“Terlanjur Hamil Bersama Kekasih” Kekasih Ragui bayi yg dikandung dan ayah menangis setelah baca surat yg aku tinggal
Kisah Benar : Penyesalan Tak Sudah
Saya terjebak dengan ziina sewaktu berada di IPT. Setiap minggu saya keluar bersama teman lelaki. Kehidupan di bandar membuat saya bebas. Kejutan budaya membuatkan saya lupa mengerjakan solat. Saya lupa segala pesanan emak ayah. Saya seronok hidup bebas tanpa siapa yang ambik peduli apa yang saya buat.
Hubungan yang intim telah menjebak saya melanggar larangan Allah. Saya rasa bahagia. Rupanya bahagia palsu. Saya tertipu. Apabila saya disahkan mengandung, saya bagitahu teman lelaki. Apa dia cakap?
“Betul ke itu anak saya?”
Betapa hancurnya hati apabila teman lelaki meragui kesetiaan saya. Seseolah dia mahu menyatakan bukan dia seorang yang meniduri saya. Seseolah saya bertukar pasangan. Seseolah saya berziina dengan ramai orang. Sangat kecewa.
Dan saya membuat keputusan, walaupun dirayu suatu hari nanti, dia tak layak menjadi suami. Saya tidak sudi lagi bernikah dengan orang yang telah meragui kesetiaan saya.
Menyesal tidak kesudahan membuat emak dan ayah kecewa. Terlukanya hati mereka atas perbuatan saya. Ayah menangis berminggu minggu apabila membaca surat yang saya tinggalkan selepas keluar dari rumah tempohari.
Saya datang sendiri ke Baitus Solehah. Naik bas, turun bas membawa sedikit pakaian. Alhamdulillah, masih ada tempat yang sudi menerima saya untuk berlindung. Niat saya satu saja datang ke Baitus Solehah, untuk dibimbing bertaubat. Saya mahu berubah.
Saya anak sulung dari 3 adik beradik. Saya anak yang cerdik sehingga dapat menjejak kaki ke universiti. Saya berjaya menamatkan penggajian sarjana muda.
Emak dan ayah menaruh harapan saya menjadi contoh kepada adik adik. Diharap dapat membantu keluarga. Kami bukan keluarga berada. Bapa cuma bekerja kilang dan memiliki sebuah motorsikal digunakan untuk berulang rumah ke tempat kerja. Emak cuma bekerja sebagai pembantu dapur di kantin sekolah. Saya telah memusnahkan kepercayaan emak ayah.
Saya telah selamat melahirkan anak secara pembedahan. Anak saya perempuan. Sejak mengandung hingga anak saya berumur 2 tahun, saya tidak diizinkan pulang ke rumah. Jika mahu pulang, tak boleh bawa anak.
Habis tu kemana saya nak letak anak saya. Anak yang lahir dari rahim saya. Saya lahirkan dia kedunia dengan status anak tak sah taraf, kemudian mudah saya lemparkan status untuk ditanggung oleh anak sendirian bersama keluarga angkat.
Begitu mudahkah saya melepaskan beban atas kesilapan saya?
Suatu hari nanti, anak saya akan tanya, siapakah bapanya? Apa saya nak jawap? Suatu hari nanti anak saya akan bersekolah. Mesti kawan kawan akan tanya, mana bapanya? Kenapa tak pernah nampak bapa jemput pulang dari sekolah.
Suatu hari nanti anak saya akan bernikah, Menggunakan wali hakim. Mesti anak akan tanya kenapa wali hakim? Oh, kasihan anak saya, dia yang terpaksa menanggung segala beban emosi ini.
Pengakuan kisah benar seorang pelatih Baitus Solehah. Semoga menjadi teladan kepada semua untuk dijadikan iktibar.
Yang mencatat kisah benar,
Mak Liza.
Reaksi Warganet
Perkongsian diatas mendapat reaksi pelbagai daripada pembaca. Lihat apa kata mereka.
Juwa Din –Ambil pengajaran dik atas ape yang berlaku. Jangan ulangi kesilapan lalu. Besarkan anak tu dengan kasih sayang. Dia tak bersalah dalam hal ni. Semoga kehidupan adik dan anak baik2 aje.
Ryu Zan –Kalau anak tu tanya, cakap je yang bapanya sudah MIA. Jangan kata mti pula. Nanti nak kena tunjuk pusara dan punca dia mti. Perihal kahwin anak nanti, guna wali hakim. Berterus-terang kat dia. InshaAllah.
Eida Adiela –Percayalah, anak tak sah taraf tak akan tanya mana bapak dia. Andai betul cara anda berterus terang, dia akan menyayangi dan menyanjungi anda sekurang2nya anda tak lempar dia ke tong sampah.
Anak tu tak salah dan jangan hukum dia. Anda juga tak bersalah andai anda galas tanggungjawab sebagai ibu yang terbaik. Ingat ibu adalah ‘malaikat’ bagi si anak.
Dyna Nora –Tahniah awak kerana mempertahankan anak yang tak bersalah. Saya bangga dengan kekuatan jiwa yang awak miliki. Betul lelaki seperti itu tidak layak dijadikan suami apatah lagi dijadikan ayah.
Semoga Allah kurniakan kebahagian berkekalan buat awak satu hari nanti. Diketemukan seorang imam yang baik dan dapat menjaga kamu berdua. Insya’allah.
Saya punya ayah tapi nikah tidak berwalikan dia atas sebab dia tak balik masa saya nikah. So takde malunya kalau nikah berwalikan hakim.
Suliza Darling –Jangan pernah berputus asa. Ceritalah sebetulnya kesilapan kamu, anak itu katakan padanya Allah titipkan supaya kamu sentiasa dekat padanya.
Sentiasa bagi semangat kepada anak itu. Kerana kamu yang melakukan kesilapan bukan dia. Dia bersih suci, tiada dosa, didik dia supaya istiqamah dan tidak melakukan kesilapan yang sama. Semoga semuanya dalam lindungan dan kasih sayang Allah. Allah sayang, pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hambanya.
Syamsiah Abd Ghani –Dahulu, saya pernah muda pernah bercinta. Dan segala persoalan yang ditanya oleh siswi ini juga sentiasa berlegar2 di dalam kepala ini.
Alhamdulillah dengan persoalan2 ini lah yang membuatkan wujudnya batas dalam pergaulan kami adik beradik dan juga mungkin doa dari ibu bapa saya juga.
Alhamdulillah rumah ini diwujudkan untuk membela nasib anak2 yang terlanjur tapi harapan saya jangan jadikan rumah ini sebagai tempat persinggahan di atas d0sa2 yang kita PILIH untuk lakukan dengan rela hati.
Kepada adik2 yang terlanjur, Alhamdulillah Allah pilih anda untuk bertaubat dan sedar dengan khilaf lepas. Semoga kisah anda ini, boleh menjadikan tembok kepada adik2 di luar sana dari melakukan perkara yang sama.
Hargai masa depan, hargai ibu bapa selagi mereka hidup dan yang paling penting, hargai masa depan bakal anak2. Setiap manusia memang tidak lepas dari melakukan kesalahan, ambil kesempatan di sini untuk bersama-sama membantu akidah adik2 kita.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Baitus Solehah via edisimedia