“Tengah Tido Aku Bertakbir, Orang Rumah Sampai Terkejut” Aku ingatkan kain hitam, rupanya rambut panjang milik perempuan

SAYA melaungkan takbir dalam tidur, orang rumah kejutkan saya. Dalam keadaan mamai dan berat nak bukak mata saya berkata.

“Langsuir datang kacau.”

Orang rumah terkejut, dia cuba membaca ayatul Qursi. Tetapi hanya sekerat aje kedengaran diganti dengan dengkuran. Mengantuk luar biasa.

Saya bingkas bangun, mulut masih berzikir. Baru nak pasang orang mengaji dekat hp orang rumah. Hp pulak tak ada beteri. Saya capai hp saya dan laungkan surah pendinding.

Kepala ni rasa dah kebas. Rambut macam tercacak dah. Roma tangan ni berbintik bintik. Tak usah cakaplah, memang meremang kasar sangat sangat. Bermakna ‘benda’ tu ada berdekatan. Saya cuba bertahan berzikir, tetapi perut pulak buat hal.

Kerana perut memulas, saya ke tandas dan meninggalkan hp sekejap. Kat tandas makin kuat dirasakan. Macam benda tu ada duduk kat atas bumbung. Tak jadi duduk tandas lama lama saya keluar dan kembali ke bilik tidur.

Suara imam yang mengaji ayatul Qursi saya pasang kuat kuat. Tapi kepala saya masih lagi mengembang kasar.

“tak boleh jadi!”

Saya bukak tingkap bilik tidur dan membaca bacaan ayatul qursi berkali kali. Masih terasa meremang kasar. Mata saya melilau melihat ke setiap arah. Mencari betul ke ada syaiitan tu kacau.

Di saat mata saya menoleh ke arah rumah yang belum siap, (terbengkalai) jaraknya sekitar 10 meter dari tingkap bilik tidur saya. Mata saya yang tak memakai kaca mata terpandang sesuatu. Pandangan saya waktu tu tak berganjak daripada merenung kain putih bersulam kehitaman di dalam rumah terbengkalai tu.

Hati dah merusuh, tapi kuatkan semangat. Kain putih yang bersulam hitam bergerak gerak ditiup angin tu seperti berdiri. Bila mata saya melihat dan meneliti warna hitam panjang itu. Berderau drah saya, itu bukan kain hitam. Tapi juraian rambut panjang milik perempuan.

Sah! Langsuir!

Memikirkan anak anak saya yang sedang tidur, saya menutup tingkap dan membaca ayat ayat pendinding. Saya suarakan kepada orang rumah.

“Dia ada dekat rumah tak siap tu.” Terbeliak mata orang rumah.

Tapi dia terasa amat berat nak bangkit bangun. Dia terlelap, terasa berat benar kelopak matanya. Saya amik tasbih dan terus melaungkan zikir pendinding dan zikir lawan. Akhirnya orang rumah saya bangun dan terus mengambil wudhuk dan bersolat sunat.

Waktu menjengah ke pukul 4.30 pagi barulah reda meremang tu. Memang langsuir itu amat jelas berdiri di dalam rumah terbengkalai sambil membalas merenung dengan saya. Angin masih bertiup kencang, kain putih yg dipakainya bergerak gerak bersama juraian rambut hitamnya.

Memang jahat benda ni. Dalam banyak banyak setan, setan yang inilah yang jahat. Suka ganggu orang.

Sebelum itu saya ada bermimpi mendengar sayup sayup perempuan ketawa. Ketawa seperti orang di hospital mental. Sekejap ketawa, sekejap diam. Disebabkan itulah di dalam mimpi saya dah start membakar benda tu dengan ayat quran. Sampaikan terkejut orang rumah saya bila saya lafazkan takbir dan ayatul qursi dengan mata terpejam.

Saya tak tau. Kenapalah benda ni suka sangat mengganggu orang? Bermula pada pukul 3 pagi sampailah ke pukul 4.30 pagi. Waktu puncak dia berkeliaran agaknya.

Dan betul betul tak sangka, ini adalah kali pertama saya berhadapan dengan benda itu, berlawan tenung pandang. Nak saya gambarkan bentuk dan rupanya?

Rambut panjang mengurai sehingga ke paras peha. Menutupi keseluruhan wajahnya. Kain putih hampir kelabu sebagai pakaiannya. Tangannya lurus ke bawah. Kepalanya sedikit tertunduk. Tetapi saya yakin bola matanya sedang merenungi saya.

Apa yang buat saya yakin itu adalah langsuir. Badannya… Kecil seperti remaja. Senang cerita macam budak baru nak amik SPM. Dan ini adalah kali pertama dia berdiri hampir dengan saya. Dan kali pertama dia memperlihatkan dirinya. Mukanya aje tak tunjuk.

Sewaktu saya berzikir tadi, sayup sayup terdengar ada hilai seperti suara burung. Tapi saya yakin itu bukan suara burung. Sepertinya burung yang mengilai itu terbang menjauh ke arah kawasan perbukitan.

Sewaktu saya menaip ni angin masih menderu kuat dekat luar. Tiap kali saya menaip menggambarkan rupa benda tu, setiap kali itu jugalah kepala saya mengembang besar.

Nak kata saya menulis cerita seram, tak jugak. Sekarang ni saya dah ubah jadual menulis di siang hari. Malam saya banyak habiskan masa dengan anak anak dan layan Netflix aje. Malam waktu rehat, taknak bebankan tubuh dengan kerja. Tapi terganggu dengan kedatangan benda ni.

Saya pandang anak anak saya yang nyenyak tidur. Yanna anak bongsu saya berusia 3 tahun tidur berkelubung seperti kesejukan. Orang rumah saya cakap. Yanna tak pernah nak berkelubung. Mungkin reroma dia pun meremang sama. Tak lama lagi subuh tiba. Saya konpem tak tidur dah ni. Tunggu subuh aje datang.

Ya ALLAH Jauhilah perkara yang tidak diingini daripada mengganggu keluarga saya. Aamiin.

Wallahualam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Saidee Nor Azam via edisimedia