“Terjerat cinta Hanif” Bila mengandung dia hilang, aku jumpa isterinya. dia tetap tenang

 Foto sekadar hiasan. Perkongsian wanita ini yang disiiarkan di laman IIUMC ternyata mendapat respon dari ramai netizen. Kisah hidupnya yang bercerai , kemudian terlanjur dengan suami orang hingga mengandung. Ternyata si lelaki hanya ingin melempiaskan nfsu nya semata2. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Kehilangan kerja, di buru along dan murung akibat perceraian.

Assalamualaikum… Aku teringin nak berkongsi kisah ringkas aku agar menjadi pengajaran dan tauladan supaya tak ada yang melalui kesilapan yang aku lakukan.

Aku merupakan seorang wanita yang tersilap langkah hingga berziina semata mata menagih cinta seorang lelaki. Kisah bermula sekitar 5 tahun lepas ketika aku mengalami fasa fasa gelap dalam kehidupan. Aku kehilangan kerja, di buru along dan dalam keadaan murung akibat perceraian.

Kecewa kerana perkahwinan atas dasar cinta bertahan hanya beberapa bulan selepas berkahwin kerana bekas kekasih ex husband aku kembali menagih kasih. Sasau dan tak mampu untuk redha, itu lah aku. Apatah lagi keluarga bertindak berdiamkan diri dan tidak menyokong kerana pilihan itu memang tidak di sukai mereka sejak awal.

Aku mengenali Hanif ketika masih lagi dalam keadaan gila talak. Jujurnya kali pertama bertemu Hanif memang buat aku rasa senang kerana aku terus berterus terang akan apa yang aku hadapi. Hanif berbeza dengan lelaki lelaki yang aku pernah kenali. Dia sanggup membantu aku dan buat segalanya untuk aku. Dia membantu aku membayar hutang along, dia membayarkan installment kereta aku, mencarikan kerja dan hingga ke tahap mencarikan aku rumah sewa agar dekat dengan tempat kerja.

Aku lupakan bekas suami aku dan aku jatuh cinta pada Hanif. Sangat cintakan Hanif. However, Hanif mulai sedar betapa emosi dan mental aku amat rapuh dan aku menjadi terlalu bergantung pada Hanif. Hanif mula mengambil kesempatan, silap aku juga merelakan segala apa yang Hanif buat kerana cinta kononnya. Aku tak nak kehilangan Hanif dan aku tau Hanif amat cintakan aku. Hinggalah aku di sahkan mengandung.

Pada awalnya aku memang takut, aku sendiri tak sangka aku boleh mengandung kerana aku mengalami kecedraan pada rahim dan doktor pernah mengesahkan bahawa amat mustahil untuk aku mengandung. Jadi aku berdiam diri mengharapkan kandungan aku akan gugur sendiri.

Terbongkar, Hanif rupanya suami orang

Namun akhirnya apabila kandungan aku mencecah 4 bulan, perut aku mulai ke depan, pergerakan bayi mula terasa, Hanif akhirnya tau. Dan itu lah detik hitam aku bermula apabila Hanif mengakui bahawa dia sebenarnya telah pun berkahwin dan mustahil untuk dia berkahwin dengan aku kerana aku hanyalah perempuan sampah. Sejak dari itu Hanif menghilangkan diri.

Aku menjadi gila kembali. Aku berhenti kerja, tuan rumah menyuruh aku mengosongkan rumah kerana aku tak lagi mampu nak bayar sewa rumah dan aku hilang arah tuju. Aku gagal mencari Hanif tetapi aku berjaya mencari isteri Hanif, aku berterus terang kepada isteri Hanif.

Isteri Hanif tenang mendengar apa yang aku luahkan. Katanya suami dia memang seorang kaki perempuan dan aku bukan lah yang pertama. Dia tidak percaya bahawa aku mengandungkan anak Hanif kerana perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak, apatah lagi wanita murah seperti aku boleh sahaja tidur dengan mana mana lelaki dan mengakui bayi itu sebagai bayi suaminya.

Perut semakin membesar, pulang ke kampung

Aku terdiam tak terkata. Hanya mampu menangis. Penyesalan selalu datang terlambat. Dengan perut yang semakin besar, kandungan berusia 6 bulan ketika itu dan tiada arah tuju, aku pulang ke kampung.

Benar lah orang kata kasih ibu bapa tiada sempadan. Papa memang sangat marah tapi aku tak di buang. Aku di jaga dengan baik oleh keluarga. Ibu aku membeli segala kelengkapan bayi bahkan tak pernah malu mengiringi aku mendapatkan check up setiap bulan hingga aku bersalin.

Aku bersalin anak pramatang kerana komplikasi ketika mengandung. Ibu lah yang berulang alik membawa aku ke hospital dan sering bercakap dengan anak agar dia kuat. Hampir tiga minggu berada dalam inkubator.

Hanif datang, mohon maaf

Aku sangka setakat itu sahaja hubungan aku dengan Hanif. Tetapi selepas sebulan aku bersalin, Hanif datang bertemu keluarga. Memohon maaf dan meminta peluang. Hanif berjanji pada orang tua aku bahawa dia akan mengahwini aku dan meminta agar membawa aku pulang bertemu keluarganya. Keluarga aku hanya lah orang kampung, mudah memaafkan Hanif asalkan cucu mereka berpapa.

Aku mengikut Hanif pulang kembali. Dan Hanif ternyata tidak berkahwin pun dengan aku. Hanif memaksa aku menipu keluarga aku dengan ugutan dia akan membawa lari anak aku kalau aku tak ikut segala kata katanya. Hanif menyewakan sebuah rumah untuk kami dua beranak.

Minggu pertama memang sukar kerana aku asyik bergaduh dengan Hanif hingga ke tahap Hanif menghempas aku ke lantai membelasah aku hingga berlaku pendrahan. Hanif bukan membawa aku ke hospital malahan membawa salah seorang rakannya untuk merawat aku dari rumah.

Bawa perempuan lain dalam rumah

Di situ lah neraka aku bermula. Hanif memang menyediakan segalanya, makan minum pakai semuanya A class, yang terbaik. Bawa aku keluar makan dan beli barang keperluan tak ada yang kurang kecuali, aku tidak di layan seperti manusia. Hanif kerap membawa balik perempuan ke rumah itu, untuk sama sama memadu asmara.

Tiap kali dia membawa perempuan, dia akan bagitau mereka bahawa aku ini hanya lah pembantu rumah. Bahkan ada perempuan yang tinggal bersama hingga berminggu minggu. Aku bodoh kerana tak lari sebab takut akan ugutan Hanif.

Perempuan perempuan yang Hanif bawa balik, aku lihat mereka semua terdiri daripada mereka mereka yang berperwatakan menarik dan sopan. Orang baik baik yang terperdaya dengan janji janji manis Hanif seperti mana aku.

Hanif akan datang setiap pagi sebelum pergi kerja untuk membawakan sarapan dan akan bersarapan bersama ketika tiada perempuan lain di rumah tu. Kalau ada, dia akn tinggalkan makanan sahaja dan dia pergi bersama perempuan dia. Hanif akan datang kembali selepas waktu kerja dan pulang sekitar tengah malam. Telefon aku Hanif pegang dan rumah akan sentiasa berkunci. Aku hanya boleh keluar bersama Hanif.

Tamat nifas dan pantang 100 hari, mula disentuh

Selepas nifas aku berhenti dan habis pantang 100 hari, Hanif mula menyentuh aku kembali, ketika itu Hanif semakin jarang membawa perempuan datang. Bodohnya aku, dalam tempoh tu aku berbaik semula dengan Hanif walaupun Hanif pernah memperlakukan aku tidak selayaknya manusia.

Aku sedar akan kebodohan aku tetapi aku tidak tau kenapa aku tidak mampu melepaskan Hanif, apatah lagi melihatkan layanan Hanif pada anak aku begitu baik. Anak aku juga amat manja dengan Hanif.

Dalam keadaan kotor hidup dalam maksiiat, aku tidak lupa untuk berdoa dan solat seperti biasa, memohon agar aku di keluarkan daripada kehidupan maksiiat itu. Selepas hampir setahun, rumah aku di ketuk di luar waktu yang biasa.

