Subhanallah! Inilah Pesanan Rasul Bagi Mereka Yang Memiliki Dua Anak Perempuan.

Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Taala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan.



Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniakan anak perempuan. Padahal kehadiran kanak-kanak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah.



Al
Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab sahihnya dengan
tajuk Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan.

Pertama.

Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apa-apa kecuali satu buah kurma. Lalu akau berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita
itu menerima kurma tersebut dan membahaginya menjadi dua untuk
diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut
memakannya.
Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah
itu Nabi shallallahu alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan
peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu alaii wa sallam
bersabda, Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia
berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan
menjadi penghalang dari

Kedua.

Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga buah kurma. Kemudian
dia memberi untuk anaknya masing-masing satu buah kurma, dan satu kurma
hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.
Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Ketiga.

Barangsiapa yang mengayomi dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku. (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau).

Hadis-hadis di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam.

Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika mempunyai anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam
An Nawawi rahimahullah menjelaskan, Anak perempuan disebut sebgai
ibtilaa (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka.

Dan
apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak
perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah, Ia
menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita
yang disampaikan kepadanya.
Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.

Yang dimaksud mengayomi anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain.

Saudaraku,
lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran
khusus bagi orang tua yang mau mengayomi anak-anak perempuan mereka.
Semoga Allah Taala senantiasa memberikan kita keturunan yang soleh dan solehah.

sumber: