“Suami Save Contact Number Ex Dia As MY LOVE” Nafkah zahir hanyut, tapi bila nafkah batin…..

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum min..harap min dapat siaran post saya dan hide my profile ye. Thanks min. Dan saya harap korang boleh bagi kata2 positif untuk saya kuat. tolong jangan kecam saya. Saya menikah dengan suami pada 1/3/2020. dan sekarang kami duduk berasingan atas faktor kerja dan family.

Saya tinggal di hostel dan suami tinggal di rumah family dia. jarak perjalan dari rumah dia ke hostel saya dalam 40-45minit. buat pengetahuan korang jarak perbezaan usia kami 5 tahun. dia 20 tahun. Saya 25tahun..

Saya nak minta pendapat korang tentang suami saya, Suami culas untuk bagi saya nafkah zahir, Nafkah batin pulak, kalo dia rasa dia nak, dia akan amik saya balik ke rumah family dia. tu pn sebulan sekali atau 2 kali sahaja, 23/4 saya tergerak hati nak cek phone dia masa dia tengah tidur.

Saya cek wasap dia. dia still chat dengan bekas tunang dia sampai kan siap cakap dia kerja sebab nak cari duit hantaran dan nak menghalalkan dia. Setiap hari dan setiap masa diaorg berchat bile ada masa, siap update nak gerak pergi kerja dulu, baru sampai rumah, bagi gambar semua. media(GAMBAR) diaorg je 300+.

Allah je yang tahu bertapa sakitnya hati saya bile baca chat suami saya dan bekas tunang dia. i love u, i miss u setiap hari. voice manja2. sedangkan dengan saya, suami hanya chat seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Tu belum lagi saya minta gambar wajah dia, dia akan cakap TAK ADA, TAK ADA. tu belum lagi kena maki dan hina dri dia. Dia save contact number ex dia as MY LOVE, sedangkan number saya dia tak save dan dia siap pin lagi no tu dkt wasap so kalau chat masuk dia akan nampak chat ex dia dulu

Salah ke cara saya kalau saya pindah ke tempat lain tanpa pengetahuan suami , sebab saya rasa saya tak dihargai sangat2 dekat sini. Rasa dikhianati dan dianiaya suami sendiri dan kadang2 saya fikir saya hanya jadi alat pemuas nafsu dia sahaja.

Saya sakit pun dia tak amik kisah. tak amik tahu. Bile saya ada duit baru dia akan layan saya baik2. bila saya pokai, dia layan saya macam sampah. Apa yang perlu saya lakukan?

Dulu masa bercinta indah sangat2. selalu on call dengan saya. Sekarang nak dia on call dengan saya takkn mungkin tapi bile dengan ex dia. Selalu ada masa call.

Vc chat dari bangun tido smpai pkul 3 pagi. kenapa dia perlu kejam dengan saya ?harap korang bagi komen2 yang positif untuk saya. jangan kecam saya. sebab saya dah cukup tersiksa dengan situasi yang saya lalui sekarang. untuk bercerai saya rasa tak mungkin, sebab dia takkan lepaskan saya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: krt via news.allmhi