Aku tau ianya bukan Hanif sbb Hanif sahaja yang mempunyai kunci dan aku masih terkurung. Hanif akan terus masuk setiap kali. Tiap kali berbual dengan orang tua aku juga di depan Hanif menggunakan telefon Hanif. Kehidupan aku memang di kawal sepenuhnya oleh Hanif.

Diserbu keluarga isteri Hanif

Apabila aku membuka pintu, maka berdiri satu susuk tubuh yang aku kenali bersama seorang wanita yang aku kira sebagai ibunya dan juga beberapa orang lelaki. Isteri Hanif akhirnya berjaya menjumpai “rumah kedua” Hanif.

Kita sering kali membaca kisah peperangan dan pergelutan yang berlaku antara isteri dan perempuan simpanan suami. Tetapi ianya tidak berlaku dalam kisah aku. Selepas abang abang isteri Hanif berjaya memecahkan mangga, mereka masuk dan kami berbincang dari hati ke hati.

Ibu mertua Hanif amat baik, isteri Hanif menangis teresak esak apabila ibunya memberi cadangan agar dia bermadu. Dia tidak kuat untuk bermadu. Namun dia tak nak bercerai kerana terlalu kasihkan Hanif. I know im the third wheel. Depan ibu dan abang abangnya dia merayu agar aku pergi dari hidup mereka. Katanya dia tak mampu hidup tanpa suaminya, dia rela dan redha jika suaminya seorang kaki perempuan tetapi dia tak rela bermadu.

Malam itu juga aku di hantar pulang ke kampung. Papa amat marah apabila mengetahui selama setahun lebih aku menjadi binatang. Kerana kasihkan aku dan cucu mereka yang dah lama tak di jumpai, papa menerima ku kembali bersyarat bahawa Hanif tak kan sesekali wujud lagi dalam hidup aku. Aku akur.

Aku dengar teruk Hanif kena dengan abang abang ipar dia bahkan keluarga Hanif dengan keluarga isterinya bergaduh teruk. Aku dah tak pernah dengar lagi khabar Hanif selepas tu. Memang Hanif pernah ke kampung mencari kami tetapi di halau oleh papa dan abang aku.

Sekarang anak aku dah besar. Aku pun dah berjaya dalam hidup. Memang susah jadi seorang ibu tunggal tetapi aku kena tebus silap aku. Aku nak balas balik jasa ibu papa. Walaupun sekarang aku berjaya belikan kereta dan rumah buat ibu dan papa aku, tapi semua tu takkan cukup.

Pesanan

Kepada kalian kalian yang terlibat dalam cinta dengan suami orang, lepaskan lah lelaki itu. Tak berbaloi kalian melukakan hati isteri yang berkorban macam macam. Sampai sekarang aku masih ingat akan tangisan isteri Hanif yang merayu pada aku agar tinggalkan suami dia. Kalau aku rasa sakit Hanif buat macam ni, isteri dia berkali ganda lagi sakit.

Buat lelaki, tak perlulah kalian nak test market. Ingat kembali kenapa kalian memilih untuk berkahwin dengan isteri anda. Jika hanya untuk menyakiti, lebih baik tak perlu. Hati isteri amat kuat hingga mampu untuk terus menerus memaafkan anda tetapi tak bermakna anda boleh terus menyakiti isteri anda. Layanlah isteri dengan kasih akung dan belas kasihan.

Buat para isteri yang merasa sakit dengan kehadiran orang ketiga, anda wanita yang hebat. Kerana mampu menempuhi dugaan yang sebegini besar. Aku yang pernah menjadi orang ketiga memohon maaf.

Tak pernah berbaloi untuk menjadi orang ketiga apatah lagi dengan kebahagiaan secara haram. Impian nak membina masjid tetapi asas batu bata yang haram… Tak kan terbina. Tak akan bahagia, tak akan kekal. Jika anda terlibat dalam hubungan sebegitu, tak pernah terlambat untuk berpatah balik…. Pintu taubat sentiasa terbuka.

Jom kita lihat Antara komen netizen:

Arman Castello –Dari penceritaan anda , sy rasa Hanif org yg “berilmu” … Walau bagaimana pun sy doakan confessor tabah Dan redha atas apa yg telah dilalui dan apa yg akan dilalui… Tidak perlu malu kpd manusia, ttp malulah kpd Allah…hanya DIA yg maha p ngasih dan faham hamba2Nya … jagailah anakmu dan kedua ibu-bapamu sbb mereka itu syurgamu.

Zaidah Alias – Syukuri nikmat rahmat yang Allah beri, ibu bapa yang sentiasa berada di sisi dan rezeki yang banyak. Peliharalah anak tu dengan baik. Yang bersalah kamu, bukan dia. Berikan didikan yang sempurna.

Hanif memang tiada hak sebeb tiada ijab jadi tak perlu takut dari sudut undang-undang islamnya malah dia tak tahu malu kot, klu akhirnya nnt berkata, my kid or what ever pengakuan dan isterinya juga. Anda dah beri dia peluang dahulu kpd suaminya.

Pasal kahwin….dua pengalaman teruk anda, aku tak pasti perasaan anda. Kalau perlukan lelaki, kena fikir sehabis baik dan elok melalui pilihan keluarga anda pula. Restu ibu bapa juga kunci kebahagiaan. (esok esok mungkin) Klu tidak, anda dah ada anak, milik anda seorang. Cukuplah!!!!

Ara Nanami –Terus terang aku menyampah sungguh perempuan yg tjebak dgn cinta suami org bagi nasihat. Sbb ramai lagi perempuan sanggup susah sdr dr bantu lelaki lain. Lagi² suami org. Langsung tak boleh dipercayai.

Kalau ada yg kata, kena pada aku br tahu. Tak perlu. Dulu lagi berapa ramai suami org nak jadi sugar daddy aku. Sanggup bagi itu ini. Tp aku hargai diri aku, hargai badan aku. Semurung murung aku sbb hilang kerja, teman lelaki curang, aku pergi bcuti sdr fikir apa nk buat dgn hidup aku ni.

Jadilah KUAT utk diri sdr. Sbb org yg dilamun cinta keluarga pun dia tak fikir. Apa salahnya hargai diri sdr. Yg rasa sakit fizikal mental diri kita.

Sofiah Yunus –Hebat sgt Hanif ni smp ramai ppuan terpedaya or Hanif ni pakai sesuatu (minyak pengasih/dagu) sampai susah sgt ppuan nak pergi dari hidup dia. Fishy betol lelaki mcm ni. Sedih kisah hidup awk, semoga kuat. At the end, family kita jgk yg akn terima kita tak kesah lah betapa busuknya perangai kita di mata dunia.

Norliza Mustafa –Tolong la jangan bagi nasihat confessor. Jarang org susah nak guna akal mcm awak. Inshaallah org kat luar sana cerdik sikit kot dari awak n isteri Hanif. Tak boleh brain cara awak n isteri Hanif redha ngan perbuatan Hanif tu… Maaf la. Bukan xnk kesiankan awk. Kadang2 derita kita tanggung akibat kebodohan kita. Ditipu satu hal, tapi bodoh tu pilih sendiri.

Fahmi Mohaidin –pernah tengok akak angkat member…orangnya sopan,cantik,bertudung….jadi simpanan seorang lelaki yg kaya…diberikan bunglow..kereta mewah…jawatan manager…tapi bini tak bagi bermadu…kesian..circle of sin..

NurAz Wan -Betulkh hati isterinya begitu kuat? Atau begitu lemah? Sanggup mmbiar diri bersama dgn lelaki sprtvitu cuma krn cinta? Cinta tdk sepatutnya mndorong pdbkeburukn tp pd kebaikan. Cintai diri sendiri dulu, sebelum cintai org lain.

Diawal perhubungn, bila sdh nmpk bgmn sikp sebenar seseorng, patutlh jaihkn diri dn memutuskn hubungan, bila tahu diri lemh dn mudh diperguna, makin perlu cepat buat keputusan.. Jika dibiarkn ada kemungkinan isteri dijngkiti mcm2 penyakit akibat s3ks bebas suami.. Alangkh mnjijikn bila difikirkn bgmn masih snggup menerima lg suami yg begitu..

Semoga memberi pengajaran. Apa pula kata anda.

– Perempuan kesal (Bukan nama sebenar)

sumber: edisimedia