“Semasa Hamil 7 Bulan, Masa Tengah Tido Tiba2 Ternampak Kaki Atas Bantal” Aku pandang atas, rasa nak buat tido2 semula

 

Foto sekadar hiasan

Pengalaman seram masa pregnant

Assalamualaikum semua, tumpang lalu skit, hihi newbies kat sini. Aku nak share sikit antara pengalaman seram masa pregnant anak pertama (setelah sekian lama kawin, masuk usia perkahwinan yang ke-19 tahun, baru Allah kurniakan zuriat-2017)

Ni kisah berlaku pd musim hari raya Aidilfitri hari-5. Aku orang JB. Masa tu aku dan family beraya rumah sepupu area Sungai Mas, Kota Tinggi JB…

Perjalanan boleh tahan la jauh dia. Kita keluar beraya siang, balik agak dah lewat malam. Singgah sana sini macam tak reti bahasa lak yang aku ni tengah preggy 7 bulan…

So dipendekkan citer, sepanjang perjalanan dari Sg Mas ke Jb ikut jalan lama memang ‘ada’ kan melalui kawasan kawasan yang ‘hotspot xcident’. Yang banyak orang cakap jalan jalan puaka..hahaha… Puaka sangat ke tak puaka sangat… Wallahu’alam bissowab.

So aku dan family sampai rumah dalam pukul 12 lebih tengah malam… Sampai rumah, husband dah warning, dia kata pergi mandi tukar baju semua.

Yang aku hanya basuh muka dan tukar baju tido. Yang kalutnya tu, jarang jarang aku nak tido bukak tingkap. Malamm tu aku nak tido bukak tingkap. Husband kata tak payahlah bukak tingkap. Aku marahlah, aku cakap ‘aku panas’ nak angin malam sejuk sikit.

Walhal kipas bukak je. Masa ni bilik aku tak pasang aircond lagi. Memang degil lah aku malam tu. Husband aku kot paham perangai Atlantis aku during preggy mood selalu ke ocean hihi…

Then… Ini yang berlaku dan satu pengajaran besar jugak buat aku, bini yang agak degil ni… Aku tido malam tu memang panas beb.. Walhal kipas memang menala dekat aku sorang. Korabg paham lah ekkk orang preggy memang kalut dia ko tak leh brain !

Tengah syok bermimpi, aku terjaga. As usual memang dari anak dara lagi, dalam lebih kurang kul 3 pasti aku kan auto terjaga.

Masa aku bukak mata (aku ni baring mengadap dinding…sebelah perut besar aku ni ada bantal kecik. Support perut lah, sebab biasa aku cramp dekat pinggan), dalam keadaan gelap gelita bilik aku hanya dterangi lampu jalan luar… Tetiba tak semena menanya, aku ni naik pelik (belom takut lagi time tu) Cuma pelik, aku tertanya sendiri ‘kaki siapa ni ?’ sapa pulak berdiri dekat sebelah aku ni…..

Ko imagine k… Kaki tu betul betul dekat atas bantal kecik aku yang da terkeluar dari tepi perut aku yang besar ni. Tapi bantal tu sebelah perut jer la. So, kaki tu atas bantal, pijak’ bantal kecik aku !!!

Aku dengan tak segan silu, terus la memandang gerangan hanat mana yang berani pijak bantal kecik aku ni. Sebab aku memang agak ‘kepantanganlah’ bab bantal bantal ni… (Tak rasa seram lagi time tu, yerla baru bgun tido kan..) aku terus memandang ke atas… Yang empunya kaki huduh tu !!

SubhanaAllah…. Sumpah aku rasa macam nak buat buar tido jer balikkkk !!!

Ko tahu apa ? Aku sedang memandang sekujur tubuh wanita yang betul sempurna pakai baju kurung Johor siap tudung bawal kaler biru air kot…. Dan wajah yang tak jelas…

Tapi, perempuan tu sangatlah tinggi dia. Kepala dia sampi cecah syiling bilik aku. Dan entah makcik ke anak dara aku tak sure…Dia memang betul betul tengah merenung aku…

Allah…. Allah, aku punya rasa saat tu. Dengan panik tahap macam kapal terbang nak terhempas, nasib baik la tangan kiri aku secara automatically nya dapat pusing goyangkan badan laki aku sekuat kuatnya. Dengan aku dan ‘kakak’ tu saling memandang satu sama lain… Nak cakap ke menjerit ke sume jadi cramp… Nasib la aku still leh gerak…

Saat aku pandang di, tetiba aku dapat rasakan wajah dia seakan sangat garang merenung tajam aku. Dia igat dia jer reti nk main tenung tenung. Aku pun reti jugak acah acah balas balik tenung huduh dia tu. Walhal aku punya panik, sebab rasa macam dia memang nak pijak perut aku kot.

SubhanaAllah….sekilat aku dapat toleh skit ke arah husband aku.. Dan aku dapat rasakan husband aku gerakkan badannya ke aku. Masa tu bila aku toleh balik, ‘kakak’ tu dah tiada….

Dan dan aku jerit suh husband aku on lampu…Dia terpinga pinga tanya “napa ma”. Dan trus juga dia bangun on lampu. Aku pun sedaya upaya dengan perut besar ni bangun.

Aku cakap, “ada pempuan atas katil kita tadi… Dekat sini, dia diri kat atas tilam kita. Dia betul betul macam nak pijak perut i…” aku masa tu trus jadi sangat seram, takut, semua ada. Bulu roma meremang dia tak yah citer la…

Terus husband aku bising. Start dah enjin dia, membebel. “Tu la tido tutup tingkap. Dah kita balik dari jalan jauh, panas lah itu lah ini la…..haaa….kan…” diam aku tak cakap apa dah…

Tapi susuk kakak tu yang tinggi melampai sampi kepala cecah syiling.. Dengan siap complete pakai baju kurung dengan tudung tu. Betul betul macam orang jalan beraya. Masih segar dalam ingatan sampi la ni..

Bila aku story dekat aruwah ayah, ayah diam jer. Tak komen apa. Sebab dia tahu, aku jenis yang agak brutal jugak dengan hantu hantu ni…hihihi…

Mak Cuma bising la sebab tak dengar kata…dia kata aku…hahaha…panas beb…bukan apa.. during preggy ni kan ko tahu la…kekadang ada yg kena..tgh2 mlm nk ngidam itu ini…tgh2 mlm nak mandilah itu ini…dan sbgainya…dan inilah kisah aku yg x dpt aku lupakan…. Lgi first time pregnant kan…

Actually aku pon byk kisah seram yg aku lalui masa aku warded kat Hosp Besar JB…tp len kali lah aku citer….yg kat hosp tu…si kakak ke nenek ke…dia duk intai2 aku dari dlm salah satu bilik toilet kat ward perempuan bersalin….haaaa…tu mmg scary la…tp scary lagi yg tinggi ni..yg berani naik atas katil tmpt aku dan husband tido…berani betul dia..bila diingat2 balik…mcm aku nak baling jer muka dia dgn selipar !!!

Oklah hopefully enjoy my experience during preggy 2 thn lebih yg lepas !

Yg penting diaorg tu sume mahkluk Allah jua…yg berbeza hanya dunia nyata dan ghoib !

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Princess Aisyah via KCHM via edisimedia