“Sanggup Berjalan Sejauh 2,400 Kilometer Untuk Beri Kejutan” Sekali teman wanita curang dgn lelaki lain depan mata

Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Beri Kejutan, Sekali Teman Wanita Curang Dengan Lelaki Lain Depan Mata. Hancur luluh hati seorang lelaki apabila ternampak teman wanita yang disayanginya bersama dengan lelaki lain di depan matanya sendiri.

Kisah kecurangan yang viral di Twitter itu turut disertakan dengan beberapa gambar kejadian di mana lelaki malang itu memakai kostum beruang dan berdepan dengan pasangan terbabit.

Berdasarkan tweet itu, lelaki yang memakai kostum tersebut menjalinkan hubungan jarak jauh dengan wanita berkenaan dan dia sanggup menempuh perjalanan 2,400 kilometer semata-mata mahu memberi kejutan, namun dia sendiri yang terkejut dengan apa yang disaksikannya itu.

Lelaki itu ternampak wanita kesayangannya bermesra dengan lelaki lain membuatkan dia terkedu lalu menanggalkan kepala kostum beruangnya dan merenung pasangan terbabit.

Menyedari dirinya diperhatikan, wanita itu berpaling memerhatikan lelaki berkenaan sebelum tersedar bahawa ‘beruang’ itu adalah teman lelakinya.

Terkilan dan kecewa dengan insiden yang tidak diingini itu, lelaki berkenaan memasang semula kepala beruang itu dan terus beredar

Teman wanitanya cuba mengejar dan mendapatkannya, namun tangan wanita itu ditepis dan dia enggan mempedulikan pujuk rayu teman wanitanya.

Sehinggalah wanita itu memeluknya, tetapi bagaikan tiada makna lagi pelukan itu jika dibandingkan dengan rasa kecewa di hatinya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berbaik semula atau sebaliknya.

Berdasarkan gambar, kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara dan menurut netizen, lelaki itu sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengannya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

Netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan menasihatkan dia agar tinggalkan saja wanita terbabit. Malah netizen turut hairan, mengapa wanita itu sanggup mengejar teman lelakinya sedangkan dia sudah mempunyai pasangan yang lain.

Tidak kurang juga ada yang mendakwwa itu semua hanya lakonan semata-mata. Entahlah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih

Sumber: arenagempak