“Tiada Cara Lain Kalau Sayang Tiba2 Mengandung, Sayang Kena Jugak Gugurkan” Sebab kita tiada masa depan
Foto sekadar hiasan.
Thanks admin jika ceritaku ini tersiar di confession ini. Aku ingin meluahkan kerana buntu dengan kehidupanku yang sekarang.
Aku, Laila (bukan nama sebenar) berusia 24 tahun. Aku lahir dari keluarga yang serba serbi lengkap dan juga ada pendidikan tinggi.
Pada zaman belajar aku, akhir tahun aku telah dikecewakan oleh bekas teman lelaki. Selepas itu, aku mengalami d3pr3ssi yang cukup hebat sampai terpaksa menerima rawatan.
Setelah setahun lepas itu, aku perlahan lahan bangun dari depresi ku itu. Namun pelangi datang hanya sementara. Aku tidak tahu yang hidupku akan kembali kelam.
Syukur pada usia 22 tahun setahun selepas pengajian aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat. Inilah kelam yang bakal tiba itu.
Satu hari, aku bertemu dengan klien aku, Haris (bukan nama sebenar) umur 35 tahun yang aku fikir agak sempoi orangnya dan sangat mesra dan sopan.
Disebabkan kerja, kami banyak kali bertemu untuk membincangkan hal kerja. Sadly, after dah tamat projek kami dah tak berhubung.
Tapi langkah yang aku ambil ini merupakan permulaan segalanya. Aku mula bermesej dengannya kembali bertanya khabar dan hari ke hari makin rancak kami berbual.
Sebulan kemudian, dia sudah berani memanggil aku dengan panggilan sayang dan baby yang membuatku bahagia sementara.
Setelah dua bulan kami saling mengenali dengan lebih rapat, aku pun baru terfikir nak stalk dia punya fb.
Sumpah demi Allah, aku tak tahu rupa rupanya dia sudah berkahwin. Dia mempunyai seorang isteri yang agak sopan orangnya. Bertudung litup serta mereka sudah mempunyai dua orang anak. Remuk hatiku.
Aku suruh dia berterus terang dan selepas itu dia memberitahu hal sebenar dan malah menambah sakit hatiku dia boleh berkata seperti begini,
“Kita tak ada apa- apa pun kan. Kenapa nak gelabah sangat ni saya dah kahwin?” Dah tu apa makna panggilan manja semua itu?
Sebulan lepas tu aku tidak menghubunginya. Namun semuanya berubah sejak hari itu. Pada hari itu, aku dan dia bertemu semula atas urusan kerja. Kerana rindu, kami bertegur semula dan bertemu janji pada malam itu.
Kami saling bertukar tukar perasaan malam itu dan dia juga berjanji akan menjadikan aku isteri kedua tapi perlu melalui proses yang sukar bersama.
Aku dan dia menjalinkan hubungan yang aku kira sebagai curang. Aku simpati kepada isterinya tetapi aku terlalu sayang kepada Haris. Walaupun beza usia kami terlalu besar, aku tidak kisah semua itu asalkan dia menjadi milikku.
Namun semua tidak indah seperti disangka, aku sudah berani menyerahkan diri dan maruahku kepadanya kerana terlalu sayangkan dia dan juga tewas dengan nafsu.
Haris selalu bekerja di luar kawasan dan aku juga mempunyai jadual kerja yang sangat sibuk membuatkan kami jarang berjumpa.
Awan kehidupanku bertambah lagi kelam setelah aku dapat tahu yang bukan akulah seorang yang ada title menjadi perempuan dia. Ada seorang lagi yang menjadi pemuas nafsunya.
Aku mengamuk malam itu dan dia memberitahu segalanya. Rupanya perempuan itu tidak tahu pun kewujudan aku. Dan aku adalah orang ketiga selama ini. Betapa b***hnya aku kerana percaya dengan dia dan menyerahkan segalanya.
Segalanya menjadi terlalu b***h bila dua hari selepas itu, aku bagai dilanda sawan merayu supaya jangan ditinggalkan dan tak kisah dengan kehidupan dia yang macam itu asalkan sanggup bersamanya.
Setahun selepas itu, hubungan kami masih seperti biasa seolah olah tiada taufan yang melanda. Aku bagaikan tiada arah hidup dan aku sentiasa memikirkan jika dia meninggalkan aku adakah aku akan kembali kepada depresi aku ini.
Bulan januari, kami bertemu setelah lama tidak bersua dan menjalankan hubungan yang terlarang bagaikan suami isteri yang baru berkahwin.
Selepas dari itu, dalam sebulan lepas itu badanku mula mengalami perubahan. Aku disahkan mengandung. Lebih teruk, aku tidak memberitahunya langsung tentang perkara itu. Dan aku cuba bertanya jika aku mengandung suatu hari nanti kepadanya.
Jawab dia, “tiada cara lain kalau sayang tiba tiba mengandung. Sayang kena jugak gugurkan sebab kita tiada masa depan”.
Remuk hatiku setelah mendengar jawapan itu dan aku sudah pasti dia tidak mahu memperisterikan ku langsung. Aku hanyalah sebagai pemuas nafsunya.
Setelah itu, kami tidak lagi bertemu atas tuntutan kerja yang padat dan hanya berhubung melalui telefon. Lebih menambah episod kesedihan ini, disebabkan PKP yang dilaksanakan aku dan dia tidak bertemu sehingga ke hari ini.
Walaupun sudah dibenarkan untuk bertemu tetapi aku selalu mengelak dan memberi berbagai alasan. Tapi dari hari ke hari perut ini semakin membesar. Due date aku pada bulan 10 ini.
Aku nekad untuk tinggalkannya dan memilih untuk lari dari kehidupan ini serta memilih untuk melahirkan anak ini tanpa diketahuinya.
Namun menjadi masalah, aku tidak tahu ke mana yang aku boleh pergi jauh dari orang tuaku dan juga dari dia yang tidak menginginkan kami berdua.
Aku buntu. Tolong aku. Aku bagaikan ada nyawa kembali bila dapat tahu ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahimku. Aku yang buntu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Bunga (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com