“Saya Tak Akan Makan Duit Isteri” Masa tu kalau xde duit nak isi minyak kereta.Aku sanggup pergi kerja naik basikal

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak.

Tujuan aku kongsi kisah ini adalah kerana ramai sebelum ini yang menceritakan sikap suami yang mengambil gaji isteri.

Aku dan wife dah kahwin selama 12 tahun. Mula–mula kahwin, walaupun dua–dua bekerja, hidup kami memang struggIe. Lebih–lebih lagi masa tu kami berdua tengah sambung belajar.

Dengan macam–macam nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku tak akan usik gaji wife aku.

Lebih–lebih lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas–kemas, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi–kongsi) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal–hal lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada p0rtion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit–sikit dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada eg0, aku tak akan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku reIa naik basikal pergi kerja.

Kalau motor pun tak ade minyak, aku lagi reIa kayuh basikal. Bagi aku, sebagai seorang lelaki, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih sikit untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri!

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarik4t multinati0nal. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah dari hanya 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada c0ntinentaI. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar–besar atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi m4ngsa penipuan). Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat–saat susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezeki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha! Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena–mena ramai pula yang mengg0da. Ada dar4, dan ada yang janda. Masing–masing sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang terg0da. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak–anak yang sihat dan comel–comel, dan aku sama sekali tidak akan berkompr0mi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah seorang lelaki yang sebenar! Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  Ekisah.com