“Terkejut Beruk Bila Salah Peluk Ingatkan Isteri Di Dapur Rupanya Adik Ipar” Hingga satu malam adik ipar tunggu tepi bilik

Foto sekadar hiasan.

Minta hide cerita ini. Saya seorang suami yg telah bernikah 2 tahun yg lalu. Perkahwinan kami bahagia macam biasa..Kami tinggal di Kuala Lumpur..Saya bekerja dan isteri saya juga bekerja. Kami masih belum di kurniakan cahayamata.

Tahun lepas bulan ogos genap setahun kami bernikah. Isteri memberitahu saya yg adiknya mahu menumpang di rumah kami dan mahu mencari kerja dgn alasan susah utk mendapat kerja di kampung. Lagipun dia baru sahaja habis Diploma dan tidak mahu menyambung pelajarannya.

Saya tiada masalah dan terus izinkan adiknya untuk menumpang Lagipun dia itu adik isteri saya.

Masalahnya di sini. Dalam bulan November tahun lepas. saya telah membuat satu kesilapan yg tidak saya sengajakan.

Pada suatu pagi waktu saya cuti. Saya bangun dan pergi ke dapur untuk minum. Sampai di dapur saya pun lihat isteri sedang sibuk di sinki. dlm hati saya terdetik. Rajinnya isteri aku pagi² lagi dah basuh pinggan. saya terus pergi ke arahnya diam² dan saya peluk sekuat²nya.

Dalam tempoh hampir 10 saat saya peluknya. saya terdengar suara halus di telinga saya dgn memanggil abg. tetapi tenyata suara itu bukanlah suara isteri saya.

Terkejut beruk saya. org yg saya peluk itu adalah adik ipar saya sendiri..Terus saya lepaskan pelukan dan meminta maaf kepadanya lalu bertanyakan kemana kakaknya pergi..

Dia katakan yg kakak pergi ke pasar membeli lauk utk di masak dan juga juadah pagi..Saya terus masuk ke bilik dan termenung atas kesilapan saya tadi. Kebetulan susuk tubuh adik ipar saya hampir menyerupai susuk tubuh isteri saya.

Saya capai telefon saya dan terus mesej no adik ipar saya dan saya memohon maaf atas kesilapan dan mohon agar dia tak beritahu kakaknya tentang perkara itu. Dia pun membalas pendek mesej saya..’Tak Apa Bang.Jangan Risau’ begitulah yg di balasnya. Lega hati bila dia berkata begitu.

Tetapi hari demi hari semakin pelik perangai adik ipar saya ni. Setiap kali jika kami berkelapangan untuk makan bersama bertiga di meja makan. tak kiralah siang ataupun malam. mesti adik ipar saya akan duduk di hadapan saya. isteri mcm biasalah. mesti di sebelah. adik ipar saya suka geselkan kakinya dgn kaki saya sambil menjeling kakaknya.

Lepas tu dia suka mesej saya sewaktu saya bekerja. Dia beritahu suka dgn saya lah..lps tu cakap seronok kena peluk dgn saya. Serba salah saya di buatnya. Dia byk masa di rumah sebab hanya buat jualan online di fb.

Ada satu malam saya terjaga sekitar jam 2 pagi unutk ke tandas keluar je dari tandas terkejut saya sebab adik ipar saya berdiri di tepi bilik saya dgn berbaju tidur bertali halus berwarna pink dan menarik tgn saya masuk ke dalam biliknya lalu dia kuncikan pintu.

Mlm itu jugalah isteri saya tak sihat akibat demam dan selsema yg teruk. mkn ubat lps isyak dan terus tidur tak sedarkan diri. Jadi pada mlm itu juga perkara yg tidak di ingini berlaku. Saya hanyut bersama² adik ipar saya.

Pagi esoknya sewaktu mkn pagi..isteri ada tanyakan kemana saya pergi mlm tadi sbb dia tersedar sekejap yg saya tiada di sebelahnya. Saya jawab menonton tv. dia pun diam.

Saya lihat adik ipar tersenyum sambil menjeling manja ke arah saya..Saya mohon rakan² di group ini beritahu apa yg saya perlu buat..saya masih sygkan isteri dan rumahtangga saya..dlm masa yg sama..saya teruskan juga perbuatan haram bersama adik ipar sayak..mohon nasihat dari saya yg tak sempurna ini..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  krt via hits.allhmt.com