“Setiap Kali Aku Keluar Pergi Kerja, Wife Aku Dihasut Dan Kena Paksa Dengan Mertua” Supaya wife tuntut cerai

Foto Sekadar Hiasan

Bermula dari detik itu, layanan mertuaku mulai berubah terhadap kami. Apabila waktu makan malam, kitaorg tidak akan dipanggil seperti dulu. Aku membawa isteri aku makan diluar setiap kali waktu makan malam untuk mengelakkan isteri aku sentap.

Dalam masa yang sama, duit RM150 tetap aku berikan kepada isteri aku namun aku berpesan kepadanya untuk menyimpan bagi membayar bil semuanya hujung bulan nanti. Isteri aku mengangguk lemah. Aku meneruskan permainan yang dicipta oleh ayah aku setiap hari.

Bulan kedua permainan aku, ibu mertua aku memarahi isteri aku kerana tidak memberikan duit bulanan kepadanya. Isteri aku menerangkan bahawa duit yang aku beri habis digunakan untuk membayar semua bil utiliti dan duit bulanan kereta isteri aku.

Aku cuma mampu menyediakan sebanyak itu sahaja. Namun dibalas dengan kenyataan menghina aku kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Malam itu isteri aku mengadu kepada aku bahawa dia bukan sahaja dimarahi malah adik beradiknya juga turut sama memarahi isteri aku kerana tidak mampu memberikan wang kepada ibu mertua aku. Aku hanya mendiamkan diri dan meminta isteri aku bersabar.

Isteri aku meminta aku untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan pelajaran aku agar mampu untuk membiayai perbelanjaan rumah itu. Aku mengajak sekali lagi isteri aku untuk keluar dari situ namun isteri aku tetap tidak mahu kerana dia terpaksa menjaga ayahnya. Tiada orang lagi yang boleh diharapkan.

Bulan ketiga permainan aku, aku mendapat berita gembira permohanan pinjaman perumahan aku telah diluluskan. Namun aku terpaksa menunggu sekurang2nya 6 bulan lagi sebelum aku mendapat kunci bagi tujuan dokumentasi guaman semua.

Ayah aku tetap menasihati aku supaya kuat dalam permainan ini agar aku tidak merana dimasa akan datang. Aku turutkan sahaja.

Manakala isteri aku berubah daripada seorang yang periang kepada seorang yang pendiam. Setiap hari aku keluar bekerja, isteri aku didera mentaal oleh ibu mertua aku yang menuntut supaya isteri aku menuntut ceraai kepada aku.

Segala keburukan aku, yang tidak masuk akal seperti aku tidak bekerja, hanya mengharap duit ayah aku sebab itulah aku memberikan duit secara harian dilontarkan kepada isteri aku. Paling teruk sehingga mertua aku menuduh aku bermain judi secara dalam talian sehinggakan isteri aku memeriksa dengan teliti telefon bimbit aku pada suatu hari itu.

Ibu mertua aku memberitahu sebab itu aku dibuang kerja kerana aku telah menyalahgunakan duit syarikat dan telah ditangkap. Kesemua cerita itu direka semata mata untuk membuatkan isteri aku was was dengan aku.

Namun isteriku tidak menjumpai apa apa yang disyaki di dalam telefon bimbit aku. Setelah didesak barulah isteri aku menceritakan tentang perkara tersebut beserta tuduhan yang telah dilemparkan kepada aku.

Namun begitu aku dapat merasakan ketika itu kelakuan isteri aku terhadap aku sememangnya telah berubah dan aku mula teringat kata kata ayah aku.

Aku hanya tersenyum apabila isteri aku mulai berkelakuan kasar dengan aku dan tidak melayan aku seperti yang sepatutnya. Pada mulanya timbul hasrat untuk terus berpisah namun aku buang sejauh jauh hasrat itu kerana aku cuba meletakkan diri aku berada ditempatnya. Aku cuba memahami apa yang diterimanya lantas aku tetap bertahan dengan isteri aku.

Genap 6 bulan permainan aku, aku telah mendapat kabar gembira dimana aku boleh mengambil kunci rumah baharu aku lebih awal daripada yang dijanjikan. Aku mengambilnya dan menyerahkan urusan menghias dalaman kepada ayah dan adik aku.

Adik aku yang kedua mempunyai ijazah dalam bidang seni reka dalaman lantas aku meletakkan kepercayaan penuh kepadanya untuk membuat hiasan dalaman rumah itu. Aku cuma mengeluarkan modal apa yang dimintanya sahaja.

Aku mula potong sedikit demi sedikit bayaran harian kepada isteri aku atas alasan tempahan kurang. Sebenarnya aku dah mula muak dengan permainan aku sendiri dan tak sanggup melihat isteri aku murung apabila dirumah. Isteri aku mengadu dia semkin dipulaukan oleh ibu mertua aku kerana tidak meminta ceraai daripada aku.

Lantas membuatkan emaknya memulaukan anaknya dirumah itu. Isteri aku masih tidak mahu berganjak keluar dari rumah itu atas alasan ayahnya skit dan kereta isteri aku ibu mertua aku telah ambil.

Ibu mertua aku memberitahu jika aku menceraaikan dia baru ibu mertua aku akan memulangkan semua kereta itu. Ditambah pula ketika ini aku banyak operasi yang hendak dilaksanakan lantas keberadaan aku dirumah agak kurang.

Hal ini membuatkan aku semkin marah namun terpaksa dipendam dalam hati. Aku faham akan perasaan isteri aku yang saban hari terpaksa menahan segala benda buruk yang ditomahkan kepada aku ketika ketiadaan aku.

Aku menceritakan hal ini kepada ayah aku. Ayah aku menasihatkan aku supaya tidak membayar ansuran bulanan kereta tersebut selama 3 bulan dan biarkan sahaja kereta itu ditarik. Setelah ditarik ayah aku meminta aku membayar penuh kereta itu dan serahkan kepada isteri aku.

Pada mulanya aku agak takut untuk melakukan perkara itu namun ayah aku telah yakinkan aku lantas aku mula tidak membayar ansuran tersebut. Ayah aku menjamin bahawa mereka tidak akan mampu untuk membayar kereta itu.

Bulan kelapan yakni 2 bulan aku tidak membayar ansuran tersebut, surat amaran penarikan telah dihantar ke rumah mereka dan perkara ini menimbulkan kemarahan ibu mertua aku terhadap aku. Aku mula dimaaki hamun perkara yang tidak sepatutnya ketika aku pulang bekerja.

Isteri aku hanya mampu menangis di dalam bilik. Ibu mertua aku menyuruh aku meminjam kepada ayah aku untuk menjelaskan tunggakan kereta tersebut kerana risau akan ditarik. Sememangnya ayah aku sudah tahu awal dimana mereka tidak akan mampu untuk membayar semua tunggakan itu.

Aku menjelaskan aku sudah tiada simpanan apa apa untuk membayar tunggakan tersebut. Ibu mertua aku hanya berterusan memberi ceramah kepada aku dan meminta aku menjelaskan semuanya sebelum ditarik.

Ibu mertua aku masih tidak mengetahui bil utiliti juga telah lama tertunggak sejak bulan keenam permainan aku. Kesemua bil yang sampai isteri aku ambil dahulu dan sorok daripada pengetahuan emaknya kerana bimbang dimarahi.

Malam itu isteri aku menangis dan mengadu kepada aku bahawa emaknnya telah memaksa dia meminta ceraai daripada aku. Isteri aku sudah tidak nampak jalan lagi untuk dia bersama aku. Aku cuma menasihati isteri aku supaya bersabar dan bertahan. Isteri aku hanya mengangguk lemah.

Bulan terakhir permainan aku, dan kereta isteri aku telah selamat ditarik oleh pihak bank. Aku mendapat panggilan bertalu talu daripada isteri aku mengatakan bahawa keretanya telah ditarik.

Aku bergegas ke maybank dan menyelesaikan kesemua tunggakan tersebut pada hari tu dan menyerahkan surat kebenaran mengambil kenderaan kerana isteri aku tidak dapat hadir.

Aku telah menyiapkan dokumen tersebut lebih awal mengikut nasihat ayah aku. Setelah mengambil kereta isteri aku di stor petang itu, aku menyimpan kereta isteri aku di rumah baru aku.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: ekisah.com