“Seminggu Sampai 3-4 Kali Bersama, Penah Tengah Malam Suami Kejut” Aku tak bangun
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Saya seorang ibu ada 2 orang anak. 2 kali keguguran. Short story, saya ni jenis bergaya dan jaga penampilan diri juga.
Maksudnya, walaupun saya ada anak kecil yang aktif sangat sangat tapi yess, saya still jaga anak anak dengan baik. Penampilan saya pun takdelah macam kak limah. Kisahnya suami saya ni jenis baran dan berangin. B4ran teramat sangat, memang dulu lagi teruk sekarang dah ada perubahan sikit, saya ni saja bertahan.
Selalu kami bergduh bila dia tak dapat ‘bersama’. Benda ni private sangat tapi saya terpaksa luah sebab nak tahu saya ke bersalah? Dalam seminggu 3-4 kali kami akan bersama.
Cuma kadang kadang ada masa saya terlalu letih sampai tidur tak sedar apa. Sebabnya anak saya yang kecil tu sangat aktif dan tak diam seminit pun. Siapa yang jaga anak kecil dia tau lah rasa penatnya macam mana. Kalau tak, tak adalah kes ibu yang depresi and burn out.
Baru ni dia marah marah sebab gerak saya tidur tengah malam saya tak bangun. Saya memang lemah rasa lesu sangat2. Sedangkan baru malam sebelum tu dah bersama. Saya minta maaf laa esoknya, dan saya cakap saya letih sangat sangat.
Tapi dia baling kerusi, dia memang jenis tu, kalau dah naik angin segala benda nak rosakkan. Dia cakap tak boleh bagi alasan anak. Ya Allah, saya cakap laa ni bukan alasan.. saya memang letih sangat sangat. Tapi dia still cakap tu alasan.
Lastly saya geram saya katalah, “tak pa one day duduk la try jaga anak anak boleh tak bertahan tanpa rasa stress. Jangan senang senang kata saya bagi alasan”. Lepas tu dia marah kata saya menjawab, kata saya tak mengaku salah sedangkan awal awal saya dah minta maaf tapi dia yang tak puas hati lagi.
Lagi saya geram, dia cakap yang kes lelaki cari perempuan lain sebab ini lah. Tak hairan pun sebab bukan salah lelaki tu saja kalau dah bini takdak function.Allahuakbar, saya sedih, hati saya kecewa, remukkk. 4x aku mengandung tu anak siapa??
Seminggu 3-4 kali brsama tu apa dia? Lainlah kalau aku langsung tak melayan. Tapi aku ni manusia, seorg ibu bukannnya tongkol kayu. Ada masa aku letih, aku penat. Lepastu dia cakap laa lepas ni nak bagi aku pulak drive cari rezeki biar aku rasa penat macam mana.
Seolah olah nak perli laa sebab aku kata nak bagi dia rasa letih jaga anak macam mana. Seriously aku cakap, aku rasa nak tunggu anak besar sikit jaa. Kalau macam ni perangai jangan hairanlah kalau 1 day aku dah rasa ‘tawar hati’.
Saya ni bukan duduk saja dekat rumah tau, sambil jaga anak saya berbisnes online, saya cari online partime job. Saya buat homemade food tempahan nasi dan sebagainya nak cari rezeki sama sama untuk keluarga.
Sebab nak harap dia sorang memang tak mampu. Tapi dia still tak nampak pengorbanan saya. Alih alih sebab isu ‘bersama’ tu habis dia buat saya macam sampah. M4ki ikut dan, menangis ni tak tahulah dah berapa kali terasa dengan kata kata kesat dia. Entahlah…
So saya ke bersalah? Betul ke saya ni isteri tak guna yang tak jaga batin suami? Serius saya nak tahu kalau betul, saya akn perbaiki betul betul (walaupun saya sendiri tak tahu macam mana).
Sebab sekarang dalam fasa membesarkan anak kecil yang baru belajar berjalan dan sangat aktif. Kekuatan saya sekarang hanya anak anak dan Allah sahaja.
Pesanan saya buat para lelaki di luar sana, jadilah suami yang ada EMPATHY. SEKIAN. Assalamualaikum.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: keluargabahagiafun via news.allmhi