“Tergamak Biras Lukakan Hati Mama” muka mama berubah bila dengar alasannya
Foto hiasan carian google. Aku baru berkahwin 10 tahun, tapi aku selalu perhatikan pengorbanan ibu mertua aku nak jaga hati anak-anak lelaki dan menantunya.
Suami hanya ada seorang adik perempuan bongsu yang lain semuanya 7 orang lelaki termasuk suami aku.
Baru-baru ni ibu mertua datang ziarah jauh dari kampung naik bas dengan adik ipar perempuan yang bongsu.
Suami jemput di stesen bas. Kebetulan anak-anak aku tengah diuji kesihatan jadi aku memang tak sempat nak memasak nak jamu ibu mertua makan. Suami aku tolong masak nasi dan belikan lauk.
Tapi aku tengok Mama dan Adik makan bertambah, aku rasa kurang bersalah sikit sebab Mama bukan jenis yang makan banyak.
Keesokannya suami bawa Mama pergi rumah abangnya, Mama siap bawa beg nak tidur rumah anaknya tapi masa sampai tu suami aku tak keluarkan lagi beg. Semua dalam kereta.
Biras aku jenis tak berapa nak mesra, dulu rajin juga kami nak ziarah tapi setiap kali ziarah terasa tak diraikan, lama-lama suami aku pun tak beria nak ke sana.
Tapi bila mereka datang ke rumah, suami akan bersungguh masak yang sedap-sedap dan bekalkan mereka bawa balik. Nak pergi pun akan bawa makanan siap-siap.
Pernah juga bagitahu nak pergi rumah mereka. Masa pergi mereka jamu dengan Teh O dan pisang goreng yang suami beli, dah nak maghrib mereka siap-siap nak makan di luar tapi tak pelawa kami pun. Masa tu Mama pun ada sekali.
Sudahnya suami ajak Mama tidur rumah kami, sampai rumah Mama kata Mama lapar. Jadi suami masak nasi dan telur dadar, makanlah kami nasi panas dan telur dadar dengan kicap.
Baru-baru ni bila Mama kata nak tidur terus biras aku kata esok anaknya ada kelas tambahan. Aku perasan muka Mama berubah tapi Mama cuba buat rilek. Mama pun cakap.
“Mama tidur rumah Alang lah.”
Alang ni adik suami juga, sebab Mama tak pernah pergi rumah Alang jadi etakcited juga.
Sampai rumah bujang Alang, Mama tak tergamak nak tumpang tidur. Berselerak. Baju bergantung penuh rumah. Walau rumah bujang, Alang hanya duduk seorang di rumah sewa. Sebab tu Mama berangan nak tidur rumah Alang.
Sudahnya Mama cakap..
“Mama ikut balik tidur rumah Ateh lah.” Iaitu rumah kami.
Masa nak pergi kereta aku dengar Mama cakap dengan Adik.
“Mama ingat nak tidur rumah Angah tapi dah Kak Ngah cakap anak dia nak kelas, nanti menyusahkan dia pula nak hantar kita pergi rumah Alang. Nak tidur rumah Alang, bantal pun tak ada. Kesian Ateh anaknya tak sihat, tapi Ateh je yang nak layan kita.”
Aku rasa nak meraung. Aku tahu mak mertua aku sedih gila.
Bayangkan seorang ibu datang dari jauh nak tidur rumah anak lelaki, nak tengok cucu tapi tak diraikan.
Tapi mak mertua aku baaaaaaik gila.
Bila masuk kereta. Mama cakap pada suami aku.
“Mama tidur rumah Ateh ya! Nanti senang Ateh nak hantar Mama balik tak payah ambil Mama kat rumah Alang dah.”
Suami aku okay je.
Sebab aku awal-awal dah sound, Mama bukan selalu datang, skip je lah apa-apa kerja pun untuk Mama. Sementara Mama ada je nak layan Mama…
Aku ada anak-anak lelaki, aku pun bukan menantu yang baik tapi aku betul-betul sedih bila tengok Mama sedih.
Untuk pembaca wanita yang bergelar MENANTU, ibu mertua adalah ibu kepada suami kita. Buatlah baik, raikanlah mereka dan kalau tak mampu nak sayang mereka seperti ibu kandung sekalipun jangan kita bina tembok antara suami dengan ibu mereka.
