Betol, memaafkan itu boleh, tapi melupakan adalah amat payah. Mungkin sis akan mngalami f0bia atau ketidakkepercayaan kepada suami lagi. Ye smpai bila bila sis takkan percaya lagi pada suami. Tapi andai suami sis betol betol insaf dan mahu berubah, bagi peluang dulu ya sis.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Lelaki Yang Menyimpan Rasa (Bukan nama sebenar) via IIUMC via hits.allhmt.com