“Setahun Tak Bercakap Dan Tidur Asing. Isteri Dah Takda Hati. Nak Berpisah Tapi Takut” Rupa-rupanya ini puncanya

Foto sekadar hiasan.

Aku dah berkahwin hampir 5 tahun, masih belum punyai cahaya mata. Aku seorang wanita bekerjaya di utara tanah air dan suami aku seorang penjawat awam gred rendah. Ya, gaji aku 2 3 kali ganda lebih dari suami. Kami kenal melalui kawan, kahwin suka sama suka setelah setahun lebih berkenalan. Suami aku memang asal dari kampung utara dan aku memang dibesarkan dari bandar KL.

Memandangkan aku dah dapat tawaran kerja di utara ini, memang aku ambil keputusan untuk “settle down” di sini sahaja, sebab itu juga aku memilih orang sini. Suami aku sebenarnya baik, rajin, solat tak tinggal, ini sebenarnya antara sebab aku memilih dia, walaupun aku tahu gajinya lebih rendah dari aku.

Walaupun aku membesar di bandar, tapi keluarga aku besar, aku anak sulung perempuan, ayah aku memang ajar kami adik beradik untuk berdikari, aku masih ingat, masa aku kecik jarang aku jumpa ayah aku, sebab dia sibuk bekerja. Aku boleh masak, mengemas, menjahit sendiri.

Sebab dari kecil, mak aku kerja kilang, lepas balik sekolah, aku dah memasak untuk abang2 dan adik2 aku. Aku dah biasa pergi sekolah, ko-k, join aktiviti atau pertandingan semua sendiri. Berbalik kisah perkahwinan kami, kenapa aku kata tawar hati? Aku senaraikan.

Suami aku anak sulung, dia juga jenis berdikari. Tapi sejak kami berkahwin, suami aku tak suka berkongsi. Masa first time nak balik KL, aku nak kemas baju2, aku sekalikan baju dia dan baju aku dalam satu beg. Dia tak nak, dia marah. Dia kata dia nak kemas baju dan barang2 dia sendiri.

Mula2 aku bising, pujuk, aku kata, ”Nanti mak cakap apa pulak beg pun nak asing2”. Last2 dalam beg troli tu aku bahagikan, satu bahagian baju dan barang aku, satu bahagian lagi baju dan barang dia. Lama2 tiap kali nak balik KL, aku malas nak bertekak, aku biarkan je dia kemas baju2 dia sendiri. Memang tiap kali balik kampung dia atau kampung aku, kami bawa beg masing2 sendiri.

Kalau aku pinjam barang dia, contoh jaket (windbreaker) dia bagi, esoknya dia akan beli (bundle) baru untuk aku. Ada sekali aku pakai jam sport dia, memandangkan jam aku dah tak de bateri, sebab lama tak pakai, lepas tu dia bagi jam baru kat aku (second hand) juga. Aku bukan tak mampu nak beli semua tu, tapi kadang2 tiba2 aku kena kerja luar, aku tak prepare, aku minta izin guna barang dia.

Dia? ada juga dia guna barang2 aku, dan aku memang bagi je. Mesti korang rasa benda ini remeh kan? Sabar, banyak lagi aku nak cerita. Kalau aku menyapu luar rumah, kadang tu aku letak selipar aku sekejap atas kasut/selipar dia di rak kasut (sebab tak de ruang kosong). Bila dia nampak, dia akan cepat2 alihkan selipar aku tu letak tempat lain. Ada sekali, aku kemas bilik, aku alihkan almari, so, baju2 dia aku ubah sekali.

Dia balik, dia bising, marah2 aku. Aku cakap bilik dah bersawang, aku nak kemas, nak ubah kedudukan perabot. Aku merajuk. Last2 dia pujuk dia kata “abang bukan marah sayang usik baju abang, tapi kan almari tu berat, kesian kat sayang nak ubah almari berat2 tu…”

Sebenarnya tak, dia memang tak suka barang dia diusik. Almari baju, rak kasut, rak barang2, kami ada tempat sendiri, tak berkongsi. Even sabun basuh baju pun asing2. Suami aku memang basuh baju dia sendiri, lipat dan susun baju dan barang2 dia sendiri.

