“Tiba2 Emir Jerit Sekuat Hati, Semua Panik Cepat2 Mereka Datang” Tapi rasa aku puas

 

Foto sekadar hiasan

Aku Mona, mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan, namanya Emir.

Sejak awal mengandung, mertua aku beriya iya minta untuk jagakan Emir bila aku bekerja. Aku berasa lega. Lagipun katanya adik adik suamiku juga akan membantu menjaga Emir ketika aku bekerja.

Jadi, kuranglah aku rasa seperti membebankan mertua ku. Kalau ikutkan, mahu sahaja aku hantar ke daycare kerana sudah semestinya tugas pengasuh untuk menjaga anak ku.

Fast forward, PKP 2.0 dilaksanakan dan aku work from home. Bermula lah aku berendam air mata.

Memang Emir dikasihi oleh semua, tapi bila petang, aku perasan Emir dipaksa tidur oleh ibu mertuaku sampai menjerit jerit.

Bayangkan, baru sahaja 15 minit bangun tidur, sudah dipaksa tidur kembali. Kenapa?

Kerana seluruh keluarga mertua ku (kecuali suami) mahu tidur. Pelik bukan kenapa seluruh ahli keluarga mahu tidur ketika itu?

Rupanya, mereka semua jenis tidak tidur malam, dan hanya tidur selepas zohor. Mahu tak mahu, terpaksa aku tinggalkan kerja sebentar sebentar untuk melayan Emir.

Aku kasihan dengan Emir, kerana aku tahu dia suka bermain pada waktu petang.

Tidur petang mereka bukan sekadar sejam dua. Ini tidur seperti tidur malam.

Jikalau ada adik beradik yang tidak tidur siang, mereka sibuk dengan hal masing masing, kecuali dipanggil untuk menolong.

Memanglah aku tidak harapkan mereka, tapi tidakkah mereka kesian dengan ibu mereka?

Aku cuba sedaya upaya untuk ambil alih menjaga Emir ketika aku rehat dan tepat pukul 6, kadang kadang lebih awal, aku terus ambil Emir untuk dijaga.

Selalu aku minta maaf pada Emir, yang mama terpaksa bekerja. Mama tak dapat jaga Emir sepenuhnya ketika mama bekerja.

Aku kasihan dengan ibu mertuaku, tidur petangnya selalu terganggu, buatkan dia nampak amat penat dan mula menjadi marah marah. Tapi pada masa yang sama, aku geram dengan cara tidur mereka semua.

Perancangan untuk menjaga Emir bukan berlaku tiba tiba, malah sudah di ‘booking’ Emir untuk dijaga sejak dia berusia 3 bulan dalam kandungan.

Bagiku, jika sudah tahu akan menjaga seorang bayi pada waktu siang, kenapa tidak mahu usahakan tidur pada waktu malam? Akibat tidak tidur malam, pastinya siang akan mengantuk.

Hari ini, aku menangis lagi. Aku seorang sahaja yang bekerja di rumah. Adik beradik yang lain, serta suamiku bercuti. Aku syak ibu mertuaku tidak tidur pada malam tadi dan dia sedang berpuasa.

Ketika dia menghampar tilam, aku sudah mula gusar. Ditakdirkan yang Emir meragam, ibu mertua sedaya upaya memujuk Emir tidur walaupun sangat letih.

Menangis nangis Emir mahu dilayan namun ibu mertuaku terlalu mengantuk dan penat.

Adik beradik lain ada menjenguk, namun sekejap sahaja, tiada pertolongan diberikan. Sekadar bermain seminit dua dengan Emir, lalu sambung bermain game.

Terpaksa aku sekali lagi mengambil alih menjaga Emir. Jam baru 2.30pm. Aku tidurkan dia, dan letak di buai supaya aku boleh sambung kerja.

Sepanjang aku tidurkan dia, aku menangis. Aku rasa semua orang dalam rumah ini hopeless.

Ibu mertua yang kepenatan akibat tidak tidur malam, adik beradik tak mahu membantu ibu. Aku terpaksa juggle antara kerja dan menjaga anak. Penat. Stress.

Tiba tiba Emir menjerit sekuat hati. Semua orang panik. Kecuali aku. Entah, aku rasa amat puas hati bila Emir menjerit sebegitu, semua orang bergegas mengambil Emir dan melayannya.

Sebelum ini, bila Emir menangis biasa biasa, tiada siapa peduli. Sekali dia menjerit sekuat hati, nah, dapat aku buat kerja dengan tenang.

PKP akan tamat, aku akan kembali bekerja di pejabat. Jujur aku risau, bagaimana Emir nanti? Siapa akan melayan dia jika aku berada di pejabat ataupun akan dipaksa tidur juga?

Andai hari hari dipaksa tidur petang seperti mereka, aku risau perkara tersebut akan berlarutan sehingga tidak tidur malam.

Aku pendam dulu daripada suami, kerana tidak tahu bagaimana cara yang paling sesuai untuk beritahu tentang keluarganya itu tanpa konflik. Buntu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Mona (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia