“Suami Lesap Bila Dapat 50K, Aku Nekad Cerai” Bila dapat panggila kata suami meninggal, ini aku jawap

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hai semua. First time nak tulis kisah hidup aku. Gabra la juga. Maaf lah jika penulisan berselerak dan sukar difahami tapi ambil lah kisahku dan jadikan teladan.. Dan panjang sikit cerita aku ini.

Aku perkenalan diri aku sebagai Mona. Aku seorang penjawat awam dan aku pernah mendirikan rumah tangga.

Aku berkenalan dengan S pada umurku 21 tahun, masa tu aku masih lagi belajar di sebuah institusi. Sebenarnya aku pernah couple dengan orang lain sebelum S selama 4 tahun. Bercinta bagaikan rak nak patah.

Haha, tapi last last dia kahwin dengan orang lain dan aku teramatlah kecewa. Dan aku bertekad untuk terima sesiapa sahaja yang aku kenal dan sedia untuk bernikah dengan ku kerana kekecewaan tu.

Dan satu hari tu, aku berkenalan dengan S melalui aplikasi Facebook. Dipendekkan, aku bercinta lah dengannya setahun dan aku nampak kesungguhannya untuk memperisterikan aku..

Nak dipendekkan cerita, aku dan S berkahwin. Aku tak terlalu mengenali S, dan apa yang aku nampak dia sangat baik melayani kerenah ku. Konon konon ingin bercinta selepas kahwin lah. Dan Bermula lah penderitaanku.

Di awal perkahwinan dalam usia 3 bulan perkahwinan ku, S kantoi curang dengan seorang wanita. Sebenarnya aku tengah mengemas rumah dan terjumpa hp diatas almari aku pelik kerana aku tak pernah melihat hp tersebut.

Jadi aku buka la hp tersebut dan aku terkejut. Bukan seorang tetapi 2 orang. Seorang pelajar dan seorang lagi adalah guru, kecewanya hati aku ya Allah. Aku hanya sempat ambil satu nombor sahaja.

Lagi satu aku tak sempat sebab dia nampak aku pegang hp tersebut. Kami gaduh dan dengan sengaja aku lemparkan hp tersebut ke dinding sehingga pecah kerana dia cuba merampas nya dariku.

Aku cuba untuk dapatkan sim kad tapi dipatahkannya. Dan disitu lah barannya kelihatan. Aku di pukul. Ditampar sehingga pecah bibirku.

Dan disaat pergaduhan tu, S mohon maaf dan ampun kepada ku dan berjanji tidak akan mengulang lagi. Dalam keadaan berdrah dan tangisan kami saling bermaafan.

S juga seorang yang kuat cemburu. Pernah dia datang ke tempat kerjaku dan menyerang pekerja di tempat kerja aku kerana aku outstation. Pendek kata dia nak aku di depan mata nya sahaja..

Pernah aku jumpa orang atasan untuk meletakkan jawatanku kerana aku tak tahan dengan tekanan yang diberikan kepada ku dan tambahan aku malu berhadapan dengan staff yang lain.

Setiap kali dia melakukan kesalahan setiap kali itulah dia memohon kemaafan kepada ku. Dan seolah aku di pukau dengan kemaafan tersebut biar pun aku kerap dilukai dan disakiti.

Sambung cerita tadi, dalam diam aku mulai menghubungi pelajar tersebut dengan niat untuk mengetahui cerita di sebaliknya. Aku namakan sebagai P (pelajar). Aku mulai berhubung dengannya..

Aku mengatakan yang usia perkahwinan kami masih baru, aku berharap Si P mengundurkan diri. Si P cerita kepada ku yang S pernah datang ke rumahnya untuk meminang P tetapi ditolak oleh ibu bapa Si P kerana Si P Masih muda.

Owh lupa S dah berusia 32 tahun dan P hanya berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama Si P juga tahu akan hubungan Si S dan Si G (guru) dan S telah meninggalkan Si G kerana Si P.

Jadi disitu aku merasa sedikit tenang. Aku maafkan S dan aku bagi peluang kepada hatiKu untuk menerima dia.

Satu hari, Si S mengajak aku untuk membuat pinjaman persendirian sebanyak 50k. Dan seperti dipukau, aku angguk.

Aku buat loan tersebut, sebahagiaan duit tersebut aku buat melancong dengan S. Dan selebihnya wang tersebut Si S yang pegang. Aku? Langsung tiada apa yang aku dapat.

Dan disini lah cerita kedua bermula, disaat usia perkahwinan kami memasuki 6 bulan.

Si S kerap outstation, dan aku sendirian di rumah tanpa mengesyaki apa apa sehingga lah hampir 2 bulan Si S tidak pulang.

Aku jadi risau, aku jadi hilang arah. Aku hubungi nombor dia tiada sesiapa yang angkat. Banyak kali aku usaha menghubunginya sehingga lah seorang wanita mengangkat pangilan ku.

Aku jadi bingung, aku cakap aku nak bercakap dengan suami ku dan wanita tersebut mengatakan yang hp suamiku padanya dan suamiku tidak mahu bercakap dengan ku. Ya Allah, sedihnya aku disaat itu. Hatiku seperti di koyak..

Setelah hampir 2 bulan aku tenang kan hati, aku buat solat taubat, hajat dan istikharah dan aku ke mahkamah untuk memohon pencerraian.

