“Saya Sayang Suami Saya, Tapi Saya Sudah Tidak Dapat Terima Segalanya” Hancur rasa seorang yang begelar isteri ini sangat mendalam
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Semoga apa yang saya ingin kongsikan dapat diterima baik oleh pembaca.
Bagaimana saya mahu mulakan, banyak kali saya berfikir samada mahu teruskan penulisan atau tidak. Saya seorang isteri dan seorang ibu seorang anak.
Perkahwinan kami sudah mencecah enam (6) tahun alhamdulilah,
Akan tetapi tidak dalam satu tahun sepanjang perkawinan saya merasakan kebahagian yang berpanjangan (ada bahagia tapi tidak lama) paling lama bertahan dua (2) atau tiga (3) bulan selebihnya disudahi dengan pergaduhan.
Dari awal perkawinan orang kata akan bahagia manis tapi tidak pada saya, dipukvl semasa kami berbulan madu atas asbab yang sangat kecil.
Saya mula takut akan perkawinan tapi itulah perancangan ALLAH sangat hebat, Masyallah saya megandung orang kata bunting pelamin (Alhamdulilah).
Saya ingat peristiwa bulan madu terhenti disitu, tapi sangkaan saya meleset. Benar kata orang sekali memukvl akan menjadi kebiasaan kaki pukvl.
Dari saat itu saya meyimpan sedikit demi sedikit dendam, sampai la saya bersalin masih sama juga saya dipukvl, kebanyakkan atas sebab yang sangatla kecil dan menjadikan mulut saya semakin lancang dan biadap apabila acapkali dipukvl.
Dijadikan cerita, mertua saya juga tidak menyukai saya. Setiap kali kerumah akan diperli seolah saya ambil harta anak dia.
Banyak benda saya diam dan saya sabar, sampaikan kakak suami saya pernah masuk campur dalam rumahtangga saya dan nak ambil anak saya.
Suami saya hanya mampu berdiam diri, pernah juga adik beliau menulis sesuatu yang tidak enak mengenai saya dimedia social,tapi saya masih tidak mempebesarkan pekara tersebut sebab saya malas nak ambil peduli kepada orang yang cetek pemikiran.
Untuk pengetahuan pembaca saya juga bekerjaya, walaupun gaji saya bukan sebesar suami tapi alhamdulilah.
Pada emak dan kakak beliau saya ini hanya menumpang kesenangan sahaja, sedangkan mereka tidak tahu disebaliknya.
Suami saya tidak pernah nak mempertahankan saya, bila emak atau kakak beliau mengata perihal saya, dia hanya berdiam diri sahaja.
Acap kali diperli oleh mertua saya, saya balik hanya berdiam dan menangis, bila suami saya dengan saya bergaduh baru saya akan bercakap kesemua yang emak atau kakak dia lemparkan kepada saya.
Ini semua saya simpan, sampailah tahap dimana saya tidak lagi peduli, setiap kata kata yang dikeluarkan oleh suami akan dibalas tajam dengan saya.
Kesakitan dipukvl pada saya seperti alah tegah lagi biasa (betul ke peribahasa ini)? Bila bergaduh habis kesemua nafkah atau segalanya tidak diberi atas alasan kebiadapan saya.
Hati saya banyak meyimpan rasa marah dan dendam, bila teringat apa yang berlaku saya jadi sangat marah serta sedih. Saya dengan suami makin menjauh, kami sayang satu sama lain tapi perasaan cinta itu makin hilang dan pudar.
Saya cuba untuk menjadi yang terbaik,untuk memaafkan dan melupakan tapi saya masih tidak dapat lari dan menipu rasa benci nya segala nya terjadi. Saya cuba duduk berbincang tapi diakhiri dengan pergaduhan.
Saya sayang suami saya tapi saya sudah tidak dapat terima segalanya, hancur rasa seorang yang begelar isteri ini sangat mendalam dengan kata kata dan pukvlan beliau. Saya berdoa supaya terjentik hati beliau.
Saya cuba ajak jumpa dipejabat agama tapi jawapan hambar dari beliau. Tidak dinafikan saya juga ada keburukan saya juga dari segi menjawab, cuma saya harap kami dapat satu kata muafakat.
Saya sebenarnya hampir hilang ayat untuk segalanya. Saya mengharapkan pengakhiran yang baik baik untuk hubungan suami isteri. Tiada siapa mintak disebaliknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: IIUMC via news.allmhi