“Terkena Di Hotel, Pelik Tiba2 Muncul Tulisan Di Cermin” Mata baru jer nak lelap terdengar pula pintu dihempas
Foto sekadar hiasan.
Sejak kerajaan umumkan boleh rentas negeri, memang membuak rasa nak pergi tempat lain selain selangor. Lama sangat PKPB Selangor pun. Hingga hari ini masih PKPB. Tak boleh tahan dah haih. Kita kena keluar untuk jana ekonomi. Eceh! Begitu.
Aku pilih ke Ipoh. Kami satu kereta perempuan semua. 4 orang. Jadi hotel di Ipoh pun kami pilih yang tak perlu lah mahal mahal sangat. Cukup sekadar selesa untuk mandi, solat dan tidur saja.
Hari pertama kami check in jam 2 petang. Hotel ni terletak di tengah pekan Ipoh. Bangunan yang digunakan ialah bangunan deretan kedai lama yang sudah di naik taraf. Masih ada aku nampak bangunan terbiar sekitar situ yang masih buruk dan teruk. Tapi hotel ni elok cantik. Dengan cat warna hitam dan gold. Memang dari jauh boleh nampak dah.
Masa masuk saja ke bilik, tiada apa apa yang pelik. Kami solat apa semua, keluar balik. Banyak tempat makan nak explore ni. Persis balas dendam. Eh, bukan, kita kan nak jana ekonomi. Habis sana sini pergi sekitar ipoh tu untuk makan makan.
Hari dah malam pun masa pulang semula ke hotel. Deretan kedai yang nampak meriah siang tadi semua dan bertukar sepi di kawasan tu. Kereta pun tinggal beberapa saja masih parking berbanding waktu siang, parking pun susah nak ada.
Tapi waktu tu baru pukul 9 malam lebih. Kawasan tu sahaja mungkin sepi. Jalan besar masih banyak kereta. Aku tak fikir apa pun, naik ke bilik dan bergegas nak mandi
Masa nak mandi, aku ke bilik air. Iyalah takkan nak mandi atas katil pula kan. Masa masuk bilik air, baru aku perhati betul betul. Cantik bilik airnya. Besar luas.
Tadi siang ambil wudhuk saja, tak mandi. Jadi tak adalah perhati betul betul. Ada cermin besar sangat di hadapan sinki. Cermin tu tak ada apa apa, bersih elok bersinar.
Semua pakaian nak salin, tuala dan lain lain aku sangkut di tempat sangkut disediakan. Iyelah siapa yang nak sangkut ala kadar, kalau jatuh kan nanti basah. Mestilah letak elok elok kan.
Aku pun pulas pili shower, air turun dari bumbung sebab showerhead tu jenis tanam dalam bumbung. Macam mandi hujan. Lama mandi sebab segar rasa badan kena air suam suam ni. Faham sajalah bila air suam, satu bilik air akan berkuap. Cermin pun habis berkabus. Putih tak nampak muka pun di cermin.
Habis mandi, nak lap badan. Aku terkejut bila tengok tuala dan baju aku dah ada atas lantai. Eh? Macam mana boleh jatuh? Tadi dah sangkut baik baik. Ahhh takda apalah mungkin memang silap aku la ni. Cuba sedapkan hati.
Lepas tu aku pun mengadap cermin yang berkabus. Eh nak tulis tulisan lah. Nanti siapa masuk seterusnya mesti terkejut. Tapi belum sempat aku tulis apa apa. Ada tulisan mulai muncul sendiri di cermin.
Kedudukannya agak tinggi dari aku dan ahli bilik yang lain. Masa tu aku dah mula meremang bulu roma dah. Eh, aku belum tulis apa apa pun. Tulisan ni siapa buat. Dan aku juga yang mula mula mandi selain ahli bilik yang lain. Ah sudah.
Tulisan yang awal tadi kabur kabur makin jelas. Tertulis situ “peluang kedua”. Tapi aku masih sedapkan hati. Tiada apalah ni. Aku pun cuba tulis juga bawah bawah tu. “Love you.” Saja buat ujikaji. Kalau betul tulisan tu dari sebelum ni, jika aku tulis pun mesti nanti akan keluar juga kan? Bila next member mandi pula.
Aku pun keluar, dan member seorang lain masuk. Aku tunggu reaksi dia. Sebab cermin masih berkabus. Sekali dia jerit.
“Weiiii! Ko tulis ke wei?”
“Tulis apa? “Buat buat tak bersalah.
“Tu.. perkataan ‘peluang kedua’ tu… “
Aku tanya.. “itu jeke ko nampak? Ada tulisan lain tak?”
“Takda, itu je. Cakap betul betul ko tulis ke?”
Aku dah makin pelik, mana perkataan “love you” aku tulis bawah tu. Aku pun pergi intai tengok.. ehhh dah takda. Masih ada peluang kedua tu je. Jadi aku pun taknak member takut, aku cakap ajelah, “haah aku tulis. Saja main main sebab berkabus best pulak tulis tulis”. Padahal dalam hati kedebak kedebuk tak tentu arah dah.
Mujurlah tidur berempat satu bilik. Aku takla takut sangat. Tengah tengok tv bersama sama, satu persatu dah lena. Tinggal aku seorang. Adoi! Apa ni depa ni tidur awal dari aku pula dah.
Aku kembali teringat cermin kat bilik air tu, terus meremang semula. Bilik dah gelap gelita ni, mengharap lampu dari bilik air saja.
Aku pun cuba lelapkan mata. Elok aku baru nak pejam mata, aku dengar pintu di hempas kuat. Gedegang!!!!! Terus aku terjaga sampai istighfar. Siapa malam malam hempas pintu ni. Bergaduh ke apa. Tapi senyap sunyi saja masa tu. Aku tengok member lain semua masih lena macam tak dengar apa apa pun.
Aku berpeluh dalam bilik aircond. Apa lagi lah ni. Baru nak terlelap sekali lagi, tv pula menyala. Alaaaaa janganlah macam ni. Remote tu sebelah aku. Mungkin aku tertekan.
Aku terkelip kelip sambil bacalah apa patut. Janganlah kacau aku. Aku tak kacau engkau. Tau tau aku tertidur sekitar jam 2am lebih kot. Alih alih eh dah subuh. Lega tiada ganguan lain.
Esoknya pagi pagi tu nak mandi, aku simbah air dulu bersihkan cermin yang memang dah bersih tu. Dengan harapan jika berkuap lagi nanti, takdalah timbul tulisan lagi. Ok lega. Takda dah perkataan tu atau apa apa perkataan lain. Kami pun nak bersiap siap nak check out.
Dah selesai semua, dah dalam kereta.
Baru perasan, handphone aku tertinggal di bilik. Beratnya hati nak naik seorang memandangkan semua dah dalam kereta. Nak tak nak naik jugalah.
Minta kunci semula dari receptionist dan aku masuk ke bilik tu. Masa tu meremang dia tak tahulah nak cakap apa. Aku rasa macam nak pitam pun ada, meremang tu sampai ke muka dan seluruh belakang. Macam ada benda tapi tak nampak.
Aku cepat cepat ambil phone, tarik kunci dan tutup pintu dan berlari pergi lift. Masuk lift terus hilang meremang tadi. Apa bendalah tu. Haduhhhhh!!!
Masa aku nak pulang kunci tu saja tanya receptionist. Bilik 205 tu selalu full orang booked ke? Sekali dia jawab. “Sudah lama takda kak, sebab PKPB. Ini kita baru start terima customer semula.” Ok patutlah.
Sampai kesudah aku tak cerita kat sesiapa pun member yang lagi 3 tu. Aku nak cerita kat FS ni saja. Korang kalau bercuti ni hati hatilah ya jika booking hotel. Bacalah apa apa patut sebelum masuk.
Moga tak diganggu makhluk kita tak nampak yang mungkin menghuni masa bilik tu kosong lama takda pengunjung.
Nasib baik satu malam saja. Kalau ada satu malam lagi aku memang nak angkat kaki awal awal dah. Tak sanggup rasa. Benda bilik biar kosong lama. Macam tu lah. Selamat bercuti semua .
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : HaiMY via Fiksyen Shasha via edisimedia