“Terjumpa Jarum Patah Dalam Bubur, Daging Mentah Busuk Dalam Bilik” Pukul 2pagi dengar pula hentakan kaki pakai gelang
Foto sekadar hiasan
Hi Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku merupakan alumni sebuah universiti di tanah air. Aku nak kongsi cerita masa aku duduk menyewa dengan kawan kawan masa belajar dulu. Ya, Yang ni memang cerita benar.
Kami menyewa luar masa tahun ke 2 sebab tak dapat kolej kediaman. Sebab tak aktif sangat dengan aktiviti universiti. Sayang sangat dekat lemak yang dah kumpul bertahun. Haha.
So cari punya cari, dapat la satu rumah ni. Kami semua 7 orang. Semua budak engineering. Jadi kuliah sama sama.
Aku namakan mereka Bibah, Peah, Timah, Kiah, Minah, aku dan Jenab (semua bukan nama sebenar).
Timah dengan Jenab ni duduk bilik utama berdua je. Peah, Minah dengan Bibah duduk bilik ke 2, depan bilik utama. Aku dengan Kiah duduk bilik belakang sekali.
Mula mula duduk rumah ni ok je, harmoni je rasa. Lepas 3 bulan macam tu, mula la ada gaduh sikit sikit. Aku dengan Kiah tak ambil tahu sangat sebab bilik kami belakang dekat dapur pulak tu. Orang gaduh, kami buat tak tahu je.
Lepas lama lama, aku ngan Kiah jadi serabut sebabnya selalu sangat gaduh. Jadi kami bersemuka, bahasa mudahnye open table.
Gaduh sebab si Timah dengan Jenab bawa balik jantan dalam rumah. Kantoi dengan si Bibah. Aku dengan Kiah terkejut sangat sebabnya aku dengan Kiah ni jenis malas nak keluar rumah. Balik kuliah lepak dalam bilik tengok runningman tak pun tengok movie.
Jadi lepas pada tu, kami ambil keputusan suruh si Timah dengan Jenab ni keluar dari rumah sewa tu.
Lepas pada tu, rumah sewa kami mula kena ganggu. Kiah jumpa jarum patah dalam bubur. Nasib tak tertelan. Bilik Peah jumpa daging mentah busuk padahal kami ni sepanjang duduk rumah tu tak pernah beli daging.
Kemuncaknya, bila kami balik dari kuliah. Ceiling bilik Peah berlubang. Dari lubang tu ada tapak kaki kecil turun dari lubang lepas tu panjat tiang seri rumah membawa ke dapur. Tapak kaki berakhir dekat tingkap dapur.
Yang peliknya tingkap dapur tu tak terbuka langsung. Cuma ada kesan tapak kaki je. Kami ingat mungkin monyet. Lupa nak bagitau lepas si Timah dengan Jenab keluar, ada orang baru ganti masuk (Lala dan Pipah).
Lepas kejadian tu, kami bagitahu tuan rumah, tuan rumah kami ni tok imam masjid. Dia syak kami ni buat benda bukan bukan. Siap marah sebab duduk rumah pakai baju tak cukup kain.
Lala tu anak dia. Jadi lala ni jenis menjawab sikit. Dia cakaplah semua perempuan kot bukannya ada nfsu sama sendiri. Terus si ayah lala ni (tok imam) tu cakap kalau jadi apa apa lepas ni aku tak nak tolong.
Selang dua hari lepas tu, kami kena ganggu lagi. Masa tu nak final exam. Esoknya kami ada 2 paper yang agak susah hidraulik dengan apa entah lagi satu tak ingat. Malam tu, kami tidur lewat sebab belajar sama sama.
Dalam pukul 2 lebih semua masuk tidur. Tak lama lepas tu dengar bunyi loceng. Macam orang pakai gelang kaki lepas tu jalan hentak hentak kaki. Depan pintu bilik tiba tiba nampak orang berdiri.
Dah la bilik aku paling belakang. Aku cuba mesej Lala tapi tak lepas. Call pun tak dapat. Seram sejuk masa tu. Dengan nampak bayang orang dekat tingkap. Masa tu Allah je tahu macam mana rasa seram tu.
Nasib baik Kiah ni jenis kuat semangat. Dia baca ayat kursi sekuat yang mungkin. Lepas pada tu, aku jerit panggil yang lain keluar masuk kereta aku. Pecut pergi rumah ustaz dekat pekan (ustaz ni lecturer mengajar kitaorang masa tahun 1).
Berhimpit la 7 orang dalam kereta wira. Nasib baik, aku dengan Kiah je gemuk. Yang lain kurus melidi. Sampai je terus ustaz suruh masuk rumah dia cepat cepat.
Kami tunggu subuh, baru balik rumah dengan ustaz. Ustaz ni call ayah lala (tok imam). Sampai je rumah terus ustaz azan kuat kuat.
Lepas tu ustaz ambil cuka terus curah dekat penjuru dalam rumah. Bau terbakar dekat tempat kena curah cuka tu. Dia ambil garam kasar dengan lada hitam ditabur untuk pagar rumah.
Lepas pada semua tu, ustaz ajak pergi kumpul dekat rumah Lala yakni rumah tok imam tu la. Ustaz pun bagitau ada orang terasa hati dengan kami semua. Jadi dia balas dengan cara halus.
Satu je nasihat aku, bila berkawan kena pandai. Aku akui kami semua ni jenis cakap lepas, gurau kasar dan jenis cakap depan depan. Tapi kami silap, kami lupa tak semua orang macam kami. Tak semua orang boleh terima bila kita hukum dia sebab salah yang dia lakukan.
Akhir kata, kalau ada yang duduk satu rumah tu, andai kata ada yang buat salah tegurlah dengan baik baik. Jangan jadi macam kami.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Fida via IIUMC via edisimedia