“Sungguh Ajaib Sedekah Subuh” Dalam tak sedar 2 hutang 4 angka dapat diselesaikan
Foto sekadar hiasan. Salam Ramadhan semua. Hari ni aku nak share tentang Ajaibnya Sedekah Subuh.
Di Fb banyak yang dah share tentang amalan sedekah subuh ni. Aku tak pernah amal pun, tahun2 sebelum ni. Tapi bila aku join circle Cikgu Nora Yusof, ada daily task yang diajar, salah satunya adalah sedekah Subuh.
Memula aku buat sorang start awal tahun hari ni. Takda magik apa pun cumanya dah jadi habit baru, lepas solat subuh, aku akan cari tabung.
Aku pilih 1 nilai yang aku mampu untuk istiqamah buat setiap hari. Aku tak harapkan magik apa apa pun cuma berdoa dipanjangkan pahala ni untuk Abah, aruah mak aku, suami dan anak anak aku.
Rupanya, dalam tak sedar, aku dapat selesaikan 2 hutang tertunggak yang masing masing berjumlah 4 angka. Allah lorongkan cara yang mudah dan masalah dapat diselesaikan. Allah bagi rezeki dalam bentuk hati tenang dan minda waras untuk cari jalan keluar.
Kalau ikutkan rasional ekonomi aku ni macam mustahil nak selesaikan hutang tu dalam masa terdekat.
Tapi macam aku pernah kata, Allah nak bagi rezeki sekelip mata dia boleh bagi dan kalau nak tarik rezeki yang ada, sekelip mata juga kita akan hilang segala galanya. Aku percaya semua ni dari Allah.
Bila aku dah rasa keajaiban ni, aku panjangkan amalan ni kepada suami dan anak-anak aku. Tak dapat masuk duit kertas, duit syiling pun takpa. Asalkan istiqamah hari-hari.
Dan Ramadhan kali ni sangat istimewa, aku dapat keajaiban lagi. Sejak perkahwinan kedua aku ni, tak pernah sekali suami aku menjadi imam. Solat 5 waktu pun tak pernah. Sedih memang sedih tapi aku percaya hati manusia Allah yang pegang.
Salah satu doa aku, Ya Allah ya Tuhanku, berilah taufik dan hidayahmu kepada suamiku untuk menjadi imamku dan memimpinku ke JannahMu. Allah maha pengasih, dia maqbulkan doa aku dalam bulan yang berkat ini, allahuakbar.
Allah maha berkuasa, sekelip mata dia ubah hati keras suami aku yang bertahun tahun aku hadap karenahnya yang culas solat. Hati aku menjadi tenang setenangnya. Indah sungguh perasaan ini.
Last but not least, ada satu keajaiban yang aku rasa patut share dengan korang, dulu bila jadi single mum dengan anak anak yang sedang membesar, komitmen jadi tinggi tetiba, struggling sangat, aku memang sentiasa ada perasaan “takut tidak cukup”.
So aku jadi takut nak memberi sampaikan dengan anak-anak pun aku berkira. Risau tidak cukup makan. Aku letakkan diri aku dalam situasi tidak mampu memberi. Tapi sekarang, tidak lagi. Lagi aku rasa bulan ni banyak komitmen yang perlu dibayar, lagi banyak aku memberi.
Allah kurniakan perasaan “sentiasa cukup” dan tidak sayangkan dengan apa yang aku beri atau sedekah. Allahuakbar, indah sungguh perasaan ini.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa:
“Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)
Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jiihad kita di dunia.
Dan jangan biarkan ada satu pagi pun yang berlalu tanpa bersedekah sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.
Reaksi warganet
Kisz Qiss –Sama sis, saya siap buat favourite untuk badan badan amal kat online banking, jadi setiap hari saya akan pilih mana mana yang dah save untuk sedekah selepas solat subuh dan akan tambah favourite bila jumpa yang lain. Doakan saya istiqamah dalam bersedekah ni.
Syuriya Ijai –Alhamdulillah, macam saya surirumah memang setiap subuh akan transfer ke akaun tertentu. Niat atau doa saya agar rumahtangga harmoni, permudahkan melangsaikan hutang, urusan perkerjaan suami dipermudahkan, kami anak2 dan ibu sentiasa sihat coz suami kerja PJJ.
Alhamdulillah selama amalkan semue urusan dipermudahkan. Hutang pun mudah dilangsaikan rezeki tak disangka banyak datang. Kadang bile sebut je mesti ade orang bagi walaupun just cakap dalam hati. Alhamdulillah…
Ellyuna Rose –Macam ni, lepas Subuh biasanya malaikat akan turun ke bumi. Malaikat akan mendoakan sape2 yang bersedekah subuh dan besar pahalanya.
Sediakan satu tabung khas untuk sedekah subuh.. RM1 setiap pagi pon dah ok. Bila rasa dah cukup sebulan bolehlah pergi masukkan dalam tabung masjid atau tempat tempat yang memerlukan.
Cara saya setiap pagi saya masuk dalam tabung. Musim2 PKP tak keluar rumah jadi kalo dah smpai sebulan saya akan keluarkan dan kira jumlah. Lepas tu saya akan transfer duit sebanyak tu untuk mane2 badan kebajikan.
Duit yang kat tangan tu saya akan rotate balik untuk subuh2 akan datang. Jika ibu bapa yang bagi duit saku untuk ank2 ke sekolah tu pon dah dikira sedekah subuh. Semoga amal ibadah kita semua diterima Allah untuk dijadikan bekalan akhirat 🤲🤲🤲
Faida Annaila –Alhamdulillah, Saya sudah amalkan. Bulan ini masuk bulan yang ke 3 saya istiqamah dengan amalan ini .
Cara saya , sediakan 1 tabung dan tabung tu saya simpan kat bilik. Setiap hari waktu subuh sebaiknya sebelum buat apa2 aktiviti , Saya akan masukan duit dalam tabung disertakan dengan doa dan hajat saya. Nilai sedekah itu terpulang pada kemampuan kita yang penting dapat lakukan setiap hari .
Dan setiap hujug bulan saya akan buka tabung tu dan nilai duit yang terkumpul itu saya infak pada yang memerlukan. Kalau saya lebih prefer amalan sedekah cara wakaf al quran atau telekung dekat masjid or mana mana NGO yang memerlukan. Bagi saya selagi mana apa yang kita wakafkan itu orang gunakan selama itu juga kita dapat berkat pahalanya. Wallahuaklam ..
Beramall walaupun pekara kecil tapi istiqamah , itu lebih baik kan . Semoga redha Allah sentiasa bersama kita .
Mh Hahn –Islam cakap sedekah untuk jadi kaya. Kapitalis cakap menabung atau melabur baru kaya. Tetapi sayangnya kita sebagai Muslim lebih percaya kepada janji2 ejen2 pelaburan dari janji Allah.
Perkara berkenaan hikmah bersedekah ni sukar nak digambarkan atau buat orang percaya tetapi percayalah saudara seiman, selagi tak cuba takkan tahu. Bila dah cuba, rasa Subhanallah, magic.
Pengalaman saya bersedekah, rezeki jadi tak putus2 dan seperti mana surah Ath-Thalaq [65]: 2-3, “datang dari arah tak disangka”.
Antara pengalaman magic saya sampai sekarang,
1. Sedekah di bulan ramadhan dengan satu jumlah ni, rasa berat sangat hati sebab 1/3 gaji tapi tawakal sebab percaya kepada janji Allah (mula2 nk belajar sedekah).
Sebelum raya tanpa disangka company kasi bonus tepat jumlah yang saya derma.(1st year kerja) Subhanallah. Saya sungguh tak caya time ni.
2. Ramadhan tahun depan, keluarkan sedekah jumlah yang sama. Dalam hati rasa bonus burn untuk sedekah. Ada gak rasa perasaan negatif macam “eh .. macam2 leh buat dengan bonus tu” tapi takpa, percaya dengan janji Allah untuk lipatkan rezeki orang bersedekah. Bila time bonus rupanya tahun itu dapat extra dari tahun lepas. Subhanallah.
3. Duit simpanan makin susut. Rasa dah tak nampak jalan nak datang rezeki since kerja makan gaji. Gaji tetap. Elok ja baru rasa nak sesak takda duit, tetiba baru tahu rupanya insurans yang parents ambik dari saya remaja ada simpanan. Tahu pon kebetulan nak cancel 1 polisi since saya ada 2 polisi. Duit masuk semula.
4. Duit simpanan insurans dah habis. Dok gelak dan sinis gak kekadang terfikir macam mana lah nak datang rezeki lagi. tak nampak mana arah dah. Tetiba jadi PKP, KWSP kasi keluar duit rm500 x 12bulan. Monatarium dapat extra cash dan dalam masa sama LHDN kasi RM 1K. Subhanallah. Ada balik duit nak rolling.
Tu lah sedikit yang saya nak kongsi dari amalan bersedekah saya. Sampai sekarang ada ja “magic” yang jadi. Ni pengalaman saya sendiri. Letih dah taip. Tapi apa yg nk cakap, PERCAYA LAH JANJI ALLAH. BUKAN janji saya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber – Hamba Allah yang bahagia dalam kesederhanaan (Bukan nama sebenar) Via IIUMC via edisimedia