“Sejak Aku Duduk Dgn Mertua, Serba Tak Kena Semuanya” Ipar sering cari kesalahan ku
Assalamualaikum.terima kasih admin sudi post cerita saya.harap pakcik,makcik,abang,kakak sudi membaca. sejak dari kecil aku sudah kehilangan ibuku. aku membesar dengan bapa. seorang yang sangat tegas.sangat bertanggungjawab.
Diusia aku 20 tahun,aku bernikah dengan suami ku atas dasar suka sama suka.kami mulakan hidup bersama ditempat orang.tanpa bantuan keluarga.selepas satu tahun hidup ditempat orang kami pulang ke desa karna suamiku ingin menjalankan tanggungjawab menjaga bapanye yang tidak sihat.
Bermula aku diuji.tiada kebebasan,itulah yang sering aku ucapkan,kerana sebelumnya aku bebas melakukan apa sahaja didalam rumahku. tapi sejak tinggal bersama mertua,semua jadi tidak kena kerana ipar duai ku sering mencari salahku.tapi aku sedar aku terlalu muda sewaktu itu,hati mudah marah walhal kadang bukannya mereka mencari gaduh denganku.
Aku dikurniakan seorang putera.sangat disayangi oleh keluargaku,dan keluarga suamiku.saat anak masih kecil,suamiku ditangkap oleh pihak aadk.terkilan,tapi aku diamkan kerana menjaga nama baik keluargaku dan mertua.tahun demi tahun aku lalui.sehingga ibu mertua dan bapa mertuaku pergi meninggalkan dunia.
Satu tahun selepas suamiku kehilangan orang tua nya,dia sudah mula tunjuk sikap sebenarnya pemalas kerja,penagih dadah,main judi dalam talian.lengkap sikap dia. tugas aku cuma besarkan anak aku..makan pakai ku lengkap.ustaz pernah bagi ceramah, selagi seorang suami tu jalankan tanggungjawab nya kita sebagai isteri akan berdosa kalau minta cerai. sudah masuk tahun ke 8 aku bersabar.aku pernah berjanji dengan allah,janganlah beri aku zuriat seandainya suamiku masih belum berubah..kerana aku takut anakku tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya.
Anak aku segalanya buatku.dia terlalu rapat dengan ayah nya.tiap masa kalau boleh nak ayah ada depan mata.main dengannya.satu sikap suamiku yang aku puji adalah dia terlalu menghormati orang tua.dia pandai melayan bapaku,itu salah satu alasan kenapa aku masih bertahan dengan nya.apabila aku melihat anakku bersama ayahnye dia kelihatan sangat gembira.apabila suamiku berada bersama bapaku,bapaku nampak sangat ceria.bercerita macam-macam perkara.aku bahagia melihatnya.
Tapi baru-baru ini,suamiku ditangkap polis kerana dadah.aku sangat malu.dengan anak asyik bertanya dimana ayah.aku sudah tiada jawapa..ahirnya suamiku di bebaskan.. suamiku makin hanyut dengan dunia nya. dirumah dia sentiasa dengan henfonnya, sering keluar rumah dengan pelbagai alasan.aku tidak dapat menghalang kerana aku sudah tiada daya untuk bertengkar.allah pernah berjanji insan yang bersabar pasti ada hikmahnya.
tapi persoalanku “sampai bilakah aku harus menahan rasa demi melihat anakku dan bapaku bahagia” tidak mampu aku untuk memalukan bapaku.tiada dayaku,tapi hatiku sangat terluka.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Kredit: kisahrumahtangga