Aku hubungi kembali no hp suamiku dan seperti yang sudah diketahui, wanita tersebut mengangkat panggilan ku. Aku cuma beritahu supaya hadir ke mahkamah untuk prosedur pencerraian.

Dan hari perbicaraan bermula, S bawa perempuan tersebut ke mahkamah. Cuma perempuan tersebut hanya duduk dalam kereta, saat itu aku nampak S. Seolah aku sangat merinduinya. Menitis airmata ku.

Aku tanya, apa salah ku sehingga dia perlakukan aku begitu. Dia diam. Dan mahkamah bermula. Dan dia tidak ingin melepaskan ku dan dia tidak mahu mencerraikan ku dan akan menjadikan proses ini berpanjangan.

Aku jadi sebak. Aku tak tahu perasaan aku ketika itu. Dan mahkamah di tangguhkan..

Sepanjang penangguhan mahkamah, aku tidak pernah berhenti untuk solat hajat taubat dan istikharah. Aku Mohon kepada Allah, Permudahkan urusan ku. Permudahkan kehidupan ku. Jangan persulitkan jika ianya terbaik buatku.

Aku minta doa daripada ibu bapa ku. Aku banyak kan sedekah dan setiap sedekah aku Mohon penerima doakan aku dipermudahkan segala urusan. Allah, mengalir airmata bila di ingatkan..

Dan suatu hari, aku terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.. Aku tergerak untuk angkat.

“Kakkkkkk.. S dah meninggal, dia jatuh rebah dan tak sedar kan diri..”

Dan entah dari mana kekuatan ketika itu.. Aku cakap.

“Iyeke? Tak pelah. Kamu uruskan lah dia seperti mana kamu ambil dia daripada saya dahulu tapi saya cuma mahukan sijil kem4tian..”

Dan aku letak hp..

Ketika itu, seolah batu yang besar menindih dada aku terjatuh dan ajaibnya langsung tiasa setitikpun airmata jatuh, cuma kelegaan..

Selepas pengurusan itu, perempuan tersebut hubungi aku untuk menyerahkan surat kem4tian dan ingin berjumpa dengan ku.

Aku terima dan berjumpa dengannya. Dia ingin bercerita tentang hubungan mereka dan aku katakan yang aku tidak mahu mendengar dan aku cuma mahukan surat m4ti sahaja..

Dan sebelum beredar, aku tanya. Adakah kamu sudah berkahwin dengannya?

Dan jawapan seperti yang ku duga. Mereka tidak berkahwin dan tinggal serumah bersama. Aku bangun, tinggalkannya. Perasaan ku? Entah. Aku sendiri pun tak tahu..

Kini sudah Genap 7 tahun cerita ini dalam hidupku dan tidak pernah aku jejakkan kaki ku ke kuburnya dan mungkin itu yang terbaik DEMI KEMAAFAN DARIKU..

Dan kini usiaku 28 tahun dan aku masih lagi sendiri. Masih belum terbuka hatiku untuk menerima lelaki dalam hidupku..

Bukan aku tidak mencuba, tapi memang aku tidak boleh. Seolah aku trauma dan takut berulang kembali dan aku tidak mahu megulangi perasaan tersebut.

Doakan kebahagiaan aku ye sahabat, dan terima kasih membaca cerita ku.

Reaksi warganet

Lili Alias –

Hebat prinsip puan. Bila hati terlalu disakiti jnazah pun tak ingin diuruskn dan kubur pun tak ingin dijejaki. Moga puan Allah temukan jodoh lagi dengan suami yang pndai menghargai puan dan berbahagia sepanjang hidup puan. Aamiin

Radin Arishah –

Dah susahkan isteri, mintak cerrai tak nak. Bila isteri doa mohon dipermudahkan, memang dimakbulkan. Mudah sungguh, mti terus. Doa orang teraniaya memang mustajab.

Nur Atikah Shaari –

Dah ada niat tu nak proses percerraian dipanjangkan. Sekali Allah Maha Kuasa Dia tarik nyawa dalam keadaan macam tu.

Nauzubillahi min zalik. Janganla kita jumpa Allah dalam keadaan bermaksiat. Semoga puan kuat, dibukakan hati dan di kurniakan suami soleh dan zuriat yang soleh dan solehah.

Norlaila Mohd Din –

Begitu lah cara terbaik. Apa saja masalah kita mohon dengan Tuhan. Cara anda sangat tepat. Memberi contoh dan semangat kepada yang lain, saya sokong anda.

Ila Azilah –

Walau perkara ni dah lama terjadi dan trauma masih wujud dalam hati, memang pemberian maaf sangat sangat tak mudah untuk diberi.

Dan untuk terima orang baru dalam hidup pon sangat berhati hati. Ermmm aku sangat faham keadaan ni.

Semoga sis tabah dalam menghadapi hari mendatang dan bersangka baik dengan Allah. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnye. Insyaallah Allah ada kebahagian di hujung ujian ni.

Nor Zubaidah –

Moga terus kuat, usah takut dik. Ramai je kawan kawan akak kawin kali kedua bahagia

dan ramai je lelaki baik di dunia ni

doalah kepadaNya.

Sementara masih muda , eloklah kawin. Cuma siasat la betul betul dulu sebelum kawin. Jangan tergesa gesa. Ikut frasa lah senang cerita, merisik, bertunang dan kawin.

Jangan lupa pi KWSP claim duit, atleast dapat clear hutang 50 k tu. Huhu. Big hug, keeep strong.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih

Sumber – Cik Mona (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia