“Salah Ke Kahwin Dgn Sepupu,Dengar Jawapan Mak Sedara, Kami Terduduk” Ayah tak puas hati, hantar orang untuk siasat

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hi semua. Nama aku Nie (bukan nama sebenar). Aku ingin menceritakan disini perihal yang berkaitan tentang cinta tanpa restu.

Sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t, aku telah menaruh hati terhadap sepupu aku sendiri.

Pada awalnya aku tidak mengendahkan perasaan ini kerana waktu itu aku baru berusia 14 tahun dan dia berusia 19 tahun. Jadi aku berfikir mungkin ini hanya cuma perasaan di zaman remaja aku sahaja.

Setelah kami tumbuh dewasa bersama sama, aku mulai merasa aneh bila bersamanya.

Aku tidak dapat bertatap mata dengan nya sewaktu kami bercakap. Aku dan dia juga tidak membiasakan diri kami dengan memanggil “aku kau” bila bercakap. Sedangkan dengan sepupu sepupu yang lain kami membiasakan diri “aku kau”.

Hendak dijadikan cerita. Sewaktu aku ingin bertolak ke kuala lumpur, aku mengupdate gambar aku di facebook. Dan buat pertama kalinya dia menghantar mesej kepada aku melalui applikasi messenger.

Aku terlalu excited waktu itu kerana aku sudah lama menunggu saat itu. Memandangkan kami tidak terlalu rapat jadi kami tidak pernah chatting malah berbual pun jarang sekali.

Sejak hari itu aku dan dia mulai rapat. Dari chat di messenger terus bertukar ke wassap. Kami semakin dekat dan kami sering berkongsi cerita tentang masalah kami. Kami semakin selesa dengan keadaan ini.

Pada mulanya aku tidak terlalu berharap kepadanya kerana dia sudah mempunyai kekasih yang satu kerja dengan nya.

Tapi pada satu hari, dia mengatakan dia telah berpisah dengan kekasih nya. Waktu itu aku teramat gembira kerana orang yang aku sayang kini bukan lagi kekasih orang.

Dan pada waktu itulah aku telah bertekad didalam hati untuk mencuba nasib. Aku ingin meluahkan isi hati aku kepada nya yang selama ini aku simpan bertahun tahun lamanya!

Tetapi sebelum itu aku telah meminta pendapat kawan dan kakak aku mengenai hal ini. Dan sudah kuduga, kakak memberikan sokongan yang sangat hebat kepada aku memandangkan kakak sudah kenal sepupu nya itu sejak kecil lagi.

Kakak menyuruh aku meluahkan perasaan aku hari itu, dan aku bertekad dalam hati kali ini aku tidak akan memendam lagi perasaan ini.

Aku memulakan mukadimah ku dengan bertanya kepadanya adakah dia akan menerima ku jika aku memberitahunya bahawa aku mempunyai perasaan kepadanya lebih daripada seorang sepupu.

Pada mulanya dia agak terkejut dan dia memberitahu ku dia akan menerima ku jika aku berpindah kekawasan tempatnya dengan nada bergurau.

Aku agak sedikit kecewa mendengarnya. Bagiku peluang untuk aku dapatkannya amat tipis. Dan aku memberitahunya yang aku takkan lagi mempunyai perasaan terhadap nya selepas ini.

Dan tidak kuduga dia memberitahu ku yang dia juga mencintai aku dan menerima aku sebagai kekasihnya.

Waktu itu. Aku terkedu seketika. Tak henti henti aku berterima kasih kepada Allah s.w.t. didalam hati kerana telah mengkabulkan doa aku.

Dan kami menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan ahli keluarga kami, kerana dia berjanji akan memberitahu keluarga kami bila tiba masa yang sesuai. Jadi aku tidak membantah memandangkan hubungan kami masih awal.

Bulan berganti bulan, tiba masanya aku bersuara kepadanya tentang hubungan kami. Aku menyuruhnya untuk memberitahu kepada ibubapa nya tentang hubungan kami. Dia agak takut untuk memberitahu ibubapa nya kerana dia risau jika keluarga tidak mengizinkan hubungan kami.

Aku tetap mendesaknya kerana aku tidak ingin menunggu lebih lama lagi. Aku risau jika aku dan dia tidak dapat menerima kenyataan andai ibubapa kami tidak merestui aku jadi semakin sulit untuk berpisah dengannya.

Dan pada hari dia offday dia telah pulang ke rumah nya untuk berjumpa dengan ibubapa nya untuk memberitahu hubungan kami ini.

Pada mulanya dia merasa takut tetapi dia memberani kan diri untuk hadapi nya. Dan tanpa diduga sama sekali, ibunya merestui pilihan anaknya!

Walaupun ibunya agak terkejut tetapi ibunya tetap merestui. Dan dia memberitahu ku yang ibunya telah merestui. Dan aku memberitahu keluarga ku dan keluarga ku juga turut merestui.

Kami bercinta dengan aman untuk seketika. Sebulan kemudian. Keluarganya senyap dan tidak menelefon keluarga ku sama sekali untuk menanyakan hal ini. Aku mulai merasa aneh dan aku menyuruhnya untuk menanyakan ibubapa nya tentang ini sekali lagi.

Dan keesokannya dia memberitahu ku yang ibu nya tidak merestui hubungan kami kerana kami ini sepupu seperti adik beradikk dan ibunya takut jika satu hari nanti terjadi sesuatu kepada hubungan kami, keluarga kami berpecah belah.

Aku terkejut mendengar jawapan ibunya untuk kedua kalinya. Aku sedikit bingung, pada awalnya ibunya sudah merestui tetapi bila ditanya untuk kali kedua ibunya tidak merestui. Aku seperti dipermainkan oleh mak saudara ku sendiri.

Aku malu kepada keluarga ku kerana hal ini tidak seperti yang kami harapkan. Walhal ibubapa ku amat teruja bila dapat tahu pada awalnya ibubapa nya ingin datang kerumah ku untuk membincangkan hal ini dengan lebih serius. Tidak ku duga hal ini akan terjadi.

Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan nya kerana aku tidak ingin memiliki mertua yang tidak ikhlas menerima menantunya. Dia menangis dan aku turut mengalirkan airmta, hubungan kami hampir setahun lamanya.

Bermacam angan angan kami impikan. Tapi tidak kami sangka hubungan kami akan berakhir sebegini. Aku berpisah dengan nya dengan cara baik, tapi malangnya aku tidak dapat melupakan nya.

Aku tidak dapat menerima qada’ dan qadar Nya. Dia turut merasakan hal yang sama seperti ku. Kami amat sengsara bila tepaksa putus tapi masih cinta.

Dan kami mengambil keputusan yang berani iaitu kami bertekad untuk memujuk ibunya untuk menerima hubungan kami. Kami berfikir jika kami berlembut sedikit pasti ibunya akan mengerti.

Dan dia mulai memujuk ibunya dan akhirnya ibunya menyuruh keluarga ku datang kerumah nya. Ya! Pihak perempuan ke rumah lelaki. Ibubapa ku agak keberatan memandang ini adalah maruah keluarga kami tetapi demi anak nya ibubapa ku sanggup pergi.

Ibubapa ku menyangka dengan pergi nya kerumah dia hal ini akan selesai dan ibubapa nya merestui hubungan ini. Tetapi sebaliknya, bila keluarga ku sampai di rumahnya. Kelihatan raub wajah adik beradiknya agak tidak menyenangkan.

Dan ibunya sedang menangis. Yes menangis! Lalu bapa ku bertanya kepada keluarganya, bagaimana dengan hubungan anak kita?

Bapa lelaki cakap yang dia ok jer tak kisah siapa pun pilihan anak nya yang penting anak nya bahagia tetapi sebaliknya ibu nya memberitahu bapa ku kalau boleh dia tak nak ambil saudara mara untuk dijadikan menantu tetapi dah itu pilihan anak nya dia TERPAKSA menerimanya.

Allahu! Sungguh pedih kata kata itu. Nasib baik waktu itu aku tidak datang bersama kerana aku sedang bekerja. Kalau tidak pasti aku akan bertambah sedih waktu itu.

Sebelum ibubapa ku pulang bapa nya ada menanyakan jika sudah ada rancangan untuk menyatukan kami secepat mungkin.

Tetapi bapa ku memberitahu yang dia tidak mahu bercakap hal ini lagi dan sebaiknya hal ini diserah kan kepada kami sahaja. Walhal sebenarnya bapa ku masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan ibunya.

Sepertinya ibunya masih lagi tidak menerima dan hanya terpaksa bersetuju kerana anaknya memujuk nya.

Kami kembali bercinta dan sedikit lega kerana hubungan ini masih lagi dapat bertahan. Tapi siapa sangka, rupa rupanya masih ada lagi masalah yang akan datang.

Bapa ku masih tidak berpuas hati dan dia menyuruh mak saudara ku yang lain untuk menanyakan kepada ibu lelaki itu untuk terakhir kalinya adakah dia betul betul menerima atau hanya terpaksa.

Bapa ku juga agak keberatan untuk melepaskan anak nya kerana takut jika aku tidak bahagia satu hari nanti. Dan seperti yang bapa ku duga. Ibu lelaki itu memberitahu mak saudaraku ku yang dia memang tak boleh menerima aku sebagai menantunya dan sudah menganggap aku ini sudah seperti anak nya sendiri. Dan kami hanya terduduk terkedu bila dapat tahu hal ini.

Kami semakin bingung apa sebenarnya yang ibunya ingin kan. Sekejap restu sekejap tidak. Kami penat sungguh penat. Kami mencuba segala cara untuk mendapat kan restu seorang ibu.

Kami berpisah untuk kali kedua. Kami menderita lagi, kami menangis. Kami tidak bersalah, kami cuma ingin kan restu.

Dan sekarang kami masih lagi contact seperti biasa. Tapi tidak terlalu berharap. Aku berani untuk memulai nya lagi kerana dia sudah berjanji kali ini dia akan membuat ibu nya menerima ku dan akan datang kerumah ku untuk berjumpa dengan ibubapa aku.

Aku pegang janji nya, aku percaya kan dia. Aku percaya dia akan tunaikan janji nya. Sekarang aku dalam dilema kerana keluarga ku sudah tawar hati dengan keluarganya kerana hal itu. Sekarang hanya kami yang berusaha untuk pertahankan hubungan kami.

Aku agak pelik, adakah salah berkahwin sepupu padahal perkara itu sah disisi agama. Sila bagi pendapat korang kepada aku.

Sungguh aku tidak kuat untuk hadapi benda ni. Aku tidak mahu mempunyai mertua yang tidak menyukai ku tetapi aku sayang kan nya. Adakah patut aku pertahankan hubungan ini dan memujuk ibunya untuk menerima anak saudaranya sebagai menantunya?

Reaksi warganet

Fazidah Abdul Kadir –

Banyak masaalah kalau kahwin sepupu ni. Dari segi sains pun risiko anak tak cerdik, penyakit penyakit gnetic dan down syndr0me tinggi.

Lagi satu kalau gaduh dan nauzubillah bercerrai akan jadi awkward pulak dengan mak sedara. Sekarang belum kawin pun dah jadi pasal apa lagi kalau dah kawin.

Istikharahlah dulu dik tapi bagi pendapat saya janganlah, baik cari yang bukan dari sama keluarga… Lebih baik.

Fikirkan generasi akan datang. Kalau tak percaya boleh search internet ye tentang risiko kepada anak anak nanti.

Opahji Wanchik –

Ada seorang gadis cantik, Nor namanya. Saling jatuhhati dengan sepupu, anak paklongnya. Mereka mendapat restu sebab Nor memang gadis rebutan.

Ditakdirkan mendapat musibah dalam perkahwinan. Dengan anak sulung meninggal sebelum lahir. Anak ketiga meninggal sejurus lahir dengan tiada tempurung kepala. Anak keempat lahir dengan lembek tulang kaki. Anak ke 5,6,7.meninggal dalam perut. Dan 8 sempurna.

Ada jiran kakak si Nor, menceritakan adiknya juga kawin sepupu. Begini lah jadinya. Kata orang akibat kawin sepupu. Wallahuaalam. Itu satu hal.

Hubungan suami istri pun dingin. Usahkata romantik, peduli sikit pun tidak. Ikut keras kepala, lansung tak hormat mertua. Mentang mentang mertua tu makngahnya..

Istri tu di layan macam sepupu je. Cakap ikut lepas, bukan macam berkasih dulu. Makbapak takut nak campo sebab takut terpalit, pecahbelah keluarga.

Itulah sebahagian, bukan semua. Kalau nak beringat, beringat. Kalau rasa mengarut, lupakan. Ini bukan nasihat, cerita saja…

Lili Alias –

Dari segi kesihatan memang tak digalakkn kahwin sepupu sebab berisiko tinggi masalah genet1k.

Jika paksa juga ibu saudara terima tt andai takdirnya begitu, tt akn dpersalahkn nanti dan hubungan kkluargaan akan retak kerana telalu mndesak.

Jangan fikir cinta sahaja tt fikirkn yang lain juga. Memang tak mintak takdir bgitu tetapi seandainya takdir begitu.

Che Siti –

Saya kahwin sepupu jugak. Sama macam confessor. Perkahwinan kami tak berapa disukai atas beberapa sebab. Tapi alhamdulillah berkat sabar dengan segala dugaan kami dah 12 tahun utuh bersama. Hubungann kedua belah family pun baik baik jer..

Kepada confessor, buat solat Istikharah lah. Saya dulu pun memang istikharah. Lepas tu bagitahu abah, tiada bayangan lelaki lain kecuali dia untuk jadi suami saya. Dalam terpaksa abah relakan..

Ramai cakap kawin sepupu akan dapat anak yang tak sihat dari segi kesihatan. Tapi alhamdulillah buat masa ni 4 anak anak kami sihat walafiat..

Fieqa Aqma Shaari –

Betul lah tu apa yang ibunya fikirkan. Lebih baik terluka dua hati dari terluka banyak hati. Hati mak ayah awak, hati mak ayah dia, hati nenek atok awak, hati mak mak sedara awk.

Ini soal jodoh. kita tak tahu apa akan berlaku 20 30 tahun akan datang. Ibunya fikir dua tiga kali, dan fikir segala kemungkinan yang boleh berlaku. Confessor hnya berfikir soal cinta.

Tapi ibu nya berfikir tentang hati dengan hubungan silaturahim. Anak saudara lain, menantu lain. Anak saudara ditegur, lain perasaannya. Menantu ditegur, lain perasaannya. Takkan sama.

Sebab tu mak dia berulang kali. Sekejap nak sekejap taknak. Sebab ini soal hati dan perasaan serta airmuka keluarga. Lagi 1 andai salah sorang pendek umur, bagaimana pembahagian harta?. Banyak sudut kena fikir. fikir biar 300 kali pun takpa.

Lagi 1 perkahwinan antara sepupu risiko mendapat anak masalah genet1k sangat tinggi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber – Nie (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia