“Tergerak Hati Untuk Pulang Ke Rumah Kerana Tertinggal Beg Kerja, Hairan Lihat Kereta Suami Ada Dekat Garaj” Bila intai bilik terkejut besar aku
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUM Confession atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya. Nama ku J, Seorang surirumah. ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta.
Namun ku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga. Perkahwinan ku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.
Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja-kerja dirumah. Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.
Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami. Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.
Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumahku. Allah Maha Pengasih.. Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja ku ketika itu.
Hairan melihat kereta suamiku di garaj rumah lantas ku segera ke bilik kami. Suami ku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.
Long story short, Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.
Suami tidak pernah serik sering bertukar-tukar pasangan. Pernah ku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya. Berkali-kali ku beri peluang kepadanya Ku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia-sia.
Seringkali ku terjumpa bukti-bukti kegiatan nya (kadang-kadang terjumpa kondom, resit hotel dan pernah terjumpa coli di dalam bag kerjanya). Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?
Ya aku tak cerdik!! ketak cerdikan aku adalah demi pengorbanan ku untuk orang lain. Untuk anak-anakku yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.
Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya. Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.
Suami ku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur. Kini genap 5 tahun suamiku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.
Pelbagai usaha ku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli ling’erie yang hot dan se’xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku. Walaupon kadang-kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.
Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima… Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak-anak dan kedua ibubapanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: two.e-kesah via news.allmhi