“Suami Seorang Yang Baik Dari Segi Fizikal, Tetapi Dia Mendera Saya Secara Emosi Dan Batin” Kami terpaksa berlakon seperti pasangan normal kerana ingin menjaga hati keluarga.

Foto sekadar hiasan

SUAMIKU SONGSANG

Assalamualaikum admin.

Maaf kerana guna fake account tapi saya tak punya kekuatan utk guna identiti sendiri. Saya sangat buntu dan perlukan bantuan admin dan readers untuk bantu saya jika ada yang berpengalaman dan ikhlas membantu.

Saya perkenalkan diri saya sebagai A, berasal dari selatan tanah air. Baru sahaja mendirikan rumahtangga awal tahun ini. Usia perkahwinan baru beberapa bulan namun hari-hari hidup berendam air mata. Perit sungguh ujian ini, hanya Allah sebagai saksi. Untuk saya ringkaskan cerita, saya found out yang suami yang saya nikahi atas dasar cinta, yang saya kasihi sepenuh jiwa raga saya sebenarnya bernafsukan songsang.

Saya dapat tahu lebih kurang dua bulan yang lepas. Namun rasa suspicious kepada suami bermula seawal sebulan perkahwinan kerana saya tidak disentuh dia biarpun bermacam usaha telah saya lakukan. Suami hanya mengaku bahawa dia bernaluri songsang setelah saya terbaca whatsapp dia.

Allahu, remuk hati ini Allah saja yang tahu. Suami saya ini seorang lelaki yang sangat baik, sangat berbudi pekerti, solat lima waktu tak pernah ditinggalkan, malah ibu mertua saya selalu memuji bahawa suami saya ini memang anak yg paling baik dan tak menimbulkan masalah. Tapi ujian apa yang Allah titipkan pada saya ini. Suami saya menyukai kaum sejenis. No wonder lah saya langsung tak dipandang dan tidak disentuh.

Saya dah confronted suami dan sanggup bersama dia dalam usaha dia untuk berubah. Saya suggest kepada dia utk ikuti sesi kaunseling namun dia enggan atas alasan malu. Berkali-kali saya memujuk dia utk berusaha cara perubatan psikologi mahupun perubatan alternatif namun semuanya ditolak dia kerana bimbang diketahui orang lain.

Suami saya ni sangat baik, nafkah zahir tak pernah diabaikan. Jangankan mengasari, menengking saya pun dia tak pernah buat. Tapi nafkah batin memang tak pernah diberi. Dia cuma boleh kiss saya, itupun saya yang kena initiate. Kalau saya minta dia try to do more, dia akan menolak.

Memang suami saya tak pernah mengasari saya secara fizikal tetapi dia sebenarnya mendera saya secara emosi dan batin. Perit dan sakitnya hati ini cukuplah Allah sebagai saksi utk setiap air mata yang tumpah. Di depan semua orang, kami berlagak seperti pasangan normal kerana ingin menjaga hati keluarga. Hakikatnya, saya menangis di dalam hati. 

Bukan tidak pernah terlintas utk menuntut fasakh tapi mengenangkan keluarga mertua yang sangat sangat baik hati apatah lagi dalam keadaan ibu bapa mertua yang tidak tahu suami bernafsu songsang, saya terpaksa melupakan niat menuntut fasakh.Pada saya, biarlah derita ini saya tanggung seorang diri daripada melukakan hati banyak orang. Suami berjanji untuk berubah tapi sudah dua bulan, keadaannya masih sama. Saya masih lagi suci biarpun usia perkahwinan sudah berbulan bulan.

Derita ini saya pendam seorang diri, segala rasa kecewa, sedih, terluka saya hamburkan pada Allah yang Maha Mendengar.

Saya berdoa tanpa jemu supaya Allah menghilangkan naluri songsang suami dan membuka pintu hati suami untuk mencintai dan melayani saya sebagai isterinya yang sah.

Kepada geng kunyit di luar sana, saya mohon sepenuh hati jangan dianiaya wanita seperti kami yang berusaha menjaga kesucian diri.

Nothing is more painful than being betrayed by someone you love wholeheartedly.

Ingatlah, perempuan yang kamu nikahi itu adalah seorang anak perempuan yang dijaga rapi oleh ibubapanya supaya dia menjadi wanita solehah.Apa ertinya pernikahan kalau cuma utk mengaburi mata orang lain atas kelemahan sendiri.Jangan dikhianati masjid yang dibina atas lafaz suci.

Kepada followers KRT yang ada pengalaman atau nasihat yang boleh membantu saya dan suami, saya alu-alukan. Mohon doakan suami saya agar dia benar-benar insaf, berubah dan tidak mengikut naluri songsangnya.Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT