“Tengah SUPERMAN Tiba2 Rasa Badan Macam Dihempap” Tiba2 terhidu bau busuk, aku beranikan diri utk tegur

 

Foto sekadar hiasan

Maaf, Cik Ponti

Karya: Mai Rzn

Idea : Panda Pandaa

Ok, ni pengalaman aku sendiri. Kejadian ni berlaku pada 4 bulan yang lepas. Pada malam itu, lepas solat isyak. Aku mendapat panggilan dari rakan aku yang bernama Rania.

Aku mengambil telefon bimbit yang berada di atas rak. Lalu, aku terus menjawab panggilan.

“Weh, Mai hang free dak? Kalau free jom kita jumpa sat. Aku ada benda nak bincang Ngan hang. Hang mai nohhh, hang mai aku bagi location. Jangan lambat sangat”.

Aku tidak sempat untuk membalas apa apa. Tanpa berlengah, aku terus bersiap siap dan terus keluar dari bilik. Aku mengambil stokin dan kasut yang berada di atas rak kasut. Kemudian, aku terus keluar, dan terus start enjin motor. Lalu, terus aku pulas minyak dengan laju.

Tiba tiba aku ternampak abah dan rakan rakan surau yang lain sedang berjalan ke arah rumah. Abah panggil aku, dan terus aku pergi ke arah nya. Lalu abah tanya,

“Ni hang pakai lawa lawa ni nak pi mana? Dah solat belum?”. Tanya dia. Aku cuma mengangguk, dan berkata,

“cek nak keluaq sat bah, kawan kawan nak jumpa. Boleh dak Abah?”. Tanya aku.

Abah mengangguk dan aku bersalam dengan abah, rakan rakan nya menghulur kan tangan untuk bersalam dengan aku. Aku hanya beri jelingan manja sahaja, karang kena marah pula dengan Abah. Aku terus memecut laju ke arah destinasi, siap whelee lagi hehe.

10 minit kemudian

Aku sampai ke destinasi, mereka yang tersedar melihat kehadiran aku terus tersenyum. Aku cabut kunci motor dan terus pergi ke arah mereka. Aku mula mengilingi mereka untuk bersalam.

Mereka suruh aku memesan makanan atau minuman apa yang aku nak, tapi aku hanya memilih minuman sahaja. Aku memesan milo ais tabur. Aku seperti tidak sabar untuk mengetahui apa yang nak di bincang. Aku cuba tenang kan diri aku sebentar sambil tersenyum manis.

5 minit kemudian

Air aku dan rakan rakan aku pun sampai. Lalu aku terus memandang ke arah Rania untuk meminta penjelasan. Mereka pandang aku dengan senyuman yang manis. Rania memulakan perbualan, dan aku menanti dengan penuh debaran.

“Tujuan aku untuk hang mai sini, ada lah untuk race sama sama. Sapa kalah, dia kena berlanja makan. Ok dak? Tapi, sebelum tu hampa kena check ic dan lesen dulu. Kalau hampa lupa bawak ka hilang ka, hampa toksah dok ikot.”

Lalu, masing masing check Ic dan lesen. Aku pun turut check juga, takut lupa sebab aku ni mudah lupa. Kemudian, semua mengangguk tanda cukup keperluan. Aku pun turut sekali menggaguk.

Selepas minum, kami terus bergerak ke arah moto masing masing. Kami berkumpul sebentar untuk berbincang. Dan, seorang demi seorang menggaguk tanda setuju. Kami mula bergerak, dan membuat rondaan untuk melihat situasi.

Sampai di depan stesen minyak, kami berhenti untuk mengisi minyak. Yang tidak ingin mengisi minyak, hanya tunggu di depan sahaja. Selepas itu, kami bergerak ke arah destinasi yang di ingin kan. Aku sudah tidak sabar untuk berlumba. Maklum lah, baru pertama kali aku berlumba.

Kami membuat barisan yang lurus, 1 barisan ada 6 orang. Dan aku yang ke 2. Yang nombor 1 mesti lah Rania, dialah ketua kumpulan. Kami bersedia dengan penuh debaran di dada. Apabila wisel berbunyi, kami mula lah membuat aksi masing masing.

Aku hanya membuat gaya Superman, kerana itu sahaja yang aku tahu. Aku memulas minyak sehabis yang boleh. Dan kini, aku berada di depan sekali.

Tiba tiba, aku terasa perut aku memulas mulas. Aku rasa aku tidak dapat untuk menerus kan perjalan, dan aku berhenti di depan kedai runcit.

Aku keluar kan telefon bimbit dari dalam kocek untuk membuat panggilan. Aku tekan nama Rania dan membuka helmet, mujurlah, Rania menjawab panggilan.

“Wei Rania, aku minta maaf lah sebab aku tak dapat nak terus kan perlumbaan ni, sebab tetiba sakit pulak perut aku ni. Aku nak balik rumah terus ni, sorry ah.”

Lalu aku mematikan talian, dan terus pecut untuk kembali ke arah rumah.

20 minit kemudian

Aku sampai ke simpang 4 kampung aku. Aku berhenti di depan kubur, dan aku melihat dengan penuh kesedihan. Kerana banyak rakan rakan aku meninggal akibat berlumba.

Tiba tiba, aku ternampak seekor burung gagak berdiri di depan motor aku. Aku tengok dia dengan penuh kehairanan. Aku tengok dia, dia tengok aku. Makin lama, makin seram pulak.

Dan aku terus berjalan perlahan lahan, dan aku cuba untuk langgar burung gagak itu. Tapi malang nya dia mengelak, dan duduk di tengah tengah jalan. Aku langgar burung itu lagi sekali, tapi kali ini burung gagak itu tembus. Aku sudah meremang, bulu roma aku mula meremang.

Selepas itu, burung itu hilang dari pandangan. Dan melepaskan hembusan lega. Kemudian aku sambung balik perjalanan untuk ke rumah.

Tiba tiba, aku nampak kelibat seorang perempuan yang berpakaian serba putih dan lusuh, Sedang berjalan ke arah aku. Aku sudah meremang beb, belum pernah lagi aku lihat puntianak yang bawa batu nisan. Biasa nya aku lihat puntianak yang berterbangan je.

Aku cuba membaca ayat ayat Al-Quran, tapi lidah aku bagai terkunci. Makin lama, makin dekat. Aku sudah tidak keruan, bagai nak menjerit rasanya. Aku cuba ingat apa yang aku belajar dengan Abah, tapi semua tidak dapat ku ingat.

Lalu, aku gunakan hikmat hembusan nafas Suci yang abah aku ajar. Kerana itu sahaja yang aku boleh ingat. Aku menyebut Kalimah Allah berulang kali, dan hembuskan ke arah makhluk itu. Dan makhluk itu menjerit nyaring.

Kemudian, makhluk itu hilang dari pandangan. Dan aku menarik nafas lega, sambil berjalan, aku memberi salam kepada semua Manusia yang telah meninggal dunia. Aku berjalan agak perlahan, kerana tidak sopan jikalau aku membuat gaya Superman di depan kubur.

Lepas saja pada kubur, aku memulakan gaya Superman. Tiba tiba, bulu roma aku mula meremang. Lagi sekali. Aku cuba sedapkan hati dengan menyebut kalimah Allah.

Secara tiba tiba, badan aku seperti di hempap oleh Sesuatu yang berat. Bau yang busuk menusuk ke hidung aku. Aku cuba menoleh ke arah tepi, tapi kepala aku seperti di tekan. Lalu, aku cuba berani kan diri untuk bertanya ke arah makhluk itu.

“Awat hang ganggu aku ha cik pon? Aku ada ganggu hang ka? Turun lah lekaih, dah lah berat busuk pulak tu”.

Kemudian, makhluk itu mengilai dengan nyaring. Lalu dia menjawab,

“Memang hang ada ganggu aku pon. Hang dah lah buat bising orang malam malam nak tidoq dengan selesa. Ni malam malam hang memekak sapa nak dengaq? Hang tu muda lagi, adik beradik hang ada lagi mak pak hang ada lagi. Kang hang mati exident patah tangan patah kaki. Mau ka lagutuh. Aku pesan, sebab aku tak mau hang jadi macam aku. Merempit ja kerja. Nih lepas hang merempit ni, hang terus balik rumah.” Marahnya.

Apa yang dia kata semua betul, betul betul membuatkan aku sentap.

“Baa…baikk lah kak, aku janji tak bu…buu buat lagi”.

Aku berjanji dengan nya bersungguh sungguh. Dan makhluk itu terus hilang, sakit di pinggang aku pun hilang. Aku terus memecut laju ke arah rumah.

Sampai sahaja di lorong masuk rumah, aku tengok Abah dan rakan rakan nya sedang berbual mesra. Lalu aku terus memasuki perkarangan rumah. Sampai di depan rumah, aku mematikan enjin motosikal dan terus memasuki rumah. Kemudian, aku mencapai tuala dan terus mandi. Selepas itu, aku masuk ke dalam bilik untuk menyalin pakaian.

Kemudian, aku keluar untuk ke arah bangsal depan untuk bersembang. Abah tengok aku dengan kehairanan, lalu abah bertanya dengan aku.

“Dik, awat muka hang nampak macam pucat ja? Hang tak sihat ka, atau nampak hantu?”. Aku hanya diam seribu bahasa.

Pagi itu, aku demam panas. Sebab belum pernah lagi aku mengalami pengalaman yang sebegini. 5 hari je aku demam, lepastu masih buat perangai lagi. Pepatah ada mengatakan, “bagai mencurah air di daun keladi, sudah nasihat beberapa kali pun namun tetap sama.

Terima kasih pada yang sudi membaca!

Nak kecam pun kecam lah, sudah terbiasa dengan semua itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Mai Rzn via Kelab Cerita Hantu Malaysia via edisimedia