“Sedang Aku Tido Tiba2 Ternampak GULA2 Tengah Tenung Kami, Yang Tak Sepatutnya Orang Nampak” Tapi pelik aku mampu lihat
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Nur. Saya nak pendapat dan nasihat, atau mungkin cadangan. Bagaimana untuk saya mulakan bicara ya…
Mata saya ni entahlah. Hijab terbuka ke apa. Tapi saya tak suka kannya. Saya benci dengan kelebihan ni. Bagi orang lain, ianya mungkin kelebihan. Tapi pada saya ia sesuatu masalah yang saya tak suka.
Mata saya mudah nampak mahluk yang pelik pelik.
Semasa kecil, di rumah atok saya, semasa semua ahli keluarga sedang tidur, tiba tiba saya terjaga.
Dalam mamai mamai pandangan mata saya nampak sejenis “gula gula” sedang memerhatikan kami sedang tidur. Berdiri tegak, bahu besar. Muka tak nampak, gelap sebab belakang “gula gula” samar samar lampu dari dapur.
Masa kat universiti, saya sorang dekat rumah hostel. Tiba tiba bunyi laci buka tutup banyak kali. Bunyi roda penyidai baju, bunyi orang main ampaian, main hanger.
Saya masa tu tengah serabut nak exam, saya marah lah, saya cakap ‘diam la!! Aku nak belajar ni!’
Tiba tiba diam dan ekor mata saya nampak kain putih (macam orang tengah berdiri tapi sipi sipi) dekat tepi dinding luar bilik. Pastu kat tingkap luar bunyi orang ketawa “ehmm mmm mmm”. Dengan ketukan halus di cermin tingkap.
Pernah nampak makhluk hitam tinggi siling rumah, besar tapi kepala kecik, misai panjang, kening tebal, mata sepet, dekat dada macam ada corak songket. Berjalan perlahan lahan pandang depan.
Pernah nampak kelibat hitam, anggaran budak 13-14 tahun lalu.
Nampak lembaga putih macam kabus lalu depan mata.
Mostly mereka tak kacau cuma mata ni kenapa. Saya tak nak nampak mereka. Saya tak suka.
Dan saya boleh rasa gelombang mereka jika nak kena tindih, which is dada saya berdegup laju, saya akan cepat cepat ubah posisi tidur. Allah saja tahu perasaan saya.
Saya pernah juga masa tu exercise, saya nak lunjurkan kaki, mata saya nampak kain batik lusuh lalu atas betis saya.
Saya juga pernah nampak makhluk berkain batik hijau seperti katak duduk diam di sudut satu bilik.
Saya pernah mimpi nenek saya bagi saya kertas tulisan sanskrit lama untuk baca. Dalam mimpi saya tolak, saya koyak kertas tu.
Tiba tiba ada lembaga macam kepala ular besar gigi taring air liur hitam menjijir keluar dekat mulut dia. Suruh saya baca juga, saya kata saya tak nak! Saya ambik kertas tu saya buang! Pastu tiba tiba tersedar dari tidur.
Pernah mimpi ditahan 6 orang berpakaian lama. Macam zaman 50an macam tu, tahan saya dan cuba ganggu saya.
Saya melawan, dan mereka bertukar jadi muka buruk. Saya lari dari mereka. Dan ada 1 nenek tua ajak saya ikut dia. Seminggu saya mimpi yang sama, tapi dalam mimpi saya tolak untuk ikut dia.
Jauh saya berlari, hari terakhir, saya jatuh dan lari sampai dah ada di masjid sebuah kampung. Saya menangis nak balik.
Tiba tiba nenek tua tu cuit saya dan dia cakap, “yelah cu, nenek minta maaf ya, nenek tak kacau cu dah, nenek pergi dulu ya.” Alhamdulillah sampai sekarang saya tak de mimpi pelik pelik.
Saya nak tanya. Mengapa dengan saya. Apa masalah saya?
Saya juga ada 1 lagi problem. Adik ipar saya sepertinya mempunyai saka. Masa datang ke rumah mak saya, dia histeria. Dan mengatakan nak balik. Bila buat rawatan, dia ada benda itu dan pernah mimpi menerima.
Masa dia tengah lemah, saya ada urutkan dia sambil dalam hati baca ayat kursi. Malam tu saya tak boleh tidur dan beberapa kali tangan saya tersentak sendiri.
Tengkuk saya sakit dan 3 hari saya mandi limau baca bismillah 5, ayatul kursi dan 3 kul. Malam last saya ada mimpi putih, rambut menggerbang panjang, mata tersembul keluar, pandang saya macam marah dekat tingkap.
Dan saya dengar suara makcik saya halau dia dan makhluk tu terus pergi. Oh makcik saya ada belajar juga menjaga diri dari benda benda macam tu. Esok bangun, hilang semua lenguh lenguh di tengkuk saya.
Sejak dia kahwin dengan adik saya, saya keluar, dia masuk bilik. Macam nak mengelak.
Baru baru ni mak dan keluarga keluar pergi pasar malam, Dan hanya saya ada kat rumah. Adik saya datang dengan isteri dia. Isteri dia nampak saya, dia tak masuk pun rumah.
Dan sejak dia kahwin dengan adik saya, hubungan saya dengan mak makin renggang.
Pernah terdetik di hati saya, tiba tiba hati saya berkata, nanti mak akan tak suka aku, dan buang aku. Allah. Sekarang memang hubungan tengah renggang. Kalau saya tegur adik saya dan isterinya, mak akan melenting tiba tiba. Apa ni???
Buat pengetahuan semua, saya suka pakai minyak bidara. Di tengkuk, bahu, dan perut saya. Lama saya amalkan sebab saya takut sebab mata saya begini.
Apa sebenarnya ni. Saya solat puasa, saya insan biasa. Jalani hidup seperti biasa. Tapi kenapa mata saya begini. Saya tak mahu melihat makhluk begitu. Saya taknak mereka, saya tak mahu mereka. Apatah lagi menjadi tuan mereka.
Saya tak nak dan tak mahu. Saya hanyalah hamba Allah. Hamba Allah yang hina. Yang hanya mengharapkan belas ikhsan Allah swt. Allah.
Apa kah mata saya hijab terbuka?
Apa perlu saya buat?
Kenapa dengan saya?
Saya normal ke?
Jika hijab saya terbuka, kenapa mesti saya. Saya taknak hijab saya terbuka. Saya nak tutup.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia