“Terdiam Aku Bila Dengar Jawapan Mereka” Rupanya ini rahsia keluarga abang dan kakak ipar hidup mewah
Foto sekadar hiasan.
Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konflik keluarga.
Saya pum nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kite semua dapat ambil iktibar dan contoh.
Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan adik adik yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula mula kahwin dengan kakak ipar saya).
Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secata total, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terkejut masuk family kiteorang yang ya ampun ramai ni.
Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana.
Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.
Apa yang abang dan kak ipar saya beli untuk mak dan abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak dan pak mentua dia. Sama like sama brand, sama warna. Size je tak sama.
Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut dan handbag besan dia sama dengan dia punya.
Kak ipar saya pulak, pantang belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya.
Bukan setakat tu, setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya. Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan jalan, bulan depan pasti giliran mak dan pak mentua.
Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua dua ni berkasar dengan orang tua. Cara dorang memuliakan ibu bapa masing2 masing sangatlah saya kagumi. Dari gaji yang cukup cukup makan sampai lah hidup senang lenang.
Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing masing walaupun ada yang belum bertemu jodoh tapi alhamdulillah semua bekerjaya.
Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia:
“Pegang hati orang tua, doa dorang takde tandingannya. Bahagia kan mak abah dan mak ayah mertua. Jangan lokek dengan adik beradik dan ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Priorities.”
Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata:
“Sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak. Akak tak pernah nampak awak semua sebagai ‘alah just adik ipar’. Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik-adik kandung. Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua, kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa. Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita.”
Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang.
Apa yang saya tahu dua dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang dan kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghormati orang tua. Dua dua tahu tanggungjawab masing masing.
Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah. Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya
“Ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi.”
Nak tau apa akak ipar saya jawab?
“Itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping extra sikit bulan ni hehe.”
When i look at her, i pray to allah if one day i were to be blessed with marriage and parents in laws, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.
Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya. Tapi kalau suami tahu kalau dengan memualikan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga.
Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa AT LEAST yang sentiasa follow kita.
Untuk hati hati yang terluka sebab k0nflik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati hati yang terluka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami dan menyayangi.
Reaksi warganet
Perkongsian Nana mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.
Saiful Abd Razak –Alhamdulillah, asyik baca cerita yang tak elok, dapat baca cerita yang macam ni rasa macam faith in humanity restored.
Syakila Othman –I am having a sister. Alhamdulillah dia ni jenis tak lokek. Walaupun kadang kadang dia ada masalah, dia tak pernah kedekut. Sebab tu mak selalu cakap, kakak tu rezeki murah jee sebab dia tak pernah berkire dengan mak.
Dari sini dah nampak which one we should follow, walau selalu salah faham dengan mak. Tp mak tetap puji kau kak..
Ain Zuriati –Memang bagus cerita nie. Kadang kadang pikir macam rekaan pula. Tapi tak mustahil benda nie betul betul di alam realiti. Tapi memang realiti.
Cuma jarang jarang akan dapat family yang macam nie. Sebab apa, sebab manusia itu walau rambut sama hitam hati warna lain lain. Contohnya, mak mertua pak mertua ok, ipar duai biras belum tentu lagi ok. Moga kita semua dipermudahkan urusan olehNya..
Azah Ahmad –Abang sulung saya pun macam ni. Ketika hanya dia sahaja yang berkahwin dalam keluarga kami, setiap kali beli baju raya, dia akan bagi kami pilih dulu, yang lebih baru kakak ipar punya.
Tapi selalunya mak akan pilih siap siap untuk menantu dia, kalau biarkan kami, confirmlah kami yang pilih dan baki untuk kakak ipar!
Tapi sehingga kini kakak ipar sulung mahupun yang kedua kami anggap macam keluarga sendiri. Gaji pertama saya, semua ipar ipar dan abang kakak dapat baju kurung dan baju kemeja.
Kini saya pun dah berkawen, ada keluarga mentua. Alhamdulillah, mereka menerima saya seadanya. Yang penting ikhlas dan hormat kepada yang lebih tua.
Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih
Sumber – nana via IIUMC via edisimedia