“Setiap Kali Di Rumah Keluarga Saya, Isteri Saya Akan Buat Alasan Tak Sihat” Pening kepala, demam dan sebagainya dan akan duduk di bilik

 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Assalamualaikum warga KRT. Sebelum saya mulakan masalah saya, saya harap admin hidekan profile saya. Saya terima segala cemuh4n, nasihat dan doa yang anda semua berikan. Ceritanya begini.

Saya dan isteri sudah berkahwin selama 5 tahun. Dan alhamdulillah bakal menimang cahaya mata yang pertama. Tetapi saya mempunyai satu masalah yang saya rasa kerap menjadi masalah pasangan lain dan juga menjadi punca pencer4ian.

Iaitu masalah isteri dan keluarga suami yang sentiasa berselisih4n faham. Setiap sebulan atau dua bulan sekali saya akan balik ke kampung halaman untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

Dan setiap kali ingin balik, akan berlakunya peper4ngan tanpa sebab yang munasabah antara saya dengan isteri. Dan setiap kali saya bercakap dan bercerita tentang keluarga saya, isteri saya seperti endah tak endah.

Setiap kali di rumah keluarga saya, isteri saya akan membuat alasan tak sihat, pening kepala, demam dan sbgnya dan akan duduk di bilik setiap kali dirumah keluarga saya. Selalunya saya yang menjadi tukang cover.

Bermacam macam alasan saya keluarga untuk menjaga hati ibu bapa saya. Tapi saya tahu jauh disudut hati ibu bapa saya, mereka sebenarnya faham situasi sebenar.

Masalah tidak habis disini isteri saya juga mempunyai perangai meluahkan perasaan dekat media social yang bagi saya bukan menyelesaikan masalah. Tetapi makin mengeruhkan masalah. Saya dan keluarga menjadi bahan caci4n dan maki4n dimedia social.

Kadang kadang tiap kali saya balik, ibu saya akan menasihati semua anak dan menantunya. Yang saya anggap sebagai tazkirah diantara keluarga. Dan nasihat ini pun menjadi bahan caci4n dan maki4n di media social dan juga menjadi bahan gelak dalam keluarga isteri saya.

Saya pernah mencuba untuk menasihati isteri saya. Tapi segala apa yang saya cakap umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.  Saya pernah berdiam diri dan tak bertegur dengannya.

Isteri saya anggap saya melebihkan keluarga dan sanggup tidak bertegur dengannya kerana keluarga saya. Saya pernah memarahi isteri saya disebabkan sikap angguh, sombong, dan bvsuk hatinya terhadap keluarga saya.

Dan jawapannya adalah tangisan, jeritan dan juga maki4n. Dan perkara sama berulang kembali. Kadang saya rasa seperti sampah bila dimarahi dan dim4ki sebegini rupa. Dan bila keluarga saya dimalukan, dic4ci san dima4ki di belakang mereka.

Tanggungjawab saya terhadap kedua ibu bapa saya sentiasa menjadi keutamaan. Tapi bila perkara ni terjadi, sedikit sebanyak mengganggu saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya. Kedua ibu bapa masih hidup.

Dan selagi mereka masih hidup, saya ingin menjaga mereka dan saya harapkan isteri saya menyenangkan saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya.

Pernah banyak kali terlintas difikiran saya untuk bercer4i. Tapi saya sayangkan rumah tangga saya. Lagi lagi sekarang isteri saya bakal melahirkan anak pertama saya setelah 5 tahun penantian.

Apa yang bakal berlaku bila saya bercer4i? Apa nasib anak saya. Tak siapa yang tahu perkara ni melainkan saya, isteri dan keluarga isteri saya. Saya dah tak tahu cara untuk menasihati isteri saya.

Sedangkan keluarganya pun turut menggelakkan keluarga saya. Agaknya memang cara isteri saya dibesarkan jarang dinasihati, dimarahi, kurang penekanan tentang adab terhadap orang tua dan suami.

Sebelum berkahwin, semuanya indah. Nampak semuanya sempurna. Saya manusia biasa ada hati dan perasaan. Saya mengimpikan rumahtangga yang indah. Dan sebuah keluarga yang bahagia.

Saya memendam perasaan seorang. Dan saya sentiasa berkecik hati, dan memilih untuk berdiam diri setiap kali pergaduh4n berlaku. Saya rasa kesabaran saya membuat isteri memij4k kepala saya. Dan langsung tiada rasa hormat kepada saya.

 Sampai keluar caci4n dan maki4n. Pada pendapat semua, apa yang perlu saya lakukan? Maafkan saya kerana cerita saya terlalu panjang. Saya tidak pandai melukis.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via news.allmhi