Masa aku buat keputusan nak berkahwin, aku berjimat, setiap bulan aku boleh simpan duit 1000+. Memandangkan waktu itu aku tak de komitmen kereta atau rumah. Aku hanya menyewa bilik ketika itu, dan aku berjalan kaki ke tempat kerja. Selama ini juga aku tak beli baju, kasut baru, nak simpan untuk kahwin. Bila nak bertunang, waktu ini dia kata duit tak cukup nak bawa rombongan ke KL, aku beri dia duit untuk bawa keluarga dia masuk meminang aku.

Masa kahwin, kenduri belah aku, aku tanggung sendiri. Yang kelakar bila ingat balik, mak dia pernah call mak aku tanya pasal hantaran. Padahal kami dah bincang awal2 untuk sama2 menyimpan untuk hantaran. Mak dia call mak aku dan bagitau, kalau hantaran lebih 10k, mak dia tak nak terima aku sebagai menantu, tak de duit sebanyak tu katanya. Mujur mak dan ayah aku bukan jenis “menjual” anak.

Mak dan ayah aku tak pernah kisah pun bab hantaran, memandangkan memang semua kenduri aku tanggung. Aku memang cakap awal2 dengan ayah aku bagi aku sediakan semuanya. Aku agak terkilan masa ini, mak aku call cerita kat aku dari A-Z, aku diamkan saja waktu ini.

Akhirnya dia buat pinjaman dari makcik dia untuk duit hantaran, memandangkan dia tak layak buat pinjaman bank dan duit tu hanya separuh dia bagi kat aku, separuh lagi buat kenduri belah dia. Masa kenduri belah dia, aku cakap kalau tak de duit, tak perlu buat kenduri beriya, buat kenduri doa selamat saja cukup.

Tapi mak dan ayah dia tak nak, memandangkan dia anak sulung dan kononnya dapat menantu pegawai dan “orang KL”, mak dia buat juga kenduri di dewan. Aku perasan lepas tu, mak dan ayah dia bangga dengan title aku ni menantu “pegawai dan orang KL” tu….

Lepas kahwin, barang2 rumah aku beli sendiri, dengan duit “karok” kenduri, ayah aku bagi semua kat aku sebab dia tahu, kenduri kahwin aku tanggung semua. Dengan duit tu, kami duduk menyewa dan beli barang2 rumah sikit2.

Masa ini aku pergi kerja pakai kereta suami aku, dia naik moto. Hingga tahun ketiga kami ok, bergaduh sikit2 bagi aku normal, sebab ini mungkin fasa nak mengenali satu sama lain. Aku penah utarakan nak beli kereta sendiri, dari zaman kami bertunang, dia tak bagi. Dia kata dah ada kereta satu cukuplah, pakai je kereta itu.

Tapi tiap kali kalau aku dapat saman parking, dia bising, mengamuk. Kalau dia rasa kereta tu bercalar sikit, dia asak tanya aku pergi mana, ada kena apa apa ke, padahal sebenarnya tak de apa pun. Aku pernah kena kejadian yang tak diingini sekali, alhamdulillah waktu tu, aku tak luka apa2, cuma kereta depan kemek teruk. Masa kejadian tu berlaku, aku bawa kereta ke bengkel terus, aku call suami aku bagitau aku ini itu bla bla bla ( masa ni dia keja), aku cakap aku ok, kereta tu aku bawa ke bengkel.

Lepas habis keja, dia terus ke bengkel, tau dia buat apa? Sampai je, dia terus cek kereta dia. Dia tak tanya pun keadaaan aku. Aku senyap. Lepas tauke bengkel tu kata ok, kami ke balai, buat report. Dia siap layan cina yang sodok aku tu, sembang baik je (sebab cina ni berkali2 minta maaf sodok aku, nak cepat katanya).

Lepas settle semua, sampai ke rumah pun dia tak tanya keadaan aku, sebenarnya dia marah aku buat kereta dia macam tu. Malam tu aku nangis sampai ke pagi, esoknya aku bagitau betapa aku kecewa, dan aku cakap kos baiki kereta aku bayar semua. Masa ini dia minta maaf.

Sekarang aku dah beli kereta sendiri, lama aku simpan hasrat ni, sebab? Aku dah tahap stress tak tau nak cakap camne. Tiap kali aku kena kerja luar, aku cakap aku nak bawa kereta tu, dia tak bagi, kata dia akan hantarkan. Kitorang akan gaduh, macamana dia hantarkan dengan dia kena kerja. Aku kena ikut masa dia, dia kena patah balik etc. Last2 biasanya dia akan benarkan aku bawa juga kereta tu, terpaksa.

Ada sekali, masa ni kami tak bercakap sangat sebab gaduh, aku kena kerja luar jauh sikit dari kebiasaan. Aku upload dalam facebook aku ke site visit tu, dia tengok fb aku. Aku balik je rumah, dia cek kereta dia. (masa ni dia ingat aku ke site visit tu bawa kereta dia, padahal sebenarnya aku parking kereta kat office, dan kami naik kenderaan office ke site visit ni.)

Tengok telatah dia cek semua kat kereta dia, aku malas nak layan, aku diamkan je lagi. Ada sekali kereta ni tayar pancit, aku call suami aku minta ambil di office. Dia datang, tengok keadaan kereta dan cuba nak tukar tayar dengan tayar ganti, tapi tak dapat, (sebab skru ke apa ntah tak boleh bukak).

Last aku cakap biar je kereta tu kat situ, esok aku minta staf settlekan bawa bengkel. Dia tak nak, dia cuba jugak, aku akhirnya amik grab balik rumah. Dia settlekan kereta tu malam tu jugak. Esoknya dia cek dalam TnG online mana aku pergi, whatsapp aku marah2. Tanya aku buat apa, pergi mana2 tak cakap kat dia. Sebenarnya waktu ini aku usha kereta baru dan nak settlekan dokumen kat bank. Memang aku beli kereta tak bagitahu dia pun, aku settlekan semua sendiri.

Bila dia tengok aku dah ada kereta sendiri, dia mengamuk, marah2 aku dan mulalah episod kami tak bercakap. Oh, ya. Kami dah tak bercakap sangat dekat setahun dan tido asing dah setahun juga. Bab nafkah, rumah dan bil2 semua aku yang bayar, dia bayar kereta dan beli barang2 dapur. Aku tak pernah minta apa2 pun dari dia, sebab aku tahu dia tak mampu dan aku mampu beli sendiri.

Aku jarang shoping, aku mungkin suka makan sana sini, dan setiap kali nak keluar makan, memang aku akan bayar, sebab aku yang ajak kan? aku yang nak makan kan? So, aku ok. Cuma lama2 aku terasa dia ‘take for granted’, dia suka berkira. Aku memang diajar dari kecik, rajin hulur duit kalau ada duit lebih, bonus, duit raya, jarang aku simpan untuk aku, biasanya aku akan bagi mak aku dan anak2 buah aku.

Tiap tahun nak buka sekolah, aku akan belikan barang2 sekolah anak2 buah aku sikit2. Aku jenis kalau balik KL, aku akan bawa anak2 buah aku berjalan, dan belikan barang2 mainan / jajan. Suami aku? benda ni dah jadi banyak kali, kadang bile singgah mana2, aku minta dia je turun dari kereta (sebab biasanya kalau jalan2 KL, aku yang drive) belikan barang dan anak2 buah aku akan follow dia, masuk je kereta dia akan cakap,

“Tadi boboy minta belikan mainan ni, habis 10 ringgit abang”. Tiap kali dia cakap macamni aku akan terus buka dompet beri balik duit dia. Mungkin dia rasa yang minta tu anak2 buah aku, bukan anak2 buah dia. Macam aku cakap aku bukan jenis shopping tiap bulan, ada sale terus berpusu2 terkam, aku tak.

Aku memang jenis beli barang pun tengah2 bulan, sebab? waktu tu orang tak ramai, senang aku nak belek2 barang. Mula2 aku akan ajak suami aku kalau nak beli barang, lama2 aku selesa beli sendiri sorang2. Sebab? Aku perasan, bila aku beli barang aku sendiri, aku memang akan beli yang mahal sikit (tak de la sampai beribu pun) tapi tahan lama. Handbeg yang aku pakai sekarang pun aku dah pakai lebih 10 tahun, kasut, aku akan pakai sampai lunyai (biasanya 3-4 tahun), jam tangan (dah 4 tahun aku pakai) etc.

Suami aku bila nampak aku beli barang mahal atau makan, dia akan mencebik. Dia penah cakap ” makan nak benda mahal2 je (padahal masa ini aku makan sushi king). Aku diam, dalam hati aku, “aku makan mahal ke, beli barang mahal ke, aku tak pernah minta dari dia.” Oh, dia bukan la tak pernah belikan aku apa2, ada. Barang2 bundle yang aku cerita sebelum ini dan ada seluar jeans dia belikan untuk aku masa tahun pertama kahwin. Masa ni dia dapat bonus.

Lepas tu, dia tak pernah beli apa2 untuk aku dah. Mungkin dia tengok aku mampu beli sendiri. Baju raya, baju jalan, gelang, rantai semua aku beli sendiri Setiap tahun kami bercuti luar negara, tak jauh pun, negara2 jiran je. Aku agak stress setiap kali bercuti dengan dia, Dia cerewet bab makan dan terlalu paran0id.

Mula2 aku sedapkan hati, ini benda baru bagi dia, sebab sebelum ini dia tak pernah keluar dari kampung dia pun. Kalau makanan tu tak de cop halal, dia tak nak makan (kat negara orang, kau nak assume jumpa cop halal jakim?).

Aku jenis belek2 apa kandungan, selagi halal, aku beli je makan. So, aku tak kebulur. Kalo nak buat apa2, dia takut, takut kena tipu, takut luka etc.. End up, 2 tahun kebelakangan ini, aku decide untuk bercuti dengan kawan2 rapat aku. Aku memang self reward untuk bercuti keluar negara sekali setahun, aku penat bekerja kot.

Bila aku kata aku nak bercuti dengan kawan2, suami aku mula2 marah, kenapa tak bawa dia? aku bagi alasan kami semua perempuan, tak perlu la nak ikut sekali. Last2 dia akan benarkan, tapi masih marah dan tak puas hati.

Aku rasa suami aku jenis “fake”. Tiap kali aku upload gambar2 aku bercuti dengan kawan2, dia akan komen ayat2 manis “cantiknya tempat ni”… “enjoy yourself sayang”… “cantiknya isteri abang..”. Semua ni kat media social je, bila aku balik rumah, dia masih dalam mood marah aku bercuti tak bawak dia.

Padahal sebab aku kat utara, aku kena balik KL dulu. Untuk flight bercuti, suami aku tak tanya pun, aku nak balik KL camne, bila aku nak pergi, bila aku nak balik etc… Awal tahun ni, aku sempat juga bercuti dengan kawan2 aku. Nak balik ke KL, aku amik tiket ETS, memandangkan suami aku tak tanya dan tak ambil tahu pun, aku decide ambil grab ke stesen keretapi. Tapi pagi tu grab tak de, hujan lebat, aku terpaksa tebalkan muka minta tolong staf aku tolong hantarkan.

Bila sampai ke stesen keretapi tu, ayah aku call tanya pukul berapa sampai KL, nak ambil aku. Masa ni aku tahan nak nangis, dalam hati aku, ”Ayah aku pun tahu bila anak dia nak gerak pergi mana2, dan sentiasa tanya aku, suami aku?”.

Ada sekali juga, 2 tahun lepas, ayah aku masuk hospital kena 0perate, aku terus bergegas balik KL. Aku tumpang kawan aku kebetulan nak balik KL juga. Aku tak tunggu suami aku sebab dia kata nak balik sekali hujung minggu tu. Aku minta izin benarkan aku je balik dulu.

Dia bagi, dan dia balik ke KL kemudian. Lepas ayah aku dah boleh keluar hospital, suami aku datang KL, naik moto. Masa ni aku tanya kenapa naik motor sendiri? kenapa tak bawa kereta?. Ya, aku memang marah masa ni, aku cakap dah tu aku nak balik nanti naik apa?

Dia jawab saja (aku tak tau la masa ni sebab dia x de duit ke apa), padahal aku dah cakap, ayah dah ok, tak perlu datang, dia datang juga. Disebabkan dia datang naik moto, dan tak bawa helmet pun, aku book je tiket ETS. Masa ni pun dia marah aku sebab aku marah dia sebelum tu kot… So, dia tak tanya pun aku tiket aku pukul berapa, balik bila.

Aku sampai ke utara waktu ni dah pkul 1 pagi. Aku cuba cari grab, tapi tak dapat. Mujur waktu ni ada pakcik teksi, pakcik ni tanya aku nak pergi mana? mungkin pakcik ni tengok aku perempuan, dia minta pemandu wanita hantar aku pulang balik rumah.

Dalam hati aku “Pakcik ni pun tahu pikir keselamatan aku…” Lepas aku sampai rumah, tahu suami aku buat apa? Dia sedap tidur berdengkur…. Aku nangis lagi sampai pagi. Jujurnya memang aku dah TAWAR HATI, bukan suami aku tak pujuk, dia pujuk, dia minta maaf, tapi aku rasa akhirnya dia akan buat benda yang sama. Dia bukanlah jahat, dia rajin, solat tak tinggal, cuma….. kalau dia marah, dia akan hempas barang2 untuk tunjuk dia marah, hempas pintu kuat2.

Kucing2 aku akan jadi sasaran dia, walaupun setakat ini dia tak pernah naikkan tangan kat aku, tapi tinggikan suara tu dah jadi biasa kat aku. Mula2 aku takut juga, lama2 aku dah terbiasa, dan aku akan diamkan diri saja.

Ada sekali, aku decide untuk tidur bilik belakang. Aku kunci pintu, dia ketuk pintu sampai pintu tu hampir pecah. Dia marah aku tidur bilik tu dan kuncikan pintu… (masa ini sebenarnya aku takut sangat). Tapi aku diamkan je sampai dia reda, dan aku risau jiran2 panggil polis atau apa.

Dia penah minta kunci kereta aku, nak alihkan kereta. Masa ini aku sendiri keluar alihkan kereta aku, dia mengamuk. Tendang2 kereta aku (masa ni aku dalam kereta ), kononnya aku kedekut tak bagi usik kereta dia, dia mengamuk,

“Jangan berlagak sangatla, bertahun2 awak pakai kereta saya yaa…”. Jiran kiri kanan tengok masa ni, memang malu. Aku bukan tak bagi dia alihkan kereta tu, tapi aku sebenarnya nak basuh kereta, padahal masa aku beli kereta ni, dia kata nak test drive, aku bagi jee…

Sebelum aku ada keta sendiri, tiap bulan dia akan bagi aku duit separuh duit rumah. Sejak aku ada keta sendiri, dia dah tak bagi duit pun, dia cuma beli barang2 dapur. Yang lain aku yang bayar semua. Sepanjang PKP ni pun kami memang tak bercakap dan buat hal masing2. Dia bekerja seperti biasa, aku wfh. Bila aku rasa aku nak masak, aku masak. Dia makan je apa yang aku masak.

Kami masih duduk serumah, tapi dah macam orang asing, itu lebih baik dari aku tengok dia hempas barang, ngamuk benda ntah apa2. Aku memang terpikir nak tamatkan perkahwinan ini, tapi banyak benda bermain dalam kepala aku.

Kenapa aku nak end this marriage? Ya, sebab aku dah tawar hati, aku cerita semua yang aku alami ni kat member baik aku. Dia tanya aku soalan yang sama komen yang trigger aku.. “ko dah tak sayang dia ke?” Dengan selamba aku jawab, “tak, aku rasa aku dah tak de rasa sayang tu pun…” raya ni pun dia balik sorang ke rumah mak dia. Dia tak cakap atau ajak aku pun. Kalau ajak pun, aku memang tak nak…

Sebab dah lebih setahun ni, semua benda aku buat sendiri, aku beli barang sendiri, aku pergi makan sendiri, aku beli rumah dan kereta aku uruskan sendiri, aku betulkan barang2 yang rosak dalam rumah ni pun aku buat sendiri.

So, apa gunanya aku ada suami?? Tak de. Oh, aku memang dah beli rumah atas nama aku sendiri, insyallah tahun depan siap. Memandangkan suami aku tak layak buat loan pun, aku uruskan semua sendiri. Masa nak site visit tengok rumah contoh je aku bawa dia sekali dan bagitahu aku nak beli rumah, aku tak tanya pendapat dia ke apa.

Tapi masa jumpa mak aku, aku bagitahu mak aku dah beli rumah. Dia mengadu kat mak aku “tapi rumah tu jauh sikit dari tempat keja saya…” (Dalam hati aku, so???….) Mak aku senyum je masa ni. Bila adik2 aku tanya berapa harga rumah aku, suami aku yang laju je jawab harga dengan bangganya (dalam hati aku masa ni, ” ehh, macam rumah dia pulak, suka2 bagitahu harga rumah…”).

Mungkin ada kalangan kalian komen, memang biasa benda ini jadi sebab pendapatan aku jauh lagi tinggi dari dia, dan aku jadi stress sebab nafkah. Dan perempuan akan jadi ego bila gaji lebih tinggi dari suami. Mungkin…. Tapi ini bukan perkara utama, sebelum kahwin pun aku memang tahu kerja dan pendapatan dia, kalau aku kisah, aku tak tanggung banyak benda dari awal.

Tapi bila dia sikit2 ungkit, lama2 aku pun jadi mengungkit. Aku pun jadi dah tak boleh nak bersabar. Dan baru2 ini perkara yang paling aku tak boleh terima, rupanya dia mesej adik perempuan aku. Cerita yang kami dah tak tido sekatil, tak bercakap. Dan adik aku bagitahu mak aku, sudahnya family aku semua tahu. Mak aku call tanya aku, dan bagitahu dia dapat tahu dari adik aku.

Aku layankan je mak aku mula2, aku just cakap ” Mak, tahulah kita camne nak selesaikan…”. Lepas mak aku call, aku tak terus tanya adik aku pun, dan aku juga tak tanya suami aku pun. Aku senyap juga. Ntah, mungkin sebab aku malu dengan adik aku, aku kecewa dengan suami aku… aku senyap lagi.

2 Minggu lepas aku marah suami aku sebab dia msg kawan aku, tanya aku kemana, sebab aku keluar tak bagitahu dia, padahal dia keluar tido rumah mak dia pun dia tak bagitahu aku… Aku larang dia msg kawan2 atau family aku, masa ni aku cakap aku dah tahu dia cerita semua kat adik aku. Dia nafikan, dia kata dia tak bagitau apa2 pun. Dan tak pasal2 juga kawan2 aku yang dia msg tu tanya aku, apa masalah kami berdua….

(Dia mesej kawan2 aku tanya aku kemana, tapi dia tak call atau mesej aku pun tanya aku kemana), sebenarnya masa ini aku kena kerja luar, aku perlu rentas negeri. Aku malu lagi…. dengan mak ayah aku, dengan adik beradik aku, dengan jiran2 aku, terbaru dengan kawan2 aku…..

Aku tak pernah cerita masalah kami atau tanya siapa2 kat family atau sedara mara dia, kecuali kat sahabat baik aku, sorang je, sebab aku rasa, aku perlukan seseorang untuk aku bercerita. Kawan dia? Sejak kami kahwin, dia tak pernah kenalkan aku dengan kawan2 dia pun….

Aku penah tanya, dia kata dia tak suka kawan2 dia cakap, “Untung dapat wife orang KL, jawatan tinggi, body lawa, muka lawa” – ni ayat kawan2 dia masa dia tunjuk gambar kawin kami. Aku tak ambil port sangat pun bab ni, dan aku tak kisah sangat pun sebenarnya dia tak penah kenalkan aku dengan kawan-kawan dia.

Aku decide nak berpisah, tapi aku ada satu ketakutan. Yang paling aku takut, aku akan sakitkan hati mak dan ayah aku, since tak de lagi adik beradik or family terdekat aku yang ada sejarah berpisah. Dan aku pernah ada kes dengan bf lama sampai libatkan family….

So, aku tak rasa aku mampu lagi nak sakitkan hati terutama ayah aku. Sebab bagi ayah aku, aku sentiasa jadi kebanggaan dia. Aku anak perempuan dia yang pertama, dan aku sentiasa banggakan dia dari zaman sekolah rendah dengan macam2 anugerah. Dan melalui mak aku, ayah aku memang suka bercerita tentang aku pada kawan2 kampung dia.

Sebab itu, sehingga sekarang aku masih bertahan. Aku cuba sibukkan diri, aku malas nak pikir. Tapi kadang2 mak aku akan call tanya tentang aku dan suami aku. Dan seperti biasa aku cuba elakkan untuk bercakap tentang ini pun.

Kedua, kawan2 aku, memandangkan aku duduk di utara ini, kami ada group yang dah macam family sendiri. Suami aku juga rapat dengan mereka. Selang beberapa bulan kami biasanya akan gathering buat makan2….

Aku terfikir, kalau aku dah berpisah, apa pandangan dorang pada aku? Mesti dorang kata aku yang jahat… Sebab pada pandangan semua, suami aku jenis baik, rajin, suka tolong orang…. Aku? perempuan garang, suka memberontak dan degil.

Ketiga, aku takut juga pandangan orang pada aku, stereotype masyarakat. Aku agak terasa bila sembang2 dengan officemate, akan ada yang bersuara ” hang jangan memain, dia tu dah berpisah, lepas tu kemain segak…”. Sebelum aku kahwin pun, aku tak faham kenapa perlu ada stereotype macam ini, aku bukan jenis orang yang suka bergosip tentang orang lain, aku tak suka ambil tahu tentang orang yang tak de kena mengena dengan aku pun. So, aku memang tak suka kalau orang ambil tahu hal aku.

Maaflah, panjang sangat coretan aku. Terima kasih sebab membaca, jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang bakal jadi pada aku selepas ini. Mampu ke aku bertahan? Mampu ke aku survive sendiri? Ya, sebenarnya, aku perlu ubah diri sendiri dulu kan? Doa banyak-banyak pada Allah, jadi insan yang lebih baik. Doakan aku untuk diberi hidayah, tu je yang aku minta.

Terima kasih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  Kinki (Bukan nama sebenar) via IIUMC via hits.allhmt.com