Bukan menantu terbaik,
Jom lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian Mok ini.
Masnita Saidin –Alhamdulillah. Aku tak sempat rasa ada mak mentua. Cuma ada abah mentua ja la. Dia dh mninggal 6 bln lps. Tapi cara kakak2 ipar aku layan aku, aku sure yang mak mertua aku pun confirm baik.
Khadijah Muhammad –Alahai.. dapat mertua baik, tak banyak bunyi, pun takmu layan. Dia tidur rumah bukan selalu, bukan kena tukarkan pempes ke, kalau malas sangat nak masak, ajak je mak makan luar. Bukan banyak sangat pun orang tua makan. Bukan senang tau nak dpat MIL baik.
Syafiqah Liyana –Saya pun senang hati dan bangga kalau suami baik pada maknye. Asbab mak dan ayahnyelah suami saya berjaya mcm hari ni dan saya dapat menumpang senang. Mil saya pun sangat baik,sangat2 baik.
Saya sendiri ibu kpd 2 org boys setakat ni, jadi saya pun berharap anak-anak saya akan sayang saya dengan ikhlas mcm apa yang ayah diorang lakukan pada wan (nenek) diorang sekarang. Alahai, sebak 😭
Semoga confessor dan family dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah sebab confessor layak memperolehnya.
Azilawati –Mujur saya dikurniakan mak dan mak mertua yang baik. Mak dan mak mertua boleh geng sekali. Walaupun jarak antara mereka jauh. Mak di kuala Terengganu. Mak mertua di temerloh. Kadang mak mertua datang tido rumah mak.. kadang mak pergi rumah mak mertua. Kadang2 sama2 keluar gi mkn luar bawak sekali adik beradik. Kan seronok gitu.
Don Donna –Ada pernah tengok, sedara jauuuhhhh.. jauhhh sangat… sampai bergaduh n cakap “jangan ajak lagi adik beradik awak dan family datang umah saya”
Mak mertua dia tu mak tiri jek pun, tapi sangat baik dan aku pun tak fhm kenapa dia jd macamtu. Dia igt kawen setakat nak ambil anak lelaki org tu jadi suami dia jek kot, family suami tinggal. Kalau bab balik bercuti, setiap kali tidur kampung dia kira dah berapa malam, kalau balik kg dia ehhh, ok pulak lama2 😒
Aku doakan manusia tu panjang umur, dan Allah berkati usia dia.
Insyirah Soleha –Untuk jadi anak lelaki yang baik setelah berkahwin, memerlukan sokongan dari wanita yang baik sebagai isteri.
Ramai wanita yang baik menjadi ibu mertua, tetapi sangat jarang didendangkan. Selalu yang disebarkan adalah ibu mertua yang jahat, kejam dan teruk sehingga siap ada yang ajar kepada wanita lain untuk bina jurang dengan ibu mertua supaya “jangan baik sangat nanti kena paksa ikut kehendak ibu mertua.”
Sedangkan, kalau sama-sama saling meredhai dan berkasih sayang, limpah keberkatannya akan dirasai oleh orang sekeliling.
Ramai ibu mertua yang baik tetapi tidak mendapat layanan baik dari menantu perempuan bukan kerana kaffarah (atau karma dulu dia jahat dengan mertua sekarang menantu dia buat pada dia). Ia berlaku kerana sikap individu tu sendiri yang pilih tak nak buat baik pada keluarga mertua.
Sungguhlah, agama dan akhlak perlu seiring untuk jadi orang yang BAIK.
Kalau kita tak jumpa orang yang baik dalam kehidupan seharian, “jadilah orang tersebut” supaya yang lain akan merasa kebaikan.
Nak jadi anak lelaki yang baik selepas berkahwin memerlukan wanita yang baik sebagai isteri. Nak jadi wanita yang baik sebagai isteri memerlukan lelaki yang baik sebagai suami. Nak jadi suami yang baik, perlu faham agama dan ikut sunnah Nabi.
Sebaik-baik manusia dalam menyantuni keluarga, adalah peribadi Rasulullah sendiri.
– Mok (Bukan nama sebenar) via IIUMC
sumber: edisimedia