“Tak Tahu Lah Anak2 Aku Ni Sibuk Kawin Dengan Orang Negeri. Semua Tak Nak Jaga Aku” Baik aku duk rumah org2 tua je

Foto sekadar hiasan.

Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Bercinta tak lama, sebelum ni pun tak pernah nak bercinta dengan sesiapa.

Berkawan tu adalah. Dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan suami yang sekarang ni.

3 bulan pertama berkahwin semuanya berjalan lancar. Bahagia. Segalanya berubah bila ada campur tangan pihak ketiga dalam rumah tangga kami tak lain tak bukan mak mentua yang dikasihi.

Aku anak kedua dari tiga beradik perempuan semuanya. Ayah aku adalah pesara kerajaan manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa.

Kami datang dari keluarga yang sederhana dari segala segi walaupun ayah aku lebih dari mampu. Dah terbiasa seadanya.

Ayah jenis yang bertanggungjawab, tak pernah lagi kami adik beradik bercatu makan.

Ini adalah kerana disebabkan sikap ibu dan ayah yang gemar berjimat cermat. Kami jarang makan di luar, sangat jarang.

Kalau berjalan jauh kami lebih selesa makan bekalan yang dimasak dari rumah sahaja. Dah terbiasa.

Oh, lupa kami berasal dari negeri yang terkenal dengan adat, adat perpatih. Berbeza dengan keluarga suami yang berasal dari keluarga yang biasa biasa berasal dari selatan tanah air.

Ayahnya bekerja kampung manakala ibu pula menjual kuih muih bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Mempunyai 6 adik beradik, 4 lelaki dan 2 perempuan. Suamiku anak yang ke-4 dan merupakan anak kesayangan bondanya.

Aku menerima lamaran suamiku setelah berbincang dengan ayah. Ayah aku merestuinya.

Ayah dan ibu tidak pernah memaksa kami adik beradik untuk membuat sesuatu keputusan tetapi sebaliknya ayah dan ibu lebih gemar memberi pandangan mereka dan kami sendiri membuat penilaian dan keputusan.

Sekiranya perlu, barulah ayah dan ibu campur tangan tapi amat jarang sekali. Itu menjadikan kami, anak anak lebih berdikari.

Keluarga aku mencadangkan tidak perlu bertunang, terus buat majlis nikah yang ringkas dan kenduri.

Wang hantaran ayahku minta ikut kemampuan pihak lelaki. Tak perlu sampai buat personal loan untuk kenduri kahwin memandangkan ayah ku tahu kedudukan keluarga sebelah suami.

Namun ibu mentua yang beria sangat menetapkan jumlah wang hantaran sendiri memandangkan kata dia aku berkelulusan ijazah. Dengan rela hati keluarga suami menawarkan hantaran RM10,000.

Cadangan ayah untuk buat kenduri sekali dengan pihak lelaki juga ditolak mentah mentah.

Ayah concern dengan perbelanjaan perkahwinan pihak lelaki. Tak apalah itu kehendak mereka. Ikut aja.

Aku tak tahu rupanya ada konflik, untuk majlis perkahwinan kami antara pihak mentua dan ibu ayah aku.

Senyap senyap ibu mentua berjumpa dengan ibu dan ayah sebelum majlis di adakan dan maklumkan kerisauan dia sekiranya anak kesayangan beliau berkahwin dengan anak jati Negeri Sembilan ni akan tinggallah ‘sehelai sepinggang’.

Kata dialah. Ayah dengan tenang terangkan kedudukan yang sebenar, bahawasanya harta benda milik suami takkan berpindah milik kepada isteri tak tentu pasal.

Patutnya orang yang berkahwin dengan orang Nismilanlah beruntung dapat tumpang kemewahan harta hak milik isteri (anak perempuan) yang diwarisi turun temurun.

Bukannya ambil hak milik orang lain, tapi harta yang diwarisi turun temurun daripada ibunya khas untuk anak perempuan.

Dan bangkit juga isu, disebabkan aku dan kakak sulung serta adik bongsu. Kami nak melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada tarikh yang sama pun dihalang oleh ibu mentua.

Katanya untuk adat mereka adalah petanda tak baik, nanti jodoh tak panjang sama ada kami bercerrai atau pun berpisah mti.

Astaghfirullah al-Azim. Itu pun ibu dan ayah pecah rahsia selepas 3 tahun kami berkahwin (ada konflik) atas alasan nak kekal harmoni.

Kalau nak ikutkan adat perpatih, orang luar nak berkahwin dengan orang negeri ni lagi payah. Tapi kami takda pun nak praktikkan adat yang akan menyusahkan pihak lain.

Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun ibu mentua mendesak majlis nikah dan resepsi kami adik beradik dijalankan berasingan.

Ibu bapa kami bertimbang rasa demi menjaga hati pihak lagi satu majlis pernikahan sahaja yang dijalankan berasingan.

Manakala majlis menyambut menantu di adakan sekali walaupun mendapat tentangan dari ahli keluarga pihak lelaki( mak saudara pun masuk campur).

Masa majlis nikah, mak mentua aku ni menangis bagai nak rak. Sebabkan aku ni jenis manusia positif, aku beranggapan perkara tu normal. Beza ibu dan ayah aku, nampak ceria di wajah mereka saat kami di satukan.

Ibu kata mak gembira anak mak memulakan hidup berkeluarga.

Di awal perkahwinan kami bahagia. Memang la ikutkan aku berjawatan lagi tinggi daripada suami, tapi atas didikan mak ayah, aku hormatkan suami.

Mak ayah pun selalu pesan, patuh perintah suami selagi mana suami tidak meminta sesuatu yang melanggar syariat.

Suami bila berkahwin dengan aku, dia memang cuci kaki. Rumah aku dah beli, peralatan rumah semua dah lengkap.

Gaji aku pada masa tu RM6000, manakala suami bergaji separuh dari gaji aku. Tapi itu bukan alasan. Komitmen bulanan aku selain kereta, loan ASB, loan untuk 2 buah rumah.

Suami memberi aku nafkah diri sebulan RM300, ansuran bulanan kereta aku dia sumbang RM300, bil utliti semua suami uruskan. Termasuk makan pakai aku. Selama 3 bulan.

Dan aku ingatkan suami untuk beri sumbangan untuk kedua ibu bapa dia. Berapa dia nak bagi terpulanglah, asalkan ikut kemampuan dia.

Dah jadi kebiasaan bila aku pulang ke kampung menziarah ibu dan ayah pasti aku bawakan provision makanan.

Sama juga keadaannya bila balik ke rumah mentua. Sebulan paling kurang dua tiga kali balik kampung mentua di selatan tu.

Aku ni ikutkan jenis tiap tiap minggu balik kampung jenguk ibu dan ayah kat kampung yang memakan masa perjalanan sejam setengah.

Tapi bila dah berkahwin aku masih boleh bertolak ansur bila suami ajak balik kampung dia.

Kan aku jenis positif, since aku tengok mak mentua ni macam susah sangat nak lepaskan anak lelaki dia ni aku layankan saja. Itu pun mak mentua kata aku lebihkan keluarga aku. Keja nak lebihkan mak ayah aku aje.

Masalahnya tiap tiap minggu dah balik kampung dia saja. Aku pun ada mak ayah. Tapi hubungan aku dengan mak ayah dan adik beradik aku dah makin jauh. Aku dah jarang jarang balik ke kampung. Jarang sangat.

Walaupun boleh saja kalau nak balik kampung suami singgah kejap. Tapi tu laaaa… ku pendam rasa bila aku ditohmah macam macam.

Setiap kali balik, dia akan sebut, “Dah tua nanti anak lelaki aku bukan nak jaga aku. Elok lah aku duduk rumah orang tua saja.

Anak aku ni pakat dok kahwin dengan orang negeri pulak tu. Mana hingin nak jaga aku yang tua ni. Eloklah aku mti cepat.”

Bila ibu mentua sebut perkara ni di hadapan aku, akan aku nasihat elok elok, gosok gosok belakang mak mentua aku tu mulalah dia drama air mata.

Aku cakap, “Cakap perkara yang elok elok saja mak. Kata kata seorang ibu doa, setiap perkataan yang kita lafazkan.

Mak doa perkara baik minta jauhkan perkara tak baik. Insha allah. Allah jaga mak.” Lagi dia menangis.

Macam aku share tadi aku dah terbiasa beli provision. Malah toiletries ( ubat gigi, shower gel, bath lily, berus gigi) serta sabu cuci pinggan mangkuk, sabun cuci pakaian semua aku siap beli. Sebab dah terbiasa, takkan balik kampung lenggang kangkung kan?

Provision yang aku beli tu dia suka sangat jerit kuat kuat cakap beras muka Jalaluddin Hasan yang aku beli tu dia tak makan, dia makan beras wangi saja.

Dia tak nak. Minyak masak saji yang aku beli tu pun dia tak hingin. Pedih telinga aku dengar.

Pertama kali aku kena, memang aku nangis. Sebab mak aku seorang yang lemah lembut takde cakap kasar dengan anak anak macam mak mentua aku ni.

Seingat aku tak pernah mak menjerit terpeki pekik waima keluarkan perkataan yang kasar.

Aku terkejut dengan reaksi sebegitu rupa. Jadi sangat tepatlah kata orang orang tua, bila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan suami kita. Kita berkahwin sekali dengan ahli keluarga dia.

Ada sekali tu masa di kampung suami, aku terdengar perbualan antara mak mentua dan suami.

Mak mentua persoalkan tindakan suami yang bagi aku nafkah RM300, tolong tambah bayarkan ansuran kereta aku, bayar bil utiliti and etc. Semua dia pertikaikan.

Dia upkan elaun khas daripada anak lelaki dia yang sorang ni untuk mak mentua dari RM500 sebulan ke RM1000.

Aku dengar rasa nak menangis dalam hati. Kenapa seorang ibu tergamak berbuat sedemikian, bila anak ni bertanggungjawab menjadi suami yang baik ditekankan pula dari sudut lain.

Suami aku explain, dia kata tu tanggungjawab dia. Dah rumah aku yang bayar apa salahnya dia bantu sikit kewangan aku. Mak mentua menangis, itu senjata dia. Suami aku memang kalah bab ni.

Bulan berikutnya suami menjelaskan dia tak mampu nak bagi aku banyak, dia cut duit nafkah aku, bayar bil and etc. Aku cakap, takpa aku faham. Tak salah dia nak bantu mak yang besarkan dia.

Aku positif lagi sebab aku fikir betapa payahnya mak ayah nak besarkan anak anak ni. Aku cakap aku redha. At least ada daripada takda.

Dan suami aku pun explain dia ada buat personal loan sebulan RM800 untuk buat rumah keluarga di kampung dan juga untuk majlis kahwin kami.

Suami cerita ikutkan rumah dia yang asal takda pintu pun, tutup guna zink saja. Lepas dia bekerja, buat loan dan perbaiki rumah mak dia ni.

So aku nampak la suami aku ni memang sayang mak ayah dan keluarga. Dia memang baik. Patutlah mak dia sayang lebih.

Aku dok perhati anak lelaki yang lain suka membantah apa cakap mak mentua ni. Suami aku ni jenis yang ikut saja apa mak dia cakap.

Semakin lama kami berkahwin makin aku kenal attitude keluarga dia. Berbelanja lebih dari kemampuan.

Keluarga aku yang sederhana pun takda boros berbelanja. Selagi boleh jimat kami jimat. Lebih kepada simpanan di masa kecemasan dan akan datang.

Mak ayah aku ni jenis berjimat takda heran pun dengan barang berjenama dan mahal. Asalkan barang tu berbaloi beli dengan harga yang paling ekonomi. Berbeza dengan keluarga sebelah mentua.

Ikutkan mereka berasal dari keluarga yang susah, pencuci pinggan pun ada hati nak guna jenama Amway. Bayangkanlah macam mana?

Bercuti sana sini walaupun mereka tak mampu. Setahun ntah berapa kali bercuti adik beradik dia semua kerja makan gaji dengan jawatan yang biasa biasa.

Maksudnya income semua bawah RM3000 tapi berbelanja bagai nak rak. Selalu keluar makan luar, bila nak bayar mesti tolak kat suami aku.

Then suka bercuti berhuhu sana sini. Pada aku boleh nak bercuti, at least plan awal. Jangan main redah saja.

Bila main redah ni lah yang selalu aku tengok suami aku yang semak, bengkok. Mana mak dia nak pergi berjalan, dia ikut saja.

Lama kelamaan, suami yang aku kasihi ni dah abaikan tanggungjawab dia. Nafkah aku memang dia tak terbagi lagi begitu juga dengan yang lain lain.

Mula-m mula macam biskut chipsmore, kejap ada kejap takda. Lama kelamaan langsung tak da dah.

Tapi itu pun aku tolak ansur lagi, takpela dia nak bahagiakan hati mak dia. Bukan orang lain. Tapi benda ni lah yang makan diri aku balik. Makan hati berulamkan jantung. Lagi dan lagi.

Mak mentua aku ni kuat cemburu, apa aku ada dia nak. Kalau datang rumah aku, tengok aku ada perkakasan elektrik baru dia nak juga. Sampai la ke kain cadar rumah aku pun dia boleh jadikan cerita.

Tapi yang tak best keluarga suami aku selalu tohmah aku. Kata suami aku ni manjang takde duit sebab isteri dok minta belikan itu ini.

Pada hal, ikutkan, semua aku beli guna duit sendiri. Selalu aku payungkan dia orang lagi adalah.

Dia orang ni termasuk mak mentua aku ni kalau dok membawang tu tengoklah kiri kanan, depan belakang. Ni tak, main bawang saja. Aku tengah jemur kain pun boleh dengar dia orang punya bawang.

Mula mula tu memang sedih, nak pulak aku dah kawin dua tahun tak beranak lagi. Tu pun jadi isu.

Tapi lama lama bila ko ni seorang yang positif, dan kena bawang ko jadi lagi kuat. Sado orang kata. Imun beb. Ko nak kata apa, katalah. Aku tak harapkan puji pujian pun. Allah tahu apa yang aku buat.

Bapa mentua aku ni baik. Dia selalu back up aku kalau mak mentua aku dok marah aku, ada benda tak puas hati ke.

Bapa mentua aku ni la keje back up aku. Kadang bapa mentua aku balik yang kena sergah.

Suami aku memang dia akan diam saja kalau aku kene fire. Aku tengok muka suami aku pun serba salah bila mak dia buat perangai tu.

Aku ni bukan menantu favourite. Aku yang selalu payung mak mentua pun dia nyampah ngan aku. Sebab dia rasa aku ni abiskan duit anak dia.

Kalau aku belikan baju raya, sama ada baju siap ke, kain pasang ke, tudung ke, handbag ke, sandal ke semua tu dia takkan pakai.

Dia akan sedekahkan kat orang lain. Macam biasa, mula mula saja aku sedih lepas tu aku tabahkan hati.

Lain pula cerita kalau menantu yang lain bagi hadiah, bukan main puji. So nampak sangatlah dia memang tak suka aku.

Dalam kes aku ni, wang ringgit dan harta benda memang tak dapat beli kasih sayang mak mentua aku ni.

Bila tiba waktu memasak, memang skrip biasa dia dok cakap kat anak menantu yang lain. “Kalau kahwin dengan orang nismilan ni mesti hidup selai sepinggang.” Itulaa dia keje repeat.

Aku cakap alhamdulillah saja la dalam hati. Aku sentiasa hadiahkan al fatihah untuk mak mentua aku ni. Takpalah mak.

One day, aku beli tanah lot kat kampung. Biasala asal ada orang kampung nak jual tanah mesti ayah aku tanya anak anak dia siapa yang berminat nak beli.

Orang kat sini kadang anak sambung belajar ke, anak nak kahwin ke dia orang jual tanah.

Aku beli, then aku buat rumah dua biji. Takde la besar, kecik saja. Boleh la buat rumah sewa untuk duit tepi. Masa ni mak mentua aku meroyan sakan. Melalak macam orang tak betul.

Sebab pada dia, bila aku orang nismilan ni buat rumah, anak laki dia takkan balik kampung lagi jenguk dia.

Pada hal kalau ikut kalendar Islam ke Masihi ke aku rasa dah tiap tiap minggu keje balik kampung suami aku saja. Yeala, orang kampung dia saja reti buat kenduri tiap tiap minggu.

Aku tau ibu ayah aku kadang kecik hati dengan aku sebab lebihkan keluarga mentua. Sedih gak, tapi apalah dayaku.

Aku rasa, episode apa lak nak datang ni. Hari hari nangis telefon anak dia ngadu domba.

Suami aku ni pun satu, semua benda nak cerita ngan mak dia. Kalau mak tu jenis boleh fikir logik tu takpa.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  Ekisah.com