“Sebelum Due Date, Majikan Ibu Angkat Yang AKu Gelarkan Dia IBu Dah Sediakan Keperluan” Malam tu tiba2 perut saya sakit.

Foto Sekadar Hiasan

Assalammualaikum semua dan semoga semuanya dalam lindungan Allah. Terima kasih atas doa dan nasihat daripada semua.

Alhamdulillah berkat dari doa semua, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.+kg pada hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah Allah sangat permudahkan urusan saya.

Seminggu sebelum kelahiran, majikan dan ibu angkat kepada bayi saya, yang saya gelarkan dia sebagai ‘Kakak’ telah menyediakan keperluan pantang saya.

Dan kawan baik saya iaitu Nur yang baru mengetahui keadaan saya tidak menghakimi atau memarahi kesilapan saya malahan telah menawarkan diri untuk menjaga saya di rumah sewa saya memandangkan dia baru sahaja menamatkan ijazah dan sedang mencari kerja.

Disebabkan saya tidak mahu dijaga oleh Kakak kerana saya risau saya berat nak lepaskan bayi saya nanti, saya telah mencari confinement lady yang berdekatan dengan kawasan saya.

Dan alhamdulillah Allah permudahkan berjumpa dengan CL yang menawarkan pakej yang sangat murah dan terima tempahan di saat akhir begini.

Malam 23.9 sekali lagi Allah memakbulkan doa saya. Due date saya sepatutnya pada 30.9.

Setelah menunaikan solat Isyak dan Yasin, saya memohon dan berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa dosa saya, memudahkan urusan kelahiran dan mempercepatkan urusan kelahiran saya.

Dalam 12 lebih malam, saya telah berasa sakit perut tapi saya menganggap normal kerana saya selalu sakit perut sebab cirit baru baru ini.

Namun kekerapan sakit perut itu membuatkan saya tidak dapat tidur lena dan terjaga pukul 3 pagi. Saya tidak memberitahu kepada Nur dan cuba menahannya.

Setelah saya gagahkan diri tunaikan solat sunat, saya hanya mampu baring kemudian bangun dan baring menahan kesakitan hingga menjelang subuh. Saya gagahkan diri untuk tunaikan solat subuh.

Nur yang baru menyedari keadaan saya, dia lantas menelefon Kakak dan juga majikan saya memaklumkan keadaan saya.

Kakak tiba di rumah saya bersama rakannya dan membawa saya ke hospital swasta. Rakannya juga merupakan nurse di hospital swasta tersebut.

Apabila tiba di hospital, doktor check bukaan saya yang sudah buka 7cm dan drah sudah keluar.

Kakak menyuapkan saya bubur dan air mineral untuk memberikan saya tenaga sebelum ke labour room.

Di labour room, doktor, nurse nurse dan Kakak sentiasa memberi semangat untuk saya yang tiada pengalaman beranak. Kakak sentiasa berada di samping saya.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal, tiada koyakan, jahitan mahupun gunting. Saya sempat memeluk bayi saya sebelum nurse ambil untuk dimandikan.

Sepanjang di wad satu malam, Kakak dan rakannya banyak membantu menguruskan keadaan saya seperti ibu saya sendiri.

Dan kakak memberikan saya untuk memegang bayi saya untuk mengambil gambar sebagai kenangan untuk saya katanya.

Alhamdulillah bayi saya juga boleh terima susu formula dan saya tidak menyusukannya. Dan tiba di rumah saya, Nur sudah menyambut saya.

Kakak memeluk saya seeratnya serta mencium pipi dahi saya dan menangis kerana memberikan peluang kepadanya untuk jadi seorang ibu dan berjanji tidak akan memutuskan hubungan kami.

Selama seminggu berpantang, urusan kerja rumah semuanya diuruskan oleh Nur. Saya juga syukur mendapat CL yang sangat ramah dan selalu memberi kata nasihat dan sokongan kepada saya selain pakejnya sangat memuaskan hati saya. CL juga banyak membantu saya.

Hari ke 3, saya mengalami bengkak susu dan alhamdulillah CL saya telah membantu untuk mengurangkannya, keesokannya bengkak susu saya sudah tiada.

CL juga memberitahu saya bahawa urat dan otot saya tidak tegang seperti orang bersalin, rahim saya jugak kecut dengan baik katanya, dan seronok menguruskan saya yang tidak banyak masalah.

Kakak dan majikan saya juga tidak putus menanyakan khabar saya. Alhamdulillah Nur juga sudah ditawarkan kerja pada pertengahan Oktober ini.

Kos bersalin di hospital swasta, kos berpantang serta perbelanjaan saya juga Kakak yang menanggung saya selama 2 bulan.

Saya juga diberi kekuatan dari Allah tidak berasa sedih memberikan bayi saya kepada Kakak kerana saya telah memberi amanah kepada Kakak yang sangat baik dan saya yakin bahawa bayi saya dalam jagaan Kakak merupakan ibu yang sangat baik untuk bayi saya.

Kesimpulannya, terlalu banyak dosa dosa saya kepada Allah, terlalu banyak selama ini saya lupa akanNya serta sentiasa lalai dengan perintah Nya.

Tetapi Allah tidak membalas segala kejahilan saya selama ni dengan keburukan malahan Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya.

Yakin lah Allah sentiasa ada untuk kita mengadu. Allah akan sentiasa membantu kita kalau kita berharap kepadaNya.

Terima kasih atas nasihat dan doa semua. Sebesar mana salah kita dan dosa kita kepada Allah, tolonglah berharap dan kembali kepada Allah.

Hargai lah ibu kita, sesungguhnya sakit bersalin tiada tandingannya. Semoga kisah saya ini dapat dijadikan tauladan buat semua.

Buat perempuan di luar sana, jaga lah maruah kita sebagai perempuan, saya doakan agar tiada lagi yang mengulangi kesilapan seperti saya.

Kita semua tidak lari dalam kesilapan, sebaik baiknya kita berharap dan kembali kepada Allah. Allah sentiasa ada untuk kita mengadu.

Doakan saya agar terus istiqamah dalam penghijrahan saya ke jalan Allah. Doakan saya semoga dipertemukan jodoh yang baik dan boleh terima saya seadanya.

Doakan semoga hubungan saya sebagai seorang ibu dan anak tidak terputus. Doakan saya semoga sentiasa sihat selama tempoh berpantang untuk kembali kerja.

Terima kasih atas sokongan dan nasihat semua. Saya doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Allah selalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: ekisah.com