“Suami Aku Ni Tak Pandai Berkomunikasi. Masa Malam Pertama, Dia Terus Nak Terk4m” Aku cakap borak lah dulu, Sekali ini yang terjadi
Foto sekadar hiasan
Aku Carpp… sudah berkahwin, ini sedikit ‘intro’. Aku dan suami tak bercinta sebelum kahwin. Mesej pun jarang, call apatah lagi. Niatnya nak menjaga ikthilat. Dia jumpa family aku dan kami pun terus bertunang.
Jadi, dalam fasa bertunang tu lah aku berniat nak berkenalan dengan dia. Nak cuba untuk keluar dengan dia bertemankan mahram aku. Nak tahu perancangan masa depan dia, matlamat dia dan lain lain. Tapi, lain pula jadinya.
Dalam fasa bertunang tulah perbincangan hanya kepada persiapan perkahwinan. Waktu bertunang kami tak bincang tarikh nikah. Tapi, dia dan keluarga nya sibuk bincang tarikh nikah dalam fasa bertunang tu, aku pun bersetuju dalam terpaksa.
Aku betul betul tawakal. Aku istikharah, tapi rasa biasa saja. Makanya aku letakkan pada Allah. Jika Allah mudahkan perjalanan ke arah perkahwinan ini, maka adalah jodohnya.
Aku tak tahu kenapa aku tak boleh berkata tidak atau tak nak waktu tu. Aku masih tak kenal dia betul betul. Bila dia whatsapp bertanya khabar pun aku pernah rasa seperti takde mood nak layan. Tapi, di pihak dia pula,
“Oh maaf. Kerap pula whatsapp. Tak elok rasanya. Saya cuba untuk kurangkan ya”.
Aku pun hormat. Benar. Itu ikhtilat. Tapi…sebenarnya kalau perbincangan tu kepada perkahwinan, untuk cari keserasian, tiada masalah rasanya. Aku pun mula konfius… Dan aku tengah menikmati dengan keadaan bujang aku ketika itu. Sangat seronok bujang ketika itu.
Akhirnya, tarikh nikah dah dipersetujui kedua dua belah pihak. Tapi, 3 bulan sebelum majlis, aku tak buat persiapan apa apa. Akhirnya, Mak aku yang mulakan.
Jadi, bila dah tengok mak yang susah susah. Aku pun mulalah cari juga. Excited? Takde. Biasa saja rasa. Aku fikir mungkin ini ujian dalam fasa bertunang. Syaiitan kan suka menghalang kalau kita nak bina masjid.
Melihat keadaan tu, aku paksakan diri tanya matlamat dan perancangan masa depan dia. Bila dah jelas, dan dia pon boleh terima keadaan aku yang bekerja jauh, jadi aku pun ok saje lah. Tawakal kira dah setuju.
Salah 1 sebab aku bersetuju adalah, dia terima kerjaya aku di mana kami terpaksa ber PJJ selepas kahwin.
Untuk info, suami aku tu boleh dikategorikan orang orang beriman (yang wajib semua tak tinggal), seorang “ustaz” dekat sekolah dan universiti. Background sekolah agama, cuma dia tak hensem mana. Biasa biasa saja.
Aku cuba terima dia seadanya kerana agamanya. Insya Allah.
Fast forward, kami selamat diijab kabulkan. Ditaqdirkan seminggu lepas tu kerajaan umumkan PKP. Aku sudah pulang ke negeri tempat aku bekerja.
Jadi, bermulalah episod PJJ aku dan suami. Pada sebulan awal perkahwinan aku rasa okey saje. Suami bincangkan tentang nafkah, keizinan untuk keluar rumah dan lain lain perkara.
Tapi, satu yang buat aku kurang selesa, hampir hari hari suami minta gambar selfie. Aku fikirkan, takpelah tu suami kita. Ikut lah kehendaknya selagi tak berlanggar syarak.
Aku masih kurang selesa sebab kami tak berkenalan secara rapat sebelum kahwin. Masih tiada keserasian. Jadi dah berkahwin, perlulah mulakan step awal perkenalan.
Cari keserasian dan rasa selesa antara satu sama lain. Dah halal untuk berkomunikasi satu sama lain tanpa batas. Tapi, ikutlah step stepnya untuk bina perasaan tu.
Tapi, suami aku. Macam orang giila bayang pengantin baru. Daripada minta gambar selfie biasa, sibuk minta gambar selfie kenyit mata. Aku tak layankan permintaan dia. Dia minta lagi berkali kali.
Benda berlanjutan sampailah 2 bulan perkahwinan, dia asyik bercakap tentang kepuasan dia. Tentang nfsu dia dan lain lain. Ayatnya yang masih aku ingat sampai kini dan buatkan aku rasa geli pada dia.
Katanya, kalau dia whatsapp tu hanya sekadar nak “keep in touch” saja. Kalau call atau video call ni, bolehlah bagi kepuasan sikit pada dia. Sebab kita kan PJJ.
Maksud kepuasan dia adalah kepuasan nfsu syahwat ye. Aku macam. Ya Allah. Boleh tak dia fikir untuk sekurangnya lahirkan rasa selesa dan serasi dulu antara kita. Tak perlu nak pergi dalam lagi hal macam tu sangat.
Boleh, tapi tak perlulah nak cakap pasal nafsu syahwat saja. Erti perkahwinan ni lebih luas daripada tu. Bukan hanya untuk hubungan batin sahaja.
Dia cakap, nfsu syahwat juga perlu dijaga. Dia normal dan Allah juga yang hadirkan dia perasaan tu. Dia siap share video seorang ulama bercakap tentang perkahwinan. Rupanya dia nak tekankan pada aku tentang nfsu syahwat tu. Padahal, point tu 30 saat sajar dalam 10 minit punya video.
Aku nampak cara dia, dia mula gunakan agama untuk membenarkan cara dia pada aku. Tapi, cubalah faham situasi, kami ber PJJ dan tak boleh merentas negeri. Banyak topik lain boleh diborakkan untuk lahirkan rasa selesa antara satu sama lain dulu.
Aku masih layan dia seperti biasa dan cuba untuk panggil dia dengan perkataan “sayang”. Dia panggil aku “darling” itu pun selepas dia google katanya. Aku macam. Baiklah, itu pun nak kena google.
Lama lama aku panggil dia sayang tapi perangai dia makin menjadi jadi. Aku stop panggil sayang dan dia pula panggil aku dengan nama. Aku pun panggil dia dengan nama semula.
Dia pelik dan bertanya. “Kenapa panggil nama saja”. Aku jawab “dah awak panggil nama, saya panggillah nama”. Dia cakap. “Oh ingatkan awak ok saja saya panggil nama”.
Saya jawab, “memang saya ok awak panggil nama. Saya panggillah awak dengan nama juga. Awak tu yang tak ok” .
Dia pun cakap. “Ok taknak panggil nama dah sebab taknak awak panggil saya dengan nama.”
Pernah satu ketika pula, dia kata nak buat usrah dengan aku (masih dalam PKP). Pukul 9 pagi. Tapi ditaqdirkan pagi tu tempat kerja aku tengah panggil staff untuk short meeting.
Jadi aku terlepas pukul 9 pagi dan terlupa nak bagitahu dia. Lepas settle kerja dalam pukul 10 lebih, aku bagitahu dia dan ceritakan semuanya.
Aku terlupa. Dia merajuk. Sampai kata dekat aku sampai hati sebab lupa. Dia punya excited sampai dah buat persiapan nota semua.
Aku bukan sengaja, aku terlupa. Aku pun cadangkan buat esok pagi. Dia cakap nanti dia akan fikirkan. Akhirnya sampai sekarang memang takde dah usrah usrah tu. Hampeh.
Satu lagi insiden. Dia ada buat tempahan dari orang untuk lukiskan gambar perkahwinan kami. Lukisan tu macam lukisan kartun berwarna biasa saja. Bila dah siap, dia hantar pada aku gambar.
Dia cakap, “Nampak macam tak sama kan gambar kita yang dia lukis ni?” . Aku pun balas “takdelah. Ok saja. Cantik. Kenapa?”. “Oh, nampak macam tak cantik. Tolong saya buatkan ayat bagi feedback pada dia”.
Aku pun cakap “awak yang order dengan dia. Awak buatlah ayat. Cakaplah terima kasih, cantik lukisan ni.”
“Saya saje tadi buat ayat negatif bagi awak, supaya awak bersetuju dengan ayat saya tadi. Tapi awak puji pulak. Hehe” jawabnya.
“Lah, dah memang cantik, cakap sajalah cantik. Saya jujur orangnya. Awak lagi jahat terus cakap tak sama”.
“Saya takpe cakap macam tu” jawabnya. Aku tak tahu dia nak uji apa waktu tu. Macam takde point pon.
Dia nak buat cara, suami boleh buat apa saja, cakap apa saja. Isteri tak boleh. Kena patuh dan taat. Suami cakap A, isteri kena cakap A juga. Silap besar dia nak buat macam tu. Benda betul kena cakap betul. Benda salah cakap salah.
2 bulan lepas perkahwinan tu aku dah tak boleh terima layanan dia. Banyak sangat mendesak aku dan tak menghormati aku sebagai seorang wanita. Walaupun aku isteri dia.
Tapi, tolong hormat sebagai wanita. Wanita ni bukanlah alat pemuas nfsu saja dan boleh dipaksa paksa.
Betul sebagai suami isteri, dah halal untuk borakkan apa sahaja topik tanpa berlapik tapi cubalah letakkan wanita sebagai suri hati yang perlu dibimbing dan diberikan ilmu. Ini terlupa sikit, dah menghukum.
Tapi nak cakap bab tu, laju saja. Sampai dia pernah keluarkan ayat. Kalau aku dengan dia berjumpa dan tidur bersama, dia fikirkan tentang benda tu saja.
Sebab aku dan dia tak macam pasangan suami isteri lain, kami PJJ. Errmmm.. rendahnya martabat aku waktu dia cakap macam tu. Itu saja ke nilai aku pada dia.
Aku suarakan semua perbuatan dia yang aku tak suka. Aku rasa tak selesa, dan taknak buat. Contoh hantar gambar kenyit mata, kalau nak call, call malam malam saja dia nak. Sebab dia kata call malam perasaan lain sikit (maksud dia lebih puas nfsu dia tu) .
Geli aku dengar. Tak salah nak call malam tapi call siang pon boleh saja. Kalau betul nak berborak dengan isteri. Tak perlulah nak keluarkan ayat “puas” tu pada aku.
Bila aku suarakan, aku ingat dia akan akur dan nak ubah. Tapi, dia balas dengan hujah hujah agama dia. Katanya normal lah suami isteri berborak hal hal macam tu, cakap macam tu.
Dia pulak jenis slow. Sangat slow. Bila aku taip whatsapp panjang panjang pada dia, dia akan cakap.
“Saya tak selaju awak. Saya taip lambat, otak tak ligat, dan selalu typo”. Jadi aku diamkan semula. Dia minta aku faham kelemahan dia.
Tapi bab kelemahan aku, dia taknak pula terima. Aku pernah terlupa kejutkan dia sahur pun, dia merajuk terlebih. Aku katakan “insya Allah” untuk kejut dia sahur.
Esok nya dia perli aku dengan perkataan “insya Allah” tu. Katanya aku tak ambil serious dengan sebutan tu jadi Allah taqdirkan aku terlupa kejut dia. Eh eh, kalau dia susah nak bangun sahur, set lah alarm sendiri. Aku pun, bangun sendiri saja. Takde pun dia nak kejutkan.
Bila whatsapp dia kata balas slow. Jadi cuba bincang on call pula. Tapi dia jenis suka menyampuk bila orang bercakap. Aku tak habis cakap lagi dia dah sibuk nak menyampuk dan menyampuk. Sampai aku rasa malas nak bercakap dan berbincang. Aku dengarkan saja lah.
Selepas dari tu, aku balas setiap kata kata dia nak taknak saja. Aku dah mula rasa penat dengan dia. Cakap banyak, dia bagi alasan dia slow. Cakap sikit jugak bagi aku tenang. So aku memilih untuk kekal tenang.
Dalam 6 bulan perkahwinan, dia mula tak mendesak aku. Dia mula slow down dan minta maaf perbuatan dia yang macam giila pengantin baru.
Kami memang ber PJJ sepanjang tu. Jumpa waktu raya saja. Waktu jumpa pun aku rasa tak gembira langsung tengok dia. Patutnya rasa rindu, tapi aku? Rasa rimas.
