“Selama Ni Dah Mcm Suami Isteri. Banyak Kali Keluar Masuk Hotel. Malam Tu Gadis Ni Nekad Nak Check Semua Wasap Dalam Hp Bf” Mengejutkan rupanya selama ini bf ada sorokkan sesuatu.
Foto sekadar hiasan.
Asalnya saya tak tahu nak start dari mana. Tapi tak apalah saya cuba. Kisah ni benar.. betul-betul terjadi. Pada diri saya. Terlebih dahulu maafkan saya kalau kisah saya ni buat pembaca marah. Skit hati dan macam-macam lagi. Segala kekurangan dan kebo dohan saya adalah salah saya sendiri, cumanya saya minta doakan terbaik untuk saya.
Mula berkenalan dengan dia tahun 2012. Hujung tahun. Hampir 6 tahun sudah. Dia lelaki yang sudah mempunyai isteri, yang sangat baik dan waraq. Apa yg dia kata pada saya tentang isterinya dan anak2. Saya ketika tu baru dalam linkungan 20 tahun. Masih muda masa tu. Masih mencari haluan dan tujuan hidup. Masih lagi terlalu hyal dengan dunia. Lalai dengan keseronokan.
Perkenalan kami singkat. Asalnya jumpa untuk di interview kerja di cafe dia. Interview kat kedai mamak. Ape je yg saya bawak. Bawak diri je la. Datang dengan kawan. Kawan yang kenalkan kami. Kami betukar no phone, sebab nak uruskan pasal resume.
Habis sampai situ je perjumpaan kami. Saya teruskan hidup macam biasa. Diri saya yang kaki mbk, apa yang boleh saya ingat. Jumpa untuk interview pun dalam keadaan saya tengah mbk ( bukan saya nak bangga ye, ini saya hanya bercerita semula).
Selang beberapa hari, saya dapat panggilan dari dia, bertanyakan resume saya. Saya memang lupa siapa dia? Kenapa mintak resume saya? Dia jelaskan siapa dia dan baru saya ingat. Saya emailakan terus lepas panggilan tamat. Lepas tu. Hingga lah 1 hari dia ajak saya keluar.
Saya okey. Kami keluar. Mula2 pergi makan. Lepas tu pergi ke kelab. Saya okey je. Sebab setiap malam pun masa dulu kehidupan saya di kelab. Enjoy tampa batasan. Konon untuk relase mind. Apa yang saya nak tension kan pun saya tak tau.
Malam tu bermula kisah kami Pertemuan berakhir di bilik hotel Melempias rindu yang entah mana datangnya Nak kata cinta sejujurnya tak ada rasa langsung. Hanya kerana tak sedar pengakhiran nya di situ. Hubungan kami berlarutan sehingga hari ni.
Banyak susah senang sama2. Banyak sedih duka, tawa riang. Saya tak pernah minta nak jadi mcm ni. Salah saya sebab saya tau saya ada peluang untuk elak. Tapi saya tak elak. Saya ikutkan keinginan dan teruskan. Saya tak fikir hati seorang wanita tengah terluka.
Sejujurnya rasa yang dulu nya tak ada makin hari makin ada, makin becambah. Hidup kami selama ini dah macam suami isteri. Isteri dia tahu, tapi mungkin buat tak tahu. Pernah sekali call saya. Ya lah isteri mana yang tak marah. Tapi saya diam, sebab saya tau saya tak ada hak nak cakap apa-apa selain menjawab segala pertanyaan. Cuma saya tak mintak maaf. Bukan taknak minta maaf, tapi saya tak tahu nak mula dari mana. Takut juga kalau ditinggalkan jika mengaku.
Sejujurnya saya sayang isteri dan anak dia. Bukan kerana dia, tapi sungguh dari hati. Sangat-sangat sayang. Anak2 dia dah saya anggap seperti anak sendiri. Pernah berjumpa, pernah belikan macam2. Entahlah. Akhir2 ni dia lain. Jawab call sorok2.
Reply whatsapp sorok2. Instict tu datang. Lain sangat rasa. Sampai lah semalam 28 th9 Sept 2018. Kami check in. Baru lepas bersama. Hati tergerak nak tengok phone dia. Tu dia…. nampak conversation whatsapp bersayang-sayang dengan perempuan lain.
Saya tau tu staff dia, melalui conversation tu lah. Saya tak tahu nak macam mana. Ada ke hak saya untuk marah, untuk mngmuk. Saya tau saya tak ada hak untuk tu semua. Sebab pada awal perkenalan dulu pun saya banyak kali jugak tidak setia, kantoi. Saya cuma tak boleh nak accept sebab sebulan yang lepas saya dalam ward sebab dia (sebab apa? Maaf terlalu peribadi untuk di beritahu)
Dan hari ni saya nampak conversation tu. Atas alasan tu saya marah. Menggigil macam orang kerasukan. Menangis tak payah kata. Dia memujuk, beralasan. Macam2 lah. Saja nak kenekan perempuan ni. Saja2 suka2.
Dalam masa yang sama ungkit silap saya yang lepas. Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan lelaki lain, ada yang dah plaining untuk nikahi saya. Bila saya bagi tau dia. Dia mengmuk. Marah. Jumpa lelaki tu. Act macam terlalu sayang dan tak boleh lepaskan saya. At the end.
Dia sendiri yang buat macam ni. Siap cakap sampai last bulan ni je text perempuan tu. Punca mesra2 dalam conversation sebab perempuan ni baik sebab bagi pinjam duit kat dia. Hallo.. saya pernah gadaikan barang kemas, jual kereta, untuk tolong dia. Siap belikan cincin emas untuk isteri dia. Next month tak ada da. Guys. Ni soal rasa guys, benda baru, rasa hati yang tengah melayang2 dibuai keindahan, ape benda pun kau takkan hirau.
Entah lah, nak percaya atau tak. Tapi dia still dengan saya. Saya nampak effort nak memujuk tu. Bukan nak bangga, tapi saya tak tau lah ape yang saya rasa sekarang ni. Saya tak benci dia ataupun perempuan tu. Tapi diri saya sendiri. Saya benci diri sendiri.
Kenapa saya tak kuat untuk lari. Kenapa saya tak boleh nak lepaskan semua ni. Kenapa hati saya mcm ni. Kenapa semua nya susah untuk saya. Sumpah saya benci keadaan macam ni, keadaan diri sendiri. Sekarang saya still kat kedudukan ni.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: apampink via hits.allhmt.com