“Suami Saya Hanya Tahu Minta Saya Melayaninya. Apabila Saya Tolak, Beliau Terus Dingin Dan Tidak Tidur Bersama Saya” Kemuncaknya kami…
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Nama aku Hani, seorang isteri yang berusia 30an. Mempunyai seorang suami bernama Hazran yang berusia 32 tahun. Saya juga mempunyai tiga orang cahaya mata. Saya dan suami bekerja dalam sektor kerajaan di mana saya berkhidmat dalam bidang pendidikan dan berjawatan DG41. Suami pula under JPA dengan memegang jawatan N17.
Kisah bermula ketika saya mula berkhidmat dalam bidang pendidikan. Sewaktu kami tinggal di rumah sewa dua tingkat, suami menyatakan beliau tidak mahu duduk menyewa. Beliau mahu membeli rumah sendiri, lalu beliau meminta saya membuat pinjaman perumahan kerajaan atas nama saya (kami tidak join loan, kerana waktu itu gaji saya lepas untuk memiliki rumah tersebut). Beliau mengatakan tidak mahu rumah teres (rumah teres rapat2 katanya) Beliau mahu rumah yang ada tanah sikit. Lalu kami bersetuju membeli rumah berkembar.
Setelah dapat kunci, mestilah kami mahu ubah suai rumah dan beli keperluan untuk masuk rumah baru. Maka saya buat personal loan. Kemudian suami kata tidak cukup. Maka saya terp4ksa buat pinjaman sekali lagi. Sewaktu itu, suami berjanji akan menampung separuh bayaran bulanan tersebut. Personal loan sebelum ini, bulanannya RM400, kemudian yang terbaru jadi RM700. Suami berjanji akan topup sebanyak RM300. Saya bersetuju. Setelah menduduki rumah baharu, saya seolah terkejut terlalu banyak komitmen dalam slip gaji saya . Ansuran rumah tiap bulan sebanyak RM1400, Personal Loan RM700 dan kereta RM800.
Hari demi hari, hutang tersebut akan ditol4k dari gaji saya. Suami tidak memberikan topup RM300 utk back up komitmen saya. Saya juga tidak mintak. Saya hanya beranggapan dia faham. Saya tahu dia bergaji kecik. Kadang-kadang kami tidak ada duit nak makan. Untuk pengetahuan, saya juga buat po tongan gaji untuk insurans anak-anak. Kadang-kadang saya terfikir untuk jual sahaja rumah ini. Setelah 7 tahun berkahwin, suami kadang-kadang sahaja menghulurkan duit bulanan kepada sy. Dia tidak bertanya sama ada gaji sy cukup atau tidak, dia tidak bertanya sama ada saya memerlukan duit untuk membeli barang peribadi atau tidak. Dia beranggapan saya banyak duit. Sedangkan saya cukup-cukup makan
Suami saya hanya tahu minta saya melayaninya. Beliau langsung tidak memahami penat saya bekerja seharian. Setiap hari saya balik lewat dari sekolah. Apabila saya tolak, beliau terus dingin dan tidak tidur bersama saya. Beliau akan tidur diluar atau dibilik lain. Beliau akan terus menyal4hkan saya, dan tidak tidur bersama saya. Dengan beban komitmen dan penat otak, saya tertidur bersama anak kecil sy kerana menunggunya masuk ke dalam bilik. Beliau akan terus diam dan tidak bercakap hanya kerana saya tidak melayaninya.
Kemuncaknya, kami bergadvh. Saya tidak bayar kereta selama tiga bulan dengan harapan dia akan bayar kereta itu. Sehinggalah suatu hari ada orang datang tanya pasal kereta, saya tahu dia nak tarik kereta saya. Saya maklumkan pada suami, suami hanya mengutvk sy kenapa beri orang itu masuk ke parking. Beliau mengatakan saya b*d*h kerana saya membenarkan orang tersebut masuk ke pagar sy. Padahal ketika itu saya tahu orang itu dari pihak bank, yang membawa segala bukti mengatakan saya tidak bayar kereta. Dan waktu siang. Saya meminta suami jelaskan, tetapi beliau senang menjawab abang takde duit. Nak tarik, tariklah. Saya sangat mar4h kerana suami tidak ada rasa bertanggungjawab.
Akhirnya, saya usaha keluarkan simpanan saya dan saya bayar sendiri. Kemudian barulah suami seolah-olah mahu berbaik dengan saya. Apabila kami berg4duh, saya akan ungkit semuanya. Suami cakap saya asyik mengungkit, dan bertanya kepada saya sama ada saya ingin berpis4h dengannya. Suami langsung tak beri kesenangan pada saya. Saya cemburu melihat orang lain dilimpahi kemewahan oleh suami mereka. Sedangkan sy berusaha sekerasnya untuk puaskan diri sendiri. Saya lihat kebanyakkan suami, menyenangkan isteri. Saya seolah menyesal dengan kehidupan saya bersama suami.
Saya ingin bercer4i, tetapi memikirkan anak dan saya tidak pandai membawa diri seorang diri tanpa suami. Entahlah, saya buntu dengan keadaan sekarang.
Suami langsung tak faham saya. Apa yang dia tahu hanya melayaninya. Sedangkan otak saya penat memikirkan kerja dan komitmen lain. Dan apabila saya tidak layan, dia akan terus menghukvm saya dan menyal4hkan sy dan bersikap dingin. Saya sedih
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: IIUMC via news.allmhi