“Selama 3 Tahun Hilang, Tiba2 Kahwin Lain” Isteri pertama serang majlis perkahwinan suami
Majlis perkahwinan seorang penduduk kampung kecoh dengan kemunculan wanita yang tiba-tiba mengaku sebagai isteri yang sah kepada pengantin lelaki.
Memetik laporan Mistar, kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di Desa Sidomukti, Asahan di Indonesia itu tular di Facebook. Video tersebut memaparkan seorang wanita berbaju hitam membuat kacau di majlis tersebut dengan membawa seorang kanak-kanak yang dipercayai anaknya.
Wanita yang dikenali sebagai Silvia itu menjerit dan meminta suaminya untuk memberi nafkah kepada anak mereka.
Sementara itu, beberapa orang individu di situ dilihat cuba untuk menenangkan Silvia dan menyuruhnya pulang.
Dalam satu kenyataan, Silvia menjelaskan bahawa dia nekad untuk bertindak sedemikian kerana suaminya didakwa tidak menceraikannya dan kemudian berkahwin dua.
Dia meninggalkan saya dan anak-anak sudah tiga tahun iaitu ketika saya mengandungkan anak kedua.
Silvia mendakwa sepanjang tiga tahun ditinggalkan, suaminya tidak pernah memberi nafkah. Ekoran itu, kemarahannya memuncak apabila dia mengetahui suaminya akan berkahwin lagi.
Saya dapat tahu dia ada majlis perkahwinan melalui jemputan di Facebook, jadi saya tak boleh terima diperlakukan seperti ini.
Susulan itu, Silvia kemudian membuat laporan polis terhadap suaminya berhubung dakwaan pengabaian anak.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Sumber: Mistar via ohbulan