Aku dah tawar hati pada dia. Takde sedikit pun rasa sayang, kasih, cinta. Ayat ayat dia yang dari awal cukup menusuk hati aku. Lebih sedih apabila dia nak guna hujah agama.
Betul semua dah halal tapi kena lah ada adabnya dalam nak berkata kata. Aku penat, tawar hati dan trauma nak berbaik semula dengan dia.
Sampai aku tengok orang lain boleh berkasih sayang dengan suami masing masing. Aku cemburu. Aku pun nak macam tu.
Tapi, aku dah rasa jiijik pada suami aku. Terlampau gelojoh dalam berkenalan. Tak boleh nak jaga nfsu yang 1 tu. Aku tak pernah bercinta, lelaki tak pernah berborak dengan aku macam tu.
Jadi, apa salahnya jika mulakan perkenalan dengan penuh kemanisan dan keselesaan. Berborak macam biasa. Kenapa nak bercakap tentang perkara yang tidak selesa.
Jika aku dambakan seorang lelaki yang menggatal macam tu, baik aku cari yang hensem dan gatal gatal. Sekurangnya aku tahu sikap orang tu memang macam tu.
Aku kesan suami aku ni seorang yang tak pandai berkomunikasi juga. Waktu malam pertama kami pun, dia terus nak terkam. Aku cakap, borak lah dulu. Tapi, dia boleh ceritakan tentang dia pernah putus tunang dulu kala.
Siap cerita persiapan nak kahwin semua dah ada tinggal nak kahwin tapi terputus sebab permintaan perempuan tu. Aku macam. Awkwardnya perbualan ni sekarang. Aku senyum saja lah. Takde apa nak respon.
Sekarang, perkahwinan kami nak masuk satu tahun. Aku masih kurang berkomunikasi dengan dia. Tak rasa bahagia, sayang dan cinta apatah lagi. Tengok muka dia pun aku rasa benci.
Tengok nama dia tertera di telefon pun aku jadi tak suka. Kami masih ber PJJ. Memikirkan untuk berpindah tinggal bersama dia pun, aku jadi takut dan tak seronok. Aku suarakan pada dia aku tak bahagia dengan perkahwinan ni.
Katanya, kalau Allah nak kurniakan bahagia tu, Allah akan kurniakan satu hari nanti. Then kalau kita sakit, kita tunggu saja lah sampai Allah kurniakan kesembuhan tu. Macam tu ke konsepnya.
Allah. Kadang aku tak reti nak berborak dengan orang pandai guna hujah agama tapi praktikal nya ke laut china selatan.
Untuk yang nak berkahwin di luar sana. Kenal lah betul betul pasangan. Betul perkenalan tu sepanjang masa. Tapi sekurang kurangnya kenali lah dia dalam sudut basic.
Macam aku, dia jenis bercakap suka menyampuk pun, aku tak tahu sebab aku tak pernah berborak depan depan dengan dia sebelum kahwin. Bawa kereta manual tak reti pun aku tak tahu, bawa kereta memang terkial kial. Tapi dia lawan hujah aku yang dia tak pernah kemalangan pun.
Baiklah begitu. Tolonglah kenali pasangan anda sekurangnya ada perasaan selesa tu. Aku sebelum kahwin memang kosong tak rasa apa. Sekali, tak boleh nak develop walau lepas kahwin atas sebab sebab ni.
Kalau ada perasaan cinta, aku rasa tak jadi isu pun semua perkara di atas. Tapi sebab tiada perasaan cinta tu dari awal dan telah tersalah langkah perkenalan tu maka rosaklah kemanisan tu.
Aku tak suruh korang bercinta keluar berdua sebelum kahwin tapi Islam itu indah. Hubungan yang mengarah ke perkahwinan, boleh keluar bersama dengan syarat bawa mahram. Itu salah satu proses berkenalan.
Tapi aku.. konon nak jadi macam ustazah dalam novel tak pernah melihat pasangan lah apa… akhirnya kecundang dengan sikap lelaki yang tidak disangka…. ujian buat aku.
Maaflah panjang. Aku tak pernah cerita pada sesiapa tentang ni. Mampu luah dalam ni saja. Kalau salah aku, aku mohon petunjuk dari Allah agar betulkanlah diri aku. Aku nak jadi isteri solehah.
Tapi, aku betul betul tawar hati. Doakan aku. Terima kasih.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: IIUM via news